Chimamanda Ngozi Adichie

Chimamanda Ngozi Adichie ([ˌtʃɪmɑːˈmɑːndə əŋˈɡoʊzi əˈdiːtʃeɪ ];[note 1] lahir 15 September 1977)[3] ialah seorang penulis Nigeria.[4] Beliau dinyatakan sebagai antara penulis generasi muda paling dikenali memasyhurkan sastera Afrika moden di persada dunia.[5]

Chimamanda Ngozi Adichie
Adichie in 2013
Adichie in 2013
Lahir (1977-09-15) 15 September 1977 (umur 47)
Enugu, Enugu State, Nigeria
PekerjaanPenulis novel dan cerpen
WarganegaraNigerian
Alma materEastern Connecticut State University (BA)
Johns Hopkins University (MA)
Yale University (MA)
Tempoh2003–kini
Karya terkenalPurple Hibiscus (2003)
Half of a Yellow Sun (2006)
Americanah (2013)
We Should All Be Feminists (2014)
AnugerahMacArthur Fellowship (2008)
PasanganIvara Esege[1]
Anak1
Laman web
www.chimamanda.com

Awal hidup dan pendidikan

sunting

Adichie lahir di Enugu, Nigeria. Beliau keturunan Igbo dari negeri Anambra[3][6] di mana beliau anak kelima enam adik beradik: bapanya James Nwoye Adichie seorang profesor perangkaan di University of Nigeria sementara ibunya Grace Ifeoma registrar wanita pertama di universiti tersebut.[7] Beliau meluangkan masa kecilnya di bandar mereka bekerja di Nsukka.[8] Keluarganya terjejas hebat semasa Perang Saudara Nigeria yang meletus serta mengorbankan kedua-dua datuk neneknya.[9]

Pada usia 19 tahun, Adichie meninggalkan Nigeria untuk melanjutkan pelajaran tingginya dalam komunikasi dan ilmu politik di Universiti Drexel di Philadelphia, Amerika Syarikat. Beliau kemudian berpindah kuliah ke Eastern Connecticut State University agar lebih dekat dengan adiknya Uche yang tinggal di Connecticut; beliau memperoleh ijazah sarjana kehormatnya dari sana pada tahun 2001.

Pada tahun 2003, Adichie memperoleh ijazah pascasarjananya dari penulisan kreatif di Universiti John Hopkins[10]. Pada tahun 2008, beliau memperoleh Master Arts dari Program Kajian Afrika di Universiti Yale[11]. Adichie memperoleh beasiswa Hodder dari Universiti Princeton pada tahun 2005-2006. Pada tahun 2008, beliau memperoleh MacArthur Fellowship. Adichie juga memperoleh biasiswa tahun 2011-2012 dari Radcliffe Institute for Advanced Study, Universiti Harvard[12].

Kerjaya sebagai pengajar

sunting

Adichie membagi waktunya untuk mengajar dan memberikan pelatihan penulisan antara dua-dua negara Amerika Syarikat dan Nigeria.[13]

Pada tahun 2016 Adichie memperoleh ijazah kehormatan Doctor of Humane Letters dari Universiti John Hopkins[14], tahun 2017 dari Haveford College[15] dan Universiti Edinburgh,[16] dan pada tahun 2018 dari Amherst College,[17] dan dari Université de Fribourg, Switzerland pada tahun 2019[18].

Senarai karya

sunting

Karya-karya beliau banyak merangkumi dari cerita pendek ke novel serta penulisan bukan cereka.[4]

Cerita pendek

sunting
  • ""Checking out". The New Yorker. 89 (5): 66–73. 18 March 2013. Cite has empty unknown parameters: |1= dan |authormask= (bantuan)
  • "Apollo". The New Yorker. 91 (8): 64–69. 13 April 2015. Cite has empty unknown parameters: |1= dan |authormask= (bantuan)
  • |"'The Arrangements': A Work of Short Fiction". The New York Times Book Review. 3 July 2016. Cite has empty unknown parameters: |1= dan |authormask= (bantuan)

Karangan

sunting
  1. ^ Sebutan paling mendekati penuturan bahasa Igbo yang merupakan bahasa ibundanya.

Rujukan

sunting
  1. ^ Brockes, Emma (4 Mac 2017). "Chimamanda Ngozi Adichie: 'Can people please stop telling me feminism is hot?'". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 22 Ogos 2017.
  2. ^ "Chimamanda Ngozi Adichie". Front Row. 3 May 2013. BBC Radio 4. Dicapai pada 18 January 2014. Unknown parameter |serieslink= ignored (bantuan)
  3. ^ a b "Chimamanda Ngozi Adichie Biography | List of Works, Study Guides & Essays | GradeSaver". www.gradesaver.com.
  4. ^ a b Nixon, Rob (1 October 2006). "A Biafran Story". The New York Times. Dicapai pada 25 January 2009.
  5. ^ Copnall, James (16 December 2011), "Steak Knife", The Times Literary Supplement, p. 20.
  6. ^ Tunca, Daria (27 Julai 2020). "Biography". The Chimamanda Ngozi Adichie Website. Belgium: English Department, University of Liège. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-07. Dicapai pada 2021-03-05.
  7. ^ "Feminism Is Fashionable For Nigerian Writer Chimamanda Ngozi Adichie". NPR, 18 March 2014.
  8. ^ Anya, Ikechuku (15 October 2005). "In the Footsteps of Achebe: Enter Chimamanda Ngozi Adichie". African Writer.
  9. ^ Enright, Michael (30 December 2018) [2006]. The Sunday Edition (Radio interview) (dalam bahasa Inggeris). Canadian Broadcasting Corporation. Peritiwa berlaku pada 52:00.
  10. ^ "Chimamanda Ngozi Adichie". the-women-of-hopkins (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-02.
  11. ^ "Recent Alumni | The MacMillan Center Council on African Studies". african.macmillan.yale.edu. Dicapai pada 2021-03-02.
  12. ^ "News and Ideas". Radcliffe Institute for Advanced Study at Harvard University (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-02.
  13. ^ "Chimamanda Ngozi Adichie | The Guardian". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-02.
  14. ^ Africa, This Is (2016-05-19). "You can now call her Dr Adichie". This is africa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-02.
  15. ^ "Honorary Degrees". www.haverford.edu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-02.
  16. ^ "Acclaimed author receives honorary degree". The University of Edinburgh (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-02.
  17. ^ "Chimamanda Ngozi Adichie | 2018 Honorees | Amherst College". www.amherst.edu. Dicapai pada 2021-03-02.
  18. ^ "L'écrivaine nigériane Chimamanda Ngozi Adichie devient docteure honoris causa de l'Université de Fribourg". Unifr | News. Dicapai pada 2021-03-02.

Pautan luar

sunting
  NODES
Idea 1
idea 1
mac 5
Note 1
os 4
web 2