Douglas DC-6 adalah pesawat udara yang dibina oleh Douglas Aircraft Company dari tahun 1946 hinggalah tahun 1959. Pada mulanya, ia dibina untuk tujuan ketenteraan, tetapi selepas Perang Dunia II, ia diubah suai untuk bersaing dengan Lockheed Constellation bagi penerbangan berjulat jauh. Sebanyak 700 unit DC-6 telah dibina dan hari ini, ia digunakan untuk pengangkutan kargo, tentera dan pengawasan haiwan lair.

Douglas DC-6
Douglas DC-6B of Swiss airline Balair in 1976
Peranan Airliner/transport aircraft
Pengeluar Douglas Aircraft Company
Penerbangan pertama 15 February 1946
Diperkenalkan March 1947
Status 49 fully active
Syarikat penerbangan utama United States Air Force
United States Navy
Dikeluarkan 1946-1959
Jumlah dibina >700
Dibangunkan dari Douglas DC-4
Variasi Douglas DC-7

Versi ketenteraan DC-6 dikenali sebagai C-118 Liftmaster dan digunakan dalam servis Tentera Udara Amerika Syarikat manakala siri R6Ddigunakan dalam Tentera Laut Amerika Syarikat.

Sejarah

sunting

Tentera Udara Amerika Syarikat ketika zaman peperangan menempah 'YC112', sebuah projek DC-6. Tentera Amerika ketika inginkan sebuah pesawat yang seperti C-54 tetapi dengan teknologi enjin yang lebih baik. Sebaik saja YC112 memulakan khidmatnya, perang pun tamat.

Douglas kemudiannya menukar protaip ini untuk digunakan dalam kegunaan komersil. Walau bagaimanapun, beberapa siri kecelakaan berlaku disebabkan oleh masalah saluran minyak menyebabkan kesemua DC-6 terpaksa diberhentikan operasinya buat sementara waktu.

Pan Am menggunakan DC-6 untuk penerbangan pertamanya merentasi lautan Atlantik pada tahun 1952

Variasi

sunting

Douglas mereka 3 variasi utama DC-6 iaitu DC-6A untuk pengangkutan kargo, DC-6B untuk menerbangkan penumpang dan DC-6C yang boleh diubah menjadi kargo dan penumpang.

Kebanyakan DC-6 kemudiannya diganti dengan DC-7 manakala yang selebihnya diganti dengan 707 dan DC-8

Pautan luar

sunting
  NODES
mac 2