Farmasi (Jawi: فرماسي) atau apotek (Jawi: اڤوتيك)[1] merupakan kemudahan kesihatan yang melibatkan bidang penyediaan, peramuan, penstabilan, pengawetan dan pengagihan ubat-ubatan serta membekal maklumat kandungan dan penggunaannya.[2] Seorang ahli farmasi juga bertugas menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat.[3]

Simbol farmasi antarabangsa

Peranan ahli farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan agihan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut prespkripsi doktornya. Namun, peranan ini telah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat tentang ubat.

Etimologi

sunting

Perkataan "farmasi" dicatatkan paling awal dalam Kitab Vortaro (1932) bererti "pekerdjahan membikin obat-obatan",[4] ia serapan Belanda pharmacie (ejaan moden: farmacie) pinjaman lanjut Perancis: pharmacie turunan Latin: pharmacia "perubatan" serapan Yunani φάρμακον pharmakon "dadah" atau "racun"[5] "Apotek" yang lebih digunakan di kawasan-kawasan tuturan Melayu dalam Indonesia serapan Belanda[1] apotheek bererti "roemah obat" atau "kedai ubat" (winkel voor geneesmiddelen) pinjaman Latin: apothēca "gudang".[6]

Bidang

sunting

Farmasi pula dibahagikan kepada tiga bidang, iaitu:

  • Farmaseutik, iaitu kajian tentang penghasilan ubat daripada bahan kimia (entiti kimia baru [1])[7]
  • Farmakognosi, iaitu kajian tentang penghasilan ubat daripada sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan[8][9]
    • Kimia perubatan, iaitu kajian tentang penentuan, sintesis dan perkembangan entiti kimia baru untuk dijadikan ubat[10]
  • Pengamalan farmasi, iaitu kerja seorang ahli farmasi

Sejarah

sunting

Di Timur

sunting
 
Seorang penjual ubatan di dataran ramai di Tianjin, China zaman dahulu. (Ukiran oleh Thomas Allom dan Peter Lightfoot)

Ilmu berubat Cina dipercayai telah diperkenalkan Shennong yang mengarang kitab ubat Shénnóng Běncǎo Jīng (Cina ringkas: 神农本草经Cina tradisional: 神農本草經; "Kitab Shennong") menyentuh manfaat hasil tani dan ramuan hutan dikutip dari petua lisan masyarakat Cina semasa zaman kerajaan Han sekitar 206 SM ke 220 M.[11][12][13]

Di Yunani

sunting

Pedanios Dioskorides mengarang kitab pancajilid De materia medica (sekitar 60 dan 78 M) yang merangkumi lebih 600 jenis tumbuhan berubat; ia tidak sahaja membentuk asas kitab-kitab ubatan masyarakat Eropah pada Zaman Pertengahan malah penemuan lanjut manfaat tumbuhan berubat ini diteruskan para ilmuwan Zaman Kegemilangan Islam selepas diterjemahkan di Baghdad zaman Abbasiyah.[14]:21–22[15][16]

Pelanjutan kajian di dunia Islam

sunting

Kedai ubat khusus muncul di Baghdad pada tahun 754 M.[17] Kanun Perubatan dikarang Ibnu Sina sendirinya menyenaraikan sebanyak 800 bahan tumbuhan, galian dan haiwan yang diterangkan sifat dan manfaatnya, cara pembubuhan berdasarkan jenis penyakit hendak dirawat serta gantian yang boleh digunakan.[18]:223

Pembaharuan di Eropah

sunting
 
Gambaran dalaman sebuah farmasi dikerjakan pembuat dan penjual ubatan ukiran Henry Heath, 1885.

Maharaja Frederick II menitahkan pemisahan bidang perawatan dan pembuatan ubat pada 1240.[19] Balai Ubat Diraja Kota dan Kerajaan Balansiyah (El Real Colegio de Boticarios de la Ciudad y Reino de Valencia) diasaskan tahun 1441 sebagai badan seumpamanya yang tertua masih berdiri di dunia serta yang pertama merincikan ubatan dikembangkan dengan tatanan masih digunakan sehingga hari ini.[20]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Rujukan silang:
    • "apotek". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "apotek". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-10. Dicapai pada 2007-08-31.
  3. ^ http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Pharmacy&action=submit
  4. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "pharmacie". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 251.
  5. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "farmacie (leer van de bereiding van geneesmiddelen)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. ...via Frans pharmacie ‘id.’ [1579; Rey], ouder farmacie [1314; Rey], ontleend aan Laatlatijn pharmacía ‘het gebruik van geneesmiddelen’, zelf ontleend aan Grieks pharmakeía ‘id.’, een afleiding van phármakon ‘geneeskrachtig kruid, geneesmiddel, tovermiddel, gif’.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  6. ^ Lihat:
    • "apotheek (H)" (Kwik, 1923). m/s. 15. "roemah obat. (toko djoewal barang boeat berijas dan obat-obat)."
    • "apotheek" (M. Philippa dkk, 2009). "Ontleend aan middeleeuws Latijn apotheca ‘apotheek’, dat teruggaat op Latijn apothēca ‘bewaarplaats’ < Grieks apothḗkē ‘id.’, een afleiding van het werkwoord apotithénai ‘wegleggen’, gevormd uit apo- ‘weg’ en tithénai ‘stellen, leggen’..."
  7. ^ http://en.wikipedia.org/wiki/Pharmaceutics
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-08-31.
  9. ^ http://en.wikipedia.org/wiki/Pharmacognosy
  10. ^ http://en.wikipedia.org/wiki/Medicinal_chemistry
  11. ^ Traditional uses, chemical components and pharmacological activities of the genus Ganoderma P. Karst.: a review / Li Wang, Jie-qing Li, Ji Zhang, Zhi-min Li, Hong-gao Liu, Yuan-zhong Wang // RSC Advances: Issue 69, 2020. — p. 42087
  12. ^ Wachtel-Galor, Sissi; Yuen, John; Buswell, John A.; Benzie, Iris F. F. (2011). Benzie, Iris F. F.; Wachtel-Galor, Sissi (penyunting). Ganoderma lucidum (Lingzhi or Reishi): A Medicinal Mushroom. Herbal Medicine: Biomolecular and Clinical Aspects (ed. 2nd). Boca Raton (FL): CRC Press/Taylor & Francis. ISBN 978-1-4398-0713-2. PMID 22593926.
  13. ^ Unschuld, Paul U. (1986). Medicine in China: A history of Pharmaceutics. Berkeley: Univ. of California Pr. m/s. 17. ISBN 9780520050259.
  14. ^ Sneader, Walter (2005-10-31). Drug Discovery: A History (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. ISBN 9780470015520.
  15. ^ Sadek, M.M. (1983). The Arabic materia medica of Dioscorides. Québec, Canada: Les Éditions du sphinx. ISBN 978-2-920123-02-1.
  16. ^ "Walters Ms. W.750, Four leaves from the Arabic version of Dioscorides' De materia medica". The Digital Walters. Dicapai pada 4 June 2017.
  17. ^ Hadzovic, S (1997). "Pharmacy and the great contribution of Arab-Islamic science to its development". Medicinski Arhiv (dalam bahasa Croatia). 51 (1–2): 47–50. ISSN 0025-8083. OCLC 32564530. PMID 9324574.
  18. ^ Jacquart, Danielle (2008). "Islamic Pharmacology in the Middle Ages: Theories and Substances" (PDF). European Review. 16 (2): 219–227. doi:10.1017/S1062798708000215.
  19. ^ "History of Pharmacy Web Pages - Sweden´s oldest pharmacies". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-23. Dicapai pada 2011-04-27.
  20. ^ Valencia, MICOF-Muy Ilustre Colegio Oficial de Farmacéuticos de. "historia". MICOF - Muy Ilustre Colegio Oficial de Farmacéuticos de Valencia (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2021-07-28.

Pautan luar

sunting
  NODES