Cili padi (Jawi: چيلي ڤادي), cili api (Jawi: چيلي اڤي), cili rawit (Jawi: چيلي راويت), cabai rawit, lombok rawit, cabai burung, lada padi (Sab.[1]), lada jarum, atau lada tunggeng merupakan sejenis varieti cili dibiakbakakan dari spesies Capsicum annuum yang tumbuh asli di Mexico. Jenis cili ini dikenali dengan buahnya yang kecil atau "padi"[2] ataupun tumbuh dalam keadaan terbalik atau "tonggeng".[3] Ia sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Cili padi
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. frutescens
Nama binomial
Capsicum frutescens Linn

Penanaman cili padi di Malaysia dibuat untuk bekalan tempatan dan menerima permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari.

Ciri-ciri botani

sunting
 
Buah cili padi tumbuh menegak ke atas.

Tumbuhan renek saka sederhana besar boleh mencapai ketinggian 0.5–2 m. Batang bercabang banyak, dahannya berbuku-buku, batang tua separa berkayu, liat. Daun tunggal, sederhana besar, bertangkai sederhana panjang, susunan berselingan, berbentuk bujur telur dengan hujung meruncing, berwarna hijau muda. Bunga tunggal, sederhana besar, putih, berbentuk bintang keluar dari celah ketiak daun. Buah panjang menirus, berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah apabila masak, bersaiz kecil, buah menghala ke atas, tangkai buah berwarna coklat, mengandungi banyak biji. biji kecil, berwarna coklat setelah matang.

Varieti

sunting

Terdapat beberapa varieti cili api.

Cili api centil

sunting

Cili api centil merupakan sejenis cili api seperti cili api kampong yang disyorkan untuk ditanam dalam sistem fertigasi. Jangka masa memetik hasil selama lingkungan 5 - 6 bulan. Penggunaan baja foliar dapat membantu meningkatkan pengeluaran hasil dan boleh mengelakkan kejadian penyakit daun kerinting.

Ia sangat sesuai untuk tanaman secara fertigasi. Selain daripada pertumbuhan yang uniform, pembajaan dan kawalan serangga perosak serta penyakit boleh dikawal dengan lebih mudah. Larutan baja boleh di selaraskan dengan penggunaan bahan kimia yang membantu kawalan penyakit dan perosak. Kos memetik hasil perlu diambil kira dam melaksanakan penanam cili api centil. Pokok akan tetap berhasil tinggi selagi bunga di keluarkan dan pokok dijaga dari serangan kerinting. Beberapa petua menanam cili padi adalah seperti 'jangan merokok di kawasan cili padi' dan 'elakkan menggunakan baja tahi ayam untuk cili padi'. Selain itu media tanaman yang sesuai perlu dipilih selain daripada 'cocoa peat' sedia ada dipasaran.

Penanaman

sunting

Biji benih cili api biasanya mengambil masa satu hingga dua minggu untuk bercambah.

Penyakit cili padi

sunting

Terdapat banyak ancaman terhadap pokok cili.[4]

Layu bakteria

sunting

Antara penyakit cili padi yang paling kritikal adalah Penyakit Layu Bakteria yang disebabkan oleh Phytium spp atau Fusarium spp yang mengakibatkan pokok yang diserang akan layu dan boleh mati jika tidak dikawal segera. Penyakit ini mudah menyerang tanaman cili padi terutama jika kawasan tersebut pernah ditanam dengan cili padi atau famili solanaceae lain dan tanah agak lembab. Kawalan untuk penyakit ini adalah dengan kaedah Amalan Pertanian Baik seperti mencabut pokok yang telah diserang dan membakarnya, semburan racun kulat , memilih anak benih rintang penyakit, kebersihan ladang dan jalankan giliran tanaman. Serangan boleh berlaku dari peringkat awal pertumbuhan sehingga pokok matang untuk berbuah. Jika berlaku pada peringkat awal penanaman perlu dijalankan sulaman anak benih. Jalankan pemantauan di kawasan tanaman cili dari kemungkinan jangkitan dari pokok yang telah diserang.

Kerinting daun

sunting

Penyakit Kerinting Daun yang disebabkan oleh Virus Tristeza merupakan satu lagi masalah dalam penanaman cili padi dan sentiasa menjadi 'Kegusaran' kepada penanam cili padi. Pemerhatian petani mendapati apabila telah mula berlaku serangan kerinting daun pada satu dahan atau pokok ianya akan cepat merebak kepada pokok lain dengan cepat jika tidak dikawal dengan segera. Tanda serangan apabila dilihat daun muda yang aktif mula kerinting atau berkerekot atau bergulong dan kadang-kadang kekuningan sedikit bermula pada satu dahan dan akan membiak kekawasan lain. Akibatnya pokok tidak dapat menjalankan fotosintesis dengan cekap dan pengeluaran bunga akan terganggu atau tidak berbunga langsung. Lazimnya tunas-tunas baru tudak akan keluar dan jika ada buah pun saiznya sangat kecil (macam cili mini). Belum ada kajian terperinci bagaimana punca serangan tetapi serangga seperti koya, semut, aphids dan sebagaimya mungkin menjadi agen merebaknya penyakit ini selain daripada petani sendiri yang kurang menjalankan sanitasi. Kawalan dengan racun kimia hampir tiada langsung dan adalah disyorkan agar dahan pada pokok diserang dipotong dan dibakar atau jika serangan yang sangat teruk maka pokok dalam kebun tersebut dicabut dan dibakar. Kalau banyak pokok dalam kebun telah banyak diserang lebih balik musnahkan semua dan tanam baru.

 
Cili padi di Singapura

Bintik daun

sunting

Penyakit Bintik Daun (Cercospora spp) pula mengakibatkan daun yang diserang berbintik dan mengurangkan aktiviti fotosintesis. dan boleh dikawal dengan semburan racun Benomyl. Penyakit Antraknos Buah Cili Padi yang disebabkan oleh kulat Collectotricum spp. akan merosakkan kualiti buah cili dan dikawal dengan semburan racun seperti Mancozeb. Perlu diingat setelah semburan racun dibuat jangan terus dipetik buah cili padi dan tunggu TDMH (Tempoh Dilarang Mengutip Hasil) seperti yang dituliskan pada label racun. Petani perlu menghasilkan cili padi yang berkualiti, Bersih, Berkhasiat dan yang penting tidak ada sisa baki raacun didalamnya. Kalau dikampong dulu memeng tidak pernah sembur racun pada pokok cili.

Perosak

sunting

Antara perosak tanaman cili padi adalah Hamama Merah, Kutu Daun dan Aphids serta Koya. Serangga ini merupakan agen untuk peyebaran pathogen pembawa penyakit sama ada kulat, bakteria atau virus. Koya yang tinggal di bawah daun yang telah berkerekot akan menghasilkan cecair manisan (secretion) yang akan menyebabkan semut suka akan manisan tersebut dan menghisapnya, berlendir dan memnyebabkan akan wujudnya kulat Jelaga Hitam. Koya juga mampu bergerak keseluruhan pokok cili padi dimana ini menyebabkan kadar serangan penyakit cepat merebak. Bagi mengawal masalah kutu daun boleh digunakan semburan racun kimia seperti chlorpyrifos imidachlorpid mengikut arahan pada label. Serangan Hamana Merah boleh dikawal dengan semburan racun Malathion atau Dichlofol.

Cabaran di Malaysia

sunting

Kini penanaman cili padi telah wujud dengan ada petani yang menanam secara komersil. Walaupun begitu Malaysia masih mengimport beratus metrik tan cili api Siam dari Thailand setiap tahun melalui Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan di Golok atau Pengkalan Kubur. Kenapa petani di Malaysia tidak mampu menghasilkan cili padi yng mencukupi untuk penduduk tempatan? Salah satu sebabnya adalah masalah serangan penyakit cili padi tempatan yang sukar diatasi sama ada kawalan kimia, IPM atau kaedah lain.

Penanaman cili padi di Malaysia banyak cabarannya untuk mendapatkan hasil yang konsisten keuntungannya kerana jika tidak dijaga dengan baik, pokok cili api mudah diserang musuh dan juga penyakit. Pokok cili padi di Malaysia tidak banyak pilihan varieti untuk dipilih bagi tujuan pengeluaran komersil walau telah ada beberapa jenis baru seperti Cili Bangi dan Cili Padi Semerah yang lama dipromosikan. Penerimaan kalangan petani terhadap kedua-dua jenis cili ini masih perlahan dan petani masih memilih cili padi tempatan walau pun hasilnya rendah dan mudah diserang penyakit tetapi memberikan harga yang tinggi. Kini telah ramai petani yang memilih cili api centil (didakwa sebagai cili api import) yang memberikan hasil lebih tinggi dan mudah diuruskan terutama dalam sistem fertigasi.

Walau pun harga sekilogram di ladang untuk cili api antara RM 8.00 - RM 12.00, tetapi kos untuk memetik buah cili api juga mahal sekitar RM 1.80 - RM 2.50 sekilogramFebruari, 2012. Penanaman cili padi di negara kita mempunyai potensi besar untuk dimajukan jika ada varieti baru yang memberi berhasil tinggi, tahan serangan penyakit kerinting atau Penyakit Layu Bakteria, Mudah diuruskan serta cepat berbuah. Permintaan cili padi akan terus meningkat pada masa akan datang dan harganya juga akan terus naik.

Rujukan

sunting
  1. ^ Sabran, Suzana dkk. (2016). Plants used by the Tidung community in Kg. Dagat, Kinabatangan, Sabah. 2nd Sabah’s Ramsar Conference 2016. m/s. 43-73.
  2. ^ "padi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ "tonggeng". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Ancaman penyakit tanaman cili. Utusan Malaysia. Capaian 3 April 2012.
  NODES
COMMUNITY 1