Demokrasi sosial

bentuk demokrasi

Demokrasi sosial merupakan ideologi politik yang menggabungkan sosialisme dengan unsur-unsur kapitalisme yang dianggap sesuai. Ideologi ini juga ditakrifkan sebagai bentuk demokrasi yang mampu menyelesaikan masalah-masalah kapitalisme.

Fahaman ini asalnya mendokong peralihan yang aman dan beransur daripada sistem kapitalisme kepada sosialisme menggunakan kaedah politik yang sedia ada berbanding peralihan cara mendadak (melalui sosialisme berevolusi) yang dikaitkan dengan Marxisme ortodoks.[1]

Demokrasi sosial moden bercirikan suatu komitmen kepada polisi-polisi menghindari ketidaksamaan, penindasan kelompok yang kurang berpeluang dan miskin,[2] termasuk menyokong perkhidmatan awam yang boleh digunakan orang ramai, penjagaan warga tua dan kanak-kanak, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pampasan untuk pekerja.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Social democracy". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 10 Ogos 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ Hoefer 2013, m/s. 29.
  3. ^ Meyer & Hinchman 2007, m/s. 137.
  • Meyer, Thomas; Hinchman, Lewis P. (2007). The Theory of Social Democracy. Cambridge, England: Polity Press. ISBN 978-0-7456-4113-3.CS1 maint: ref=harv (link)

Bacaan lanjut

sunting
  NODES
mac 1
os 12
todo 1