Coraciiformes adalah satu order kumpulan burung berwarna-warni seperti burung pekaka, burung hudhud, berek-berek, tiung batu, dan burung enggang. Secara umunya, ia memiliki kaki syndactyly, dengan tiga jari mengarah ke depan (dan jari ke-3 & ke-4 mencengkam asas), meskipun bagi kebanyakan burung pekaka ciri ini tidak terdapat padanya.

Coraciiformes
European Roller
Coracias garrulus
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Order:
Coraciiformes

Forbes, 1884
Keluarga

Alcedinidae
Brachypteraciidae
Bucerotidae (dipertikaikan)
Cerylidae
Coraciidae
Halcyonidae
Meropidae
Momotidae
Phoeniculidae (dipertikaikan)
Todidae
Upupidae (dipertikaikan)
Untuk taksonomi pra-sejarah, lihat teks.

Taburan global burung pekaka

Kebanyakan spesies dalam Coraciiformes adalah berasal dari Dunia Lama. Terdapat hanya kira-kira sedozen sahaja spesies yang berasal dari Dunia Baru seperti spesies tody dan motmot, dan sekitar 90 spesies burung pekaka. Ia merupakan order burung yang paling banyak dari julat berat badan, bermula dari 5.5 gram Puerto Rican Tody (Todus mexicanus) sehingga 4.5 kg Southern Ground Hornbill (Bucorvus leadbeateri), sekiranya burung enggang tergolong dalam penggelasan ini.

Nama Coraciiformes bermakna "seperti Raven", yang mana agak janggal kerana raven tergolong dalam order passerine. Secara spesifiknya, ia berasal dari bahasa Latin "Corax", bermaksud "Raven" dan Latin "Forma", bermakna "bentuk", yang mana adalah standard penamat untuk order burung. [Terres p 104]

Rujukan

sunting
  • Mayr, Gerald & Mourer-Chauviré, Cécile (2000): Rollers (Aves: Coraciiformes. s.s.) from the Middle Eocene of Messel (Germany) and the Upper Eocene of the Quercy (France). J. Vertebr. Paleontol. 20(3): 533–546. DOI:10.1671/0272-4634(2000)020[0533:RACSSF]2.0.CO;2 PDF fulltext
  • Terres, John K. (1980) The Audubon Society Encyclopedia of North American Birds. ISBN 0-394-46651-9

Pautan luar

sunting
  NODES