Era kejatuhan Komunisme

  • 1989, ekonomi Kesatuan Soviet amat goyang dan parah. Dasar-dasar Stalin dilihat punca masalah ini serta alasan terbaik kenapa Kesatuan Soviet ketinggalan dalam banyak bidang teknologi berbanding di Eropah malah telah diatasi oleh sesetengah negara di Asia Timur Jauh.

Kesatuan Soviet sebelumnya seringkali bertindak sebagai mata-mata sebagaimana Amerika Syarikat. Mereka campurtangan dan mendominasi sesetengah negara, contohnya:

Negara-negara yang dipengaruhi oleh Kesatuan Soviet dilabel sebagai 'negara Blok Merah'. Negara-negara di bawah pengaruhnya semakin tertekan dari segi ekonomi. Penentangan timbul dalam bentuk kuasa rakyat seperti di Poland dan Jerman Timur.

  • 1998, Gorbachev semasa di perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggariskan dasar tidak campur tangan sebagai dasar luar Kremlin. Dasar 'Perestrorika' diperkenalkan sebagai satu falsafah pentadbiran negara.

Katanya, setiap negara mempunyai kebebasan memilih. Gorbachev mengumumkan akan mengurangkan separuh tentera dan berhasrat berundur dari Afghanistan. Oleh itu Gorbachev dilihat sebagai wira baru kepada negara-negara yang pernah dijajah oleh Soviet.

  • 1989, mahasiswa negara China mula menentang tindakan kerajaan China terutama setelah kematian seorang tokoh pembaharuan Cina yang disingkirkan. Keadaan semakin memuncak apabila Gorbachev melawat China. Mahasiswa China melaungkan 'Gorby Gorby' kepada Gorbachev kerana menganggap Gorbachev sebagai wira baru. Kerajaan China bertindak tegas dengan menangkap dan membunuh mereka yang melakukan revolusi di Medan Tiannammen pada 13 Jun 1989.

Gorbachev semakin yakin negara sosialis tidak boleh dibangunkan atas kekuatan kereta kebal. Kebangkitan kuasa rakyat semakin mendapat sambutan di negara Blok Merah seperti Hungary dan Romania.

Hungary rela mendengar kuasa rakyat dan tidaklah pertumpahan darah berlaku. Tapi di Romania, diktator Nicolae Ceausescu enggan menerima kuasa rakyat. Akhirnya Nicolae Ceausescu dan isterinya, yang ditembak mati oleh rakyatnya sendiri. Puncanya, selama berkuasa hampir 25 tahun, Ceausescu adalah diktator yang kejam dan korup. Ia memerintah Romania dengan sistem komunis sejak 1965.

Pada 1989, Tembok Berlin sebagai sempadan pemisah Jerman Timur (komunis) dengan Jerman Barat (kapitalis) diruntuhkan oleh rakyat Jerman Timur. Kedua-dua negara tersebut digabungkan semula. Sebelum tembok ini diruntuhkan, lebih 2 juta rakyat Jerman Timur terutama kalangan cendikiawan lari ke negara Jerman Barat.

China juga turut berubah tapi agak perlahan terutama selepas Britain menyerahkan gugusan Pulau Hong Kong kepada China semula tahun 1997. Hong Kong, Macao dan Taiwan telah mengamalkan sistem demokrasi dan bagaimanakah dasar komunis akan dilaksanakan jika China mengambil alih kepulauan tersebut. Di Hong Kong, China membenarkan sistem demokrasi terus diamalkan. Di Taiwan, China menekankan sistem satu negara dua sistem.

Bagi Presiden China, Deng Xiaoping berkenaan tragedi 4 Julai sebagai “Membunuh 200 ribu, untuk memastikan kestabilan selama 20 tahun.”

China, setelah menjalani sistem “sosialisme” lebih 50 tahun, kembali mengamalkan dasar pemilikan pribadi, sistem saham, mempelawa pelabur asing, menindas dan memaksa buruh dan petani mengikut nilai-nilai kapitalis. Semua ini merupakan dasar mundur idealisme komunisme. Namun Parti Komunis China masih mempertahankan hegemoni mutlak parti.

Lihat juga

sunting
  NODES
Idea 1
idea 1