F Sharp (bahasa pengaturcaraan)
F# ialah sebuah bahasa pengaturcaraan beraneka-paradigma yang dibangunkan oleh Microsoft untuk .NET Framework. Ia merupakan varian bagi ML yang berorientasikan pragmatik. Ia berkongsi bahasa teras dengan OCaml.
Paradigma | beraneka paradigma: kefungsian, imperatif, berorientasi objek, metapengaturcaraan, serempak |
---|---|
Muncul pada | 2005 (version 1.0) |
Direka oleh | Microsoft Research, Don Syme |
Pembangun | Microsoft, The F# Software Foundation |
Lepasan stabil | 3.0 (15 Ogos 2012 | )
Disiplin penjenisan | statik, kuat, diinferens |
Dipengaruhi | OCaml, C#, Python, Haskell,[1] Scala, Erlang |
OS | Rentas pelantar (.NET Framework, Mono, JavaScript) |
Lesen | Lesen Apache |
Laman web | fsharp.org |
F Sharp Programming di Wikibooks |
Sejarah
suntingF# dilahirkan di Microsoft Research, Cambridge dan bahasa ini mula-mula direka bentuk dan dilaksanakan oleh Don Syme.[2] Andrew Kennedy menyumbang kepada reka bentuk unik ukuran.[2] Bahasa F# dan perkakas Visual F# untuk Windows pula telah dibangunkan oleh Microsoft.[2] F# Software Foundation kemudian membangunkan pengkompil bersumber terbuka dan perkakas untuk F# berasaskan sebahagian daripada keluaran sumber terbuka oleh pasukan Visual F# Microsoft.
Contoh
suntingBerikut ialah beberapa contoh ringkas:
// Komen untuk atur cara indahnya dunia.
printfn "Indahnya dunia!"
Kelas Orang yang pembinanya menerima nama dan umur serta dua sifat.
/// This is a documentation comment for a type definition.
type Orang(nama : string, umur : int) =
member x.Nama = nama
member x.Umur = umur
Contoh ringkas yang selalu digunakan untuk menunjukkan sintaks bahasa-bahasa kefungsian iaitu fungsi faktorial bagi integer 32-bit bukan negatif, di dalam F#:
/// Ini komen pendokumenan bagi sebuah fungsi.
let rec factorial n =
match n with
| 0 -> 1
| _ -> n * factorial (n - 1)
Contoh lelaran (iteration):
/// Lelaran menggunakan gelung 'for'
let printList lst =
for x in lst do
printfn "%d" x
/// Lelaran mengunakan fungsi tertib lebih tinggi
let printList2 lst =
List.iter (printfn "%d") lst
/// Lelaran menggunakan fungsi rekursif dan pemadanan corak
let rec printList3 lst =
match lst with
| [] -> ()
| h :: t ->
printfn "%d" h
printList t
Contoh Fibonacci:
/// Formula Nombor Fibonacci
let rec fib n =
match n with
| 0 | 1 -> n
| _ -> fib (n - 1) + fib (n - 2)
/// Cara lain - jujukan takterhingga malas bagi nombor Fibonacci
let fibSeq = Seq.unfold (fun (a,b) -> Some(a+b, (b, a+b))) (1,1)
// Papar nombor Fibonacci genap
[1 .. 10]
|> List.map fib
|> List.filter (fun n -> (n % 2) = 0)
|> printList
// Benda yang sama, menggunakan sebutan senarai
[ for i in 1..10 do
let r = fib i
if r % 2 = 0 then yield r ]
|> printList
Atur cara Windows Forms mudah:
// Buka pustaka Windows Forms
open System.Windows.Forms
// Cipta sebuah tetingkap dan tetapkan beberapa sifat
let form = new Form(Visible=true, TopMost=true, Text="Welcome to F#")
// Cipta sebuah label untuk memaparkan teks di dalam form
let label =
let x = 3 + (4 * 5)
new Label(Text = sprintf "x = %d" x)
// Letakkan label di atas form
form.Controls.Add(label)
// Akhir sekali, jalan form tadi
[<System.STAThread>]
Application.Run(form)
Contoh pengaturcaraan selari taksegerak (Tugas CPU dan I/O selari):
/// A very naive prime number detector
let isPrime (n:int) =
let bound = int (sqrt (float n))
seq {2 .. bound} |> Seq.forall (fun x -> n % x <> 0)
// We are using async workflows
let primeAsync n =
async { return (n, isPrime n) }
/// Pulangkan nombor perdana antar m dan n menggunakan lebih daripada satu thread
let primes m n =
seq {m .. n}
|> Seq.map primeAsync
|> Async.Parallel
|> Async.RunSynchronously
|> Array.filter snd
|> Array.map fst
// Jalankan ujian
primes 1000000 1002000
|> Array.iter (printfn "%d")
Rujukan
sunting- ^ Syme, Granicz & Cisternino (2007:2) "F# also draws from Haskell particularly with regard to two advanced language features called sequence expressions and workflows."
- ^ a b c "F# Historical Acknowledgements". Dicapai pada 2012-11-24.