Gallia Narbonensis
Gallia Narbonensis (daripada petempatan utama Narbonne) adalah sebuah provinsi dalam Empayar Rom yang terangkum dalam kawasan Languedoc dan Provence kini, di selatan Perancis. Ia juga dikenali sebagai Gallia Transalpina kerana kedudukannya yang terletak di "seberang" (trans-) banjaran Alp daripada Italia[1] dan ia memiliki kawasan barat yang dikenali sebagai Septimania (lihat garis masa Septimania). Ia menjadi provinsi Rom pada akhir abad ke-2 SM, menjadikannya wilayah penting Rom pertama di luar Itali. Sempadannya secara kasar ditakrifkan mengikut Laut Mediterranean di selatan dan banjaran Cévennes dan banjaran Alp masing-masing di utara dan barat.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Snith, William George (1854). Dictionary of Greek and Roman geography. 1. Boston.