Feliformia
Feliformia (juga Feloidea) ialah nama bagi satu suborder dalam order Carnivora yang terdiri daripada karnivoran "kekucingan", termasuk kucing (besar dan kecil), dubuk, cerpelai, musang, dan takson-takson berkaitan. Feliformia berlawanan dengan suborder lagi satu dalam Carnivora, iaitu Caniformia (karnivoran "keanjingan").
Feliform Julat zaman:
| |
---|---|
Beberapa keluarga feliform ekstan: Eupleridae, Felidae, Hyaenidae, Herpestidae, Nandiniidae, dan Viverridae | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Carnivora |
Suborder: | Feliformia Kretzoi, 1945 |
Keluarga | |
Pemisahan Carnivora kepada kelompok-kelompok luas feliform dan caniform diterima secara meluas, seperti pentakrifan Feliformia dan Caniformia sebagai suborder (kadang-kadang superkeluarga). Pengelasan feliform sebagai sebahagian daripada suborder Feliformia atau di bawah kelompok terpisah terus mengalami evolusi.
Pengelasan sistematik[1][2] yang menguruskan hanya takson ekstan menyertakan semua feliform ke dalam suborder Feliformia, walaupun variasi wujud dalam pentakrifan dan pengelompokan keluarga dan genus. Filogeni molekul mencadangkan bahawa semua Feliformia ekstan adalah monofiletik.[3]
Keluarga-keluarga ektan seperti yang tercermin dalam carta takson di sebelah kanan dan perbincangan dalam rencana ini mencerminkan pandangan paling terkini dan tersokong dengan baik (sewaktu penulisan rencana).
Pengelasan sistematik[4][5] yang menguruskan kedua-dua takson ekstan dan pupus lebih berbeza-beza dengan meluas. Sesetengah[5] memisahkan feliform (ekstan dan pupus) seperti berikut: Aeluroidea (superkeluarga) dan Feliformia (suborder). Yang lain pula[4] menyertakan semua feliform (ekstan, pupus, dan "leluhur mungkin") ke dalam suborder Feliformia. Kajian-kajian baru-baru ini mencadangkan bahawa penyertaan "leluhur mungkin" ke dalam Feliformia (atau juga Carnivora) mungkin palsu.[6] Keluarga-keluarga yang pupus (†) seperti yang tercermin dalam carta takson merupakan yang paling kurang bermasalah dari segi hubungan dengan feliform ekstan (yang paling bermasalah merupakan Nimravidae).
Rujukan
sunting- ^ Taxonomic references - extant species (1): Supporting descriptive information and pictures: Diversity Web (online) – Feliformia
- ^ Taxonomic references - extant species (2): Integrated Taxonomic Information System (ITIS)
- ^ Eizirik, E., W.J. Murphy, K.P. Koepfli, W.E. Johnson, J.W. Dragoo, R.K.Wayne, en S.J. O’Brien, 2010. Pattern and timing of the diversification of the mammalian order Carnivora inferred from multiple nuclear gene sequences. Molecular Phylogenetics and Evolution 56: 49–63. doi:10.1016/j.ympev.2010.01.033
- ^ a b Fossil record data (with taxonomic references) extant and extinct species: The Paleaobiology Database
- ^ a b Supporting taxonomic references extant and extinct species: Systema Naturae 2000 / Classification - Suborder Feliformia
- ^ Gina D. Wesley-Hunt dan John J. Flynn 2005: Phylogeny of The Carnivora