Empayar Carthage adalah sebuah negara kota beraja dan republik bagi Phoenicia di seluruh Afrika Utara dan Sepanyol moden yang berlangsung sejak tahun 650 SM (merdeka daripada metropoly Tyre) sehingga tahun 146 SM. Ia lebih kurang di bawah kawalan oleh negara kota Carthage sehingga kejatuhan Tyrus kepada tentera Babylonia. Pada kemuncak pengaruh kota ini, ia menguasai hampir keseluruhan barat Mediterranean. Empayar ini terlibat dalam pergelutan yang berpanjangan dengan Republik Rom, yang mana menghasilkan siri-siri konflik yang dikenali sebagai Perang-perang Punic. Selepas Perang Punic Ketiga dan terakhir, Carthage dimusnahkan kemudian diduduki oleh tentera Rom. Sejak itu, hampir keseluruhan empayar jatuh kepada tangan Rom.

Empayar Carthage
650 SM–146 SM
Empayar Carthage dan wilayahnya pada tahun 264 SM
Empayar Carthage dan wilayahnya pada tahun 264 SM
Ibu negaraCarthage
Bahasa yang umum digunakanBahasa Punic
Agama
Agama Punic
KerajaanBeraja sehingga 308 SM, selepas itu menjadi Republik.
Raja, kemudian Shophet 
Era SejarahSejarah purba
• Didirikan
650 SM
• Dibubarkan
146 SM
Empayar Carthage dan wilayahnya semasa Perang Punic Kedua

Rujukan

sunting
  NODES