Dinasti Lê
Dinasti Lê Lewat (Vietnam: Nhà Hậu Lê ; Chu Hán: 後黎朝), atau sekadar dinasti Lê (dinasti Lê sebelumnya memerintah hanya dalam masa singkat, 980-1009 Masihi), merupakan dinasti yang paling lama memerintah Vietnam, dengan tempoh pemerintahan dari 1428 hingga 1788, kecuali dalam suatu tempoh singkat selama enam tahun akibat akibat rampasan kuasa oleh pihak Dinasti Mạc (1527-1533). Sejarawan Vietnam biasanya membezakan Dinasti Lê primitif (1428 hingga 1527) dengan dengan Dinasti Lê yang dipulihkan (1533 hingga 1789) setelah berlaku pemulihan dinasti oleh panglima perang yang kuat.[1]
Kerajaan Đại Việt Đại Việt Quốc (大越國 ) | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1427–1527 1533–1789 | |||||||||
Status | Dinasti | ||||||||
Ibu negara | Đông Kinh | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Vietnam | ||||||||
Agama | Neo-Konfusianisme, Buddhisme, Taoisme | ||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||
Maharaja | |||||||||
• 1428–1433 | Lê Lợi (pertama) | ||||||||
• 1522–1527 | Lê Cung Hoàng (kesepuluh) | ||||||||
• 1786–1789 | Lê Chiêu Thống (terakhir) | ||||||||
Sejarah | |||||||||
• Pertabalan Lê Lợi | 15 Mac 1427 | ||||||||
15 Jun 1527 | |||||||||
Januari 1789 | |||||||||
Mata wang | Văn (Sapèque) | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Vietnam Laos Kemboja China |
Dinasti ini ditubuhkan secara rasmi pada 1428 dengan pertabalan Lê Lợi setelah mengusir tentara Ming dari Vietnam. Pada 1527, Dinasti Mạc mengambil alih takhta, tetapi Dinasti Lê dipulihkan pada tahun 1533 meskipun masih perlu bersaing untuk mendapatkan kekuasaan dengan Dinasti Mạc dalam tempoh yang dikenal sebagai zaman Dinasti Utara dan Selatan. Maharaja Lê yang dipulihkan tidak memiliki kuasa yang nyata, dan pada saat dinasti Mạc hanya terbatas sebagai suatu wilayah kecil pada tahun 1592 dan akhirnya dikalahkan pada 1677, kekuasaan yang sebenar ada pada tangan penguasa Nguyễn di selatan dan penguasa Trịnh di utara, dan kedua-keduanya memerintah atas nama Maharaja Lê sambil saling bertarung. Pemerintahan mereka secara berakhir pada 1788, ketika pemberontakan petani bersaudara Tây Sơn mengalahkan kedua-dua pihak Trịnh dan Nguyễn, secara ironinya dengan tujuan untuk mengembalikan kuasa dinasti Lê.
Penubuhan
suntingPenubuh dinasti Lê ialah seorang pahlawan Vietnam, Lê Lợi (memerintah 1428-1433). Lê Lợi ialah seorang putera seorang pemimpin desa di Provinsi Thanh Hóa, provinsi paling selatan Vietnam ketika itu. Ketika diputerakan, Vietnam merdeka dan berada di bawah kekuasaan Dinasti Trần. Namun, kuasa Trần beransur lemah selepas beberapa dekad dan kuasa China di utara sekarang bersatu di bawah pemerintahan Dinasti Ming (di bawah Maharaja Hongwu). Di bawah Maharaja Yongle, kuasa China berjaya menakluki dan memerintah Vietnam pada 1407, dan mencuba mengubah Vietnam sebagai tanah naungan Ming.
Lê Lợi memulakan pemberontakan melawan penguasa Ming pada 1418. Pemberontakan ini berlangsung selama 10 tahun, dan banyak terjadi pertumpahan darah dan banyak kekalahan. Namun, China secara lama-kelamaan dikalahkan dan akhirnya Lê Lợi menang. Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Vietnam baharu, dan menamakan dirinya sebagai Lê Thái Tổ (Maharaja Pendiri), dan diakui oleh Maharaja Xuande di China. Namun begitu, setelah lima tahun di atas takhta, Lê Lợi jatuh gering dan mangkat.
Rujukan
sunting- ^ Ooi, Keat Gin (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, From Angkor Wat to East Timor. ABC-CLIO. ISBN 978-1576077702.
Didahului oleh Dinasti Trần Lewat |
Pemerintah Vietnam 1428–1789 |
Diikuti oleh: Dinasti Tây Sơn |