Faraj
Faraj (Jawi: فرج ), kuntum (bahasa halus[1]), puki atau pepek (bahasa kasar) ialah saluran tiub yang menuju dari uterus ke luar badan mamalia berplasenta dan marsupial betina, atau ke kloaka burung, monotrem, dan sebilangan reptilia betina. Serangga-serangga dan invertebrata-invertebrata yang lain juga mempunyai faraj yang merupakan bahagian akhir oviduktus. Dalam percakapan biasa, istilah "faraj" sering digunakan untuk merujuk kepada puki atau genitalia perempuan amnya; sebenarnya faraj merupakan struktur dalaman yang khusus dan puki merupakan genitalia luar sahaja. Bibir-bibir dan bahagian-bahagian lain juga dianggap sebagai sebahagian faraj dalam penggunaan umum.
Faraj Manusia | |
---|---|
Butiran | |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | Vagina |
MeSH | D014621 |
TA | A09.1.04.001 |
FMA | FMA:19949 |
Terminologi anatomi |
Peristilahan
suntingFaraj serapan Arab: فَرْج, rumi: farj bermaksud "kembang", "diluaskan" terbitan kata kerja فَرَجَ faraja "melapangkan".[2]
Kata puki ڤوكي diturunkan dari kata akar Proto-Austronesia *puki bukan sahaja untuk bukaan ini malah merangkumi seluruh alat sulit wanita.[3] Ia kata yang kasar dibawa malah dijadikan kata makian.
Anatomi
suntingFaraj manusia ialah sebuah saluran berotot elastik kenyal seperti plastik yang menganjur di dalam tubuh perempuan. Ia biasanya pendek sedikit dan lebih nipis dari saiz zakar lelaki sederhana, sekurang-kurangnya panjangnya 4 inci (100 mm) dan 1 inci (25 mm) pada garis (walaupun ada banyak perbezaannya pada individu dari wanita ke wanita) tetapi keanjalannya menyebabkan ia untuk dapat menerima zakar-zakar yang lebih besar. Ia menyambungkan vulva di luar ke pangkal rahim pada uterus di bahagian dalam. Ketika berdiri tegak, tiub faraj tercacak ke atas dan ke belakang, serta membentuk suatu sudut yang lebih sedikit daripada 45 darjah dengan uterus. Lubang faraj ialah pada hujung belakang (kaudal) vulva, di belakang lubang uretra. Di atas faraj adalah Mons Veneris. Faraj, bersama-sama dengan bahagian dalam vulva, biasanya berwarna merah jambu yang serupa dengan semua membran mukus dalaman di dalam mamalia-mamalia. Panjang, lebar dan bentuk faraj boleh berlainan. Ketika seorang wanita beranak dan semasa persetubuhan, faraj melebar dan memanjang sebanyak 2-3 kali.
Pelincir faraj dihasilkan oleh kelenjar Bartholin berdekatan dengan pembukaan faraj dan serviks dan juga meresap dalam dinding faraj (yang tidak mengandungi sebarang kelenjar).
Selaput dara — membran terletak di belakang bukaan uretra — menutup sebahagian daripada faraj dalam kebanyakan organisma, termasuk sesetengah wanita, semenjak kelahiran sehingga ia dipecah oleh persetubuhan, atau oleh sebilangan aktiviti lain, termasuk pemeriksaan perubatan, kecederaan, sesetengah jenis latihan, kemasukan objek asing dan sebagainya. Akan tetapi, persetubuhan tidak selalu meyebabkan selaput dara rosak, dan ia juga tidak benar bahawa seorang wanita dengan selaput dara yang koyak adalah seorang dara.
Fungsi faraj
suntingPada pandangan biologi, fungsi-fungsi faraj adalah seperti berikut:
- Menjadi laluan cairan darah haid untuk meninggalkan badan.
- Aktiviti seks
- Melahirkan anak
Darah haid
suntingFaraj memberikan laluan untuk haid keluar dari badan.
Penyingkiran darah lama secara semulajadi ini pada dahulunya seringkali menimbulkan kesukaran kepada kaum wanita dalam mengerjakan kegiatan seharian mereka sama ada dari faktor kesihatan mahupun budaya - lagi-lagi dengan pantang larang yang diwujudkan menyentuh keadaan ini. Namun, penemuan baharu pada zaman moden seperti tampon, cangkir atau cecawan haid (menstrual cup) dan tuala wanita telah meringankan beban ini di mana penyerapan cecair terbuang menggunakan alat-alat ini memudahkan kaum wanita bergiat aktif seperti biasa.
Kegiatan Seks
suntingTumpuan hujung-hujung saraf yang terletak di lubang faraj menyebabkan seseorang wanita merasa seronok semasa aktiviti seks apabila dia dirangsang, dan mungkin berakhir dengan puncak syahwat. Aktiviti ini termasuk persetubuhan heteroseksual di mana lelaki memasukkan zakar ke dalam faraj wanita. Semasa persetubuhan, haba, tekanan dan geseran faraj pada zakar merangsang lelaki, biasanya menyebabkannya mencapai puncak syahwat dan pancutan mani yang boleh menyebabkan persenyawaan dan kehamilan. Terdapat zon badan yang mudah terangsang yang dipanggil titik G di dalam faraj (di bahagian anterior faraj, kira-kira lima sentimeter dari lubang faraj). Sesetengah perempuan (walaupun dikatakan hanya merupakan minoriti) boleh mengalami puncak syahwat yang amat kuat jika titik Gnya dirangsangkan dengan cara betul semasa bersetubuh atau melakukan aktiviti seks yang lain. Segelintir pihak mengatakan bahawa puncak syahwat titik G menyebabkan pancutan perempuan, namun masih dipertikaikan.
Melahirkan Anak
suntingSemasa melahirkan anak, faraj memberikan laluan untuk mengeluarkan bayi daripada rahim untuk hidup sendiri di luar badan ibunya.
Kesihatan dan Kebersihan Seks
suntingFaraj pada dirinya adalah organ yang membersihkan diri dan tidak perlu pengolahan atas nama kebersihan diri. Douche tidak digalakkan oleh doktor-doktor kerana amalan ini mengganggu keseimbangan flora faraj dan boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvis.
Faraj diuji ketika pemeriksaan ginekologi, biasanya menggunakan instrumen yang dipanggil sebuah spekulum, yang mendedahkan bahagian dalaman faraj untuk pemeriksaan gambaran atau mengambil sampel (sila lihat pap smear).
Berbagai penyakit dapat menjejaskan faraj termasuk barah dan jangkitan kulat kandidiasis. Sila lihat kesihatan vulvovaginal.
Hubungan dengan manusia
suntingFaraj juga dikenali dengan pelbagai perkataan lain di Nusantara, dan kebanyakan perkataan tersebut dianggap kurang sopan dan dilarang untuk diucapkan di khalayak umum. Perkataan seks untuk faraj dalam Bahasa Melayu ialah puki, pantat , cipap, tundun, burit dan pepek; pukitai , toto atau tonsilot dalam bahasa Melayu loghat Sabah dan keting dalam bahasa Melayu loghat Sarawak.
Dalam Bahasa Indonesia, faraj dipanggil memek, bokep dan meki.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Anisah Barakbah (2017). "Alat Sulit/Kuntum/Faraj". Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Universiti Islam Malaysia Press. ISBN 9789671330593.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 277. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*puki: vulva, vagina". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 7 Julai 2022.
Pautan luar
suntingCari Faraj dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Faraj. |
- (Melayu) Jenis Dan Bentuk Selaput Dara
- (Inggeris) Pink Parts Diarkibkan 2007-06-01 di Wayback Machine - "Walk through" of female sexual anatomy by noted sex activist and educator Heather Corinna (illustrations; no explicit photos)
- (Inggeris) All About My Vagina - A website devoted entirely to the vagina, from the perspective of its "owner", who identifies herself only as "Sarah".