Dewan Rakyat Kanada

Dewan Rakyat Kanada (Bahasa Inggeris: House of Commons of Canada; Bahasa Perancis: Chambre des communes du Canada) merupakan salah satu kompenan dalam Parlimen Kanada di samping Ratu (diwakili oleh Gabenor Jeneral) dan Dewan Senat.[1] Dewan ini merupakan badan yang dipilih melalui pilihan raya dan ia terdiri daripada 338 ahli yang dikenali sebagai Ahli Parlimen.[1][2][3] Setiap ahli dipilih melalui sistem pengundian kemajmukan atau pemajmukan mudah di setiap daerah pilihan raya (juga dikenali sebagai ridings).[4] Ahli Parlimen boleh memegang jawatan sehingga Parlimen dibubarkan dan berkhidmat selama lima tahun mengikut penggal dalam perlembagaan yang terhad selepas sesuatu pilihan raya. Walau bagaimanapun, dari segi sejarah, penggal tersebut berakhir sebelum tamat tempoh mereka dan kerajaan sekarang biasanya dibubarkan oleh Parlimen dalam tempoh empat tahun sesuatu pilihan raya mengikut kelaziman yang sejak sekian lama. Walau apapun, Akta Parlimen kini menghadkan setiap penggal adalah selama empat tahun. Kerusi di Dewan Rakyat dibahagikaan secara kasarnya mengikut kadar penduduk setiap negeri dan wilayah. Walau bagaimanapun, sesetengah ridings mempunyai lebih ramai penduduk daripada yang lain dan perlembagaan Kanada mengandungi beberapa peruntukan khas mengenai perwakilan di setiap wilayah dan negeri.

Dewan Rakyat Kanada
ديوان رعيت کانادا
[House of Commons of Canada] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
[Chambre des communes du Canada] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Parlimen ke-42
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Geoff Regan, Liberal
sejak 3 Disember 2015
Justin Trudeau, Liberal
sejak 4 November 2015
Bardish Chagger, Liberal
sejak 19 Ogos 2016
Andrew Scheer, Konservatif
sejak 27 Mei 2017
Candice Bergen, Konservatif
sejak 15 September 2016
Struktur
Ahli338
Tempat duduk ahli Parlimen
Kumpulan politik
GajiC$172,700
Pilihan raya
Sistem pengundian
Pilihan raya terakhir
19 Oktober 2015
Pilihan raya seterusnya
Dijadualkan pada 21 Oktober 2019
Tempat persidangan
Blok Pusat, Bukit Parlimen, Ottawa
Laman sesawang
www.ourcommons.ca
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dewan Rendah Kanada diasaskan pada tahun 1867 apabila Akta Perlembagaan 1867, yang sebelum ini Akta BNA (Akta Amerika Utara British), telah membentuk Dominion Kanada, dan Dewan tersebut mencontohi cara Dewan Rakyat British. Dewan Rakyat mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi berbanding dewan pertuanan iaitu Senat dan kedua-dua dewan tersebut telah membentuk Parlimen. Dewan Rakyat Kanada terletak di Blok Pusat di Bukit Parlimen dekat Ottawa, Kanada.

Komposisi terkini

sunting
Parti[5] Kerusi %
     Liberal 181 53.5
     Konservatif 96 28.7
     Demokratik Baru 43 13
     Bloc Québécois 10 2.9
     Hijau 1 0.3
     Bebas 3 0.5
     Kosong 4 0.9
 Jumlah 338 100

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Guide to the Canadian House of Commons (PDF). Library and Archives Canada Cataloguing in Publication. House of Commons of Canada. ISBN 0-662-68678-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2006-06-25. Dicapai pada 29 September 2007.
  2. ^ "Members of the House of Commons - Current List - By Name". Parliament of Canada. Government of Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-25. Dicapai pada 25 September 2007.
  3. ^ "Members of Parliament". Parliament of Canada. Government of Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-27. Dicapai pada 25 September 2007.
  4. ^ "Elections Canada On-Line". Electoral Insight. 21 November 2006. Dicapai pada 29 September 2007.
  5. ^ "Party Standings in the House of Commons". parl.gc.ca. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-02. Dicapai pada 4 Oktober 2017.

Bibliografi

sunting

Pautan luar

sunting
  NODES