Cota
Cota (juga dipanggil kayu pemukul, belantan, martil, gada, palu, tembung, atau baton dalam bahasa Inggeris) ialah sejenis belantan yang bulat panjang diperbuat dari kayu, getah, plastik, atau logam. Ia dibawa sebagai alat pematuhan dan senjata pertahanan[1] oleh pegawai polis, pegawai penjara, pengawal keselamatan dan anggota tentera. Nama Inggeris baton diperolehi daripada bahasa Perancis bâton (cota), berasal daripada Bahasa Perancis Lama Baston, dan bahasa Latin bastum. [2]
Sebagai senjata cota boleh digunakan secara defensif (untuk menghalang) atau secara ofensif (untuk memukul, menghentak, atau mengetuk), dan ia boleh membantu dalam penggunaan kunci lengan. Tindakan mengetuk atau pukulan yang biasa tidak dihasilkan oleh hentakan yang mudah dan langsung, seperti dengan objek tumpul biasa, tetapi sebaliknya dengan menurunkan lengan secara mendadak sambil membenarkan pemukul berputar hampir bebas ke hadapan dan ke bawah, jadi menggerakkan hujungnya lebih cepat daripada pegangannya. Cota juga digunakan untuk tujuan bukan senjata seperti memecahkan tingkap untuk membebaskan individu yang terperangkap dalam kenderaan, atau mengosongkan poket suspek semasa pencarian (sebagai langkah berjaga-jaga terhadap objek tajam).
Sesetengah penjenayah menggunakan cota sebagai senjata kerana pembuatannya yang ringkas dan mudah disorok. Penggunaan atau membawa cota atau belantan improvisasi oleh orang selain daripada pegawai polis adalah dilarang oleh undang-undang di banyak negara.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Massad F. Ayoob (1978). Fundamentals of Modern Police Impact Weapons. Thomas. ISBN 978-0-398-03748-2.
- ^ "Baton | Origin and meaning of baton by Online Etymology Dictionary".
- domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Baton". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Cota |
- Assessing the Expandable Side Handle Baton—a UK government document comparing various types of baton] (PDF)
- State of California Penal Code sections 12020—12040
- "TSB45: The Baton of the Future"—An article on the TSB45 Baton
- Article on the virtues of the telescopic steel baton
- Article on "USE-OF-FORCE TACTICS AND NON-LETHAL WEAPONRY"
- "Where have all the batons gone?" Diarkibkan 3 Mac 2016 di Wayback Machine—Article on the Rapid Rotation Baton
- Filem pendek The Expandable Baton (1997) ini boleh didapati untuk muat turun percuma di Internet Archive.