Electronic Arts (EA) (NASDAQ: ERTS) adalah penerbit, pemasar, pembangun serta pengedar permainan video berpangkalan di Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Trip Hawkins, syarikat tersebut menjadi perintis kepada industri permainan komputer rumah serta dikenali kerana mempromosikan pereka serta pengaturcara yang bertanggungjawab terhadap permainan keluaran mereka. Awalnya, EA merupakan penerbit permainan komputer rumah. Pada lewat 1980-an, syarikat tersebut mula membangunkan permainan sendiri serta menyokong konsol permainan pada awal 1990-an. EA kemudian berkembang melalui penguasaan beberapa syarikat pembangun berjaya. Sehingga awal dekad 2000-an, EA menjadi penerbit permainan video ketiga terbesar di dunia. Pada Mei 2008, syarikat telah merekodkan pulangan bersih sejumlah AS$4.02 bilion pada tahun fiskal 2008.[3] Pada masa sekarang, permainan EA paling berjaya ialah permainan sukan yang diterbitkan di bawah label EA Sports, permainan berasaskan filem berlesen serta permainan daripada francais yang berterusan seperti Need for Speed, Medal of Honor, The Sims, Command & Conquer serta judul lebih kemudian bagi siri Burnout.

Electronic Arts, Inc
Jenis/bentuk sahAwam (NASDAQ: ERTS)
ISINUS2855121099 Sunting ini di Wikidata
IndustriPermainan video
Ditubuhkan27 Mei 1982
PengasasTrip Hawkinsظوهمناهكدمممخنتاعخمظتعتمناتنممتع Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatAmerika Syarikat Redwood City, California, AS
Tokoh pentingJohn Riccitiello, CEO
Frank Gibeau, Presiden, Label EA Games
Peter Moore, Presiden, EA SPORTS
Kathy Vrabeck, Presiden, EA Casual Entertainment
Nancy Smith, Presiden, Label The Sims
Larry Probst, Pengerusi lembaga serta bekas CEO (1991-2007)
Trip Hawkins, pengasas serta bekas CEO (1982-1991)
KeluaranArmy of Two, Medal of Honor, Command & Conquer, perisian, Apex Legends, permainan video Sunting ini di Wikidata
Hasil$4.02 bilion USD (2008)[1]
Pendapatan kendalian1,332,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) Sunting ini di Wikidata
Pendapatan bersih$339 juta USD (2008)
Modal38,830,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset13,288,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) Sunting ini di Wikidata
Jumlah ekuiti7,840,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan7,900 (2007)[2]
PembahagianEA Kanada, Maxis Software, Electronic Arts (United Kingdom) Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatPopCap Games, Softcannon, Crystal Dynamics, EA Sports, Electronic Arts K.K., Respawn Entertainment, DICE, EA Studios Japan, EA Bright Light, Bullfrog Productions, Maxis Software, Criterion Games, Glu Mobile Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.ea.com
IMDB: co0055491 Facebook: EA Twitter: EA Instagram: ea LinkedIn: electronic-arts Youtube: UCIHBybdoneVVpaQK7xMz1ww Youtube: eavideos Spotify: 1gsT5GesFZ2qkDkgPxMUA1 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rujukan

sunting

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting
  NODES