George Gordon Meade

George Gordon Meade (31 Disember 1815 – 6 November 1872) merupakan pegawai kerjaya Tentera Amerika Syarikat dan jurutera awam yang terbabit dalam pembinaan persisiran, termasuk beberapa rumah api. Dia berjuang dengan kepujian dalam Perang Seminole Kedua dan Perang Mexico-Amerika. Semasa Perang Saudara Amerika beliau berkhidmat sebagai Jeneral Kesatuan Tentera, kenaikan pangkat dari pemerintah briged Angkatan Tentera Potomac. Beliau paling dikenali kerana mengalahkan Tentera Konfederate Jeneral Penuh (CSA) Robert E. Lee dalam Pertempuran Gettysburg pada tahun 1863.

George Gordon Meade
George Gordon Meade, portret oleh Mathew Brady
Nama samaranOld Snapping Turtle
Kelahiran(1815-12-31)31 Disember 1815
Cádiz, Sepanyol
Meninggal dunia6 November 1872(1872-11-06) (umur 56)
Philadelphia, Pennsylvania
Tempat pengkebumianPusara Laurel Hill
Philadelphia, Pennsylvania
KesetiaanAmerika Syarikat
Union (Perang Saudara Amerika)
PerkhidmatanTentera Amerika Syarikat
Tentera Union
Tahun perkhidmatan1835–1836; 1842–1872
Pangkat Major General
ArahanV Corps (Union Army)
Tentera Potomac
PertempuranPerang Seminole Kedua
Perang Mexico-Amerika
Perang Saudara Amerika Syarikat

Pengalaman pertempuran Perang Saudara Meade bermula sebagai pemerintah brigade dalam Kempen Semenanjung dan Pertempuran Tujuh Hari, termasuk Pertempuran Glendale, di mana dia tercedera teruk. Sebagai komander division dia mencapai kejayaan besar dalam Pertempuran Gunung Selatan dan berkhidmat sebagai komander kor sementara semasa Pertempuran Antietam. Divisionnya boleh dikatakan paling berjaya semasa serangan ketika Pertempuran Fredericksburg. Semasa Kempen Gettysburg, dia dilantik sebagai komander Tentera Potomac hanya tiga hari sebelum berlangsungnya Pertempuran Gettysburg, tetapi mampu mengatur pasukannya untuk berjuang pertahanan yang berjaya menentang Robert E. Lee. Kejayaan ini dicemari oleh kelemahan pengejarannya semasa Pengunduran dari Gettysburg, menjelang pengakhiran kempen yang tidak lengkap semasa musim luruh 1863, dan juga akibat persaingan politik yang sengit dalam organisasi Tentera, terutamanya menentang Daniel Sickles.

Pada tahun 1864-65, Meade terus memerintah Tentera Potomac sepanjang Kempen Overland, Kempen Richmond-Petersburg, dan Kempen Appomattox, tetapi dia dibayangi oleh penyeliaan langsung oleh Pengurus Jeneral, Leftenan Jeneral Ulysses S. Grant, yang mengiringi beliau sepanjang kempen ini. Beliau juga mengalami reputasi sebagai seorang lelaki yang tidak sabar, ganas yang bermusuhan terhadap akhbar dan permusuhan yang diterima sebagai balasan. Selepas perang, beliau mentadbir beberapa jabatan penting semasa Era Pembinaan semula Amerika Syarikat.

Kehidupan awal

sunting

Meade dilahirkan di Cádiz, Sepanyol, anak kelapan dari sebelas anak pada Richard Worsam Meade dan Margaret Coats Butler Meade. Keluarga Pennsylvaniansnya merupakan keturunan Irish Khatolik. Saudaranya, Richard Worsam Meade II, merupakan bakal pegawal tentera laut. Bapanya, seorang peniaga Philadelphia yang kaya berkhidmat di Sepanyol sebagai agen tentera laut bagi kerajaan Amerika Syarikat. Beliau mengalami, kerugian kerana menyokong Sepanyol semasa Perperangan Napoleonik dan meninggal pada tahun 1828 ketika Meade masih remaja. Keluarga Meade kembali ke Amerika Syarikat enam bulan selepas kematian bapanya, dalam belengu kesempitan kewangan. Semasa muda George memasuki Institute Mount Hope di Baltimore, Maryland dan menyertai memasuki Akademi Tentera Amerika Syarikat (West Point) pada tahun 1831, dipilih terutamanya disebabkan faktor kewangan. Dia lulus dengan tempat ke- 19 dalam kelas 56 kadet pada tahun 1835. Selama setahun dia berkhidmat dengan Artileri ke-3 Amerika Syarikat di Florida, berjuang menentang Penduduk Peribumi Amerika Syarikat Seminole, sebelum berhenti dari Tentera, satu kerjaya yang dia tidak berminat untuk meneruskannya, walaupun sejak menyertai West Point lagi. Dia bekerja sebagai jurutera awam bagi Alabama, Georgia, dan Jalan Kereta Api Florida dan bagi Jabatan Perang Amerika Syarikat. Pada 31 Disember 1840, dia berkahwin dengan Margaretta Sergeant, anak ahli politik John Sergeant, sekutu Henry Clay semasa pilihan raya presiden Amerika Syarikat, 1832. Mereka mempunyai tujuh anak berasma (John Sergeant Meade, Col. George Meade, Margaret Butler Meade, Spencer Meade, Sarah Wise Meade, Henrietta Meade, dan William Meade). Dia mendapati pekerjaan awam secara tetap sukar didapati bagi lelaki yang baru berkahwin, dia kembali menyertai tentera pada tahun 1842 sebagai leftenan ke-dua dalam kor jurutera topograf.[1]

Meade berkhidmat dalam Perang Mexico-Amerika, ditempatkan sebagai kakitangan Jeneral Zachary Taylor, William J. Worth, dan Robert Patterson, dan dilantik (tanpa kenaikan gaji) kepada leftenan pertama bagi keberanian semasa Pertempuran Monterrey. Selepas perang dia kebanyakannya terbabit dengan pembinaan rumah api dan pembinaan pemecah ombak dan pengukuran persisiran pantai di Florida dan New Jersey. Dia mereka rumah api Barnegat di Pulau Long Beach, rumah api Absecon di Bandar Atlantic, Rumah Api Teluk Cape di Teluk Cape, rumah api Jupiter Inlet di Jupiter, Florida, dan rumah api Sombrero Key di Florida Keys.[2] Dia juga mereka lampu hidraulik yang diterima pakai oleh Lembaga Rumah api bagi kegunaan rumah api di Amerika Syarikat. Dia dilantik sebagai kapten pada tahun 1856.[3]

Pada tahun 1857, Meade mengantikan Leftenan kolonel James Kearney bagi misi Tinjauan Tasik bagi Tasik Besar. Menghabiskan tinjauan Tasik Huron dan sambungan pemetaan Tasik Michigan kebawah sehingga Teluk Grand Traverse dan Teluk Little Traverse dilakukan di bawah pentadbirannya. Sebelum pentadbiran Kapten Meade, bacaan tahap air tasik besar diambil tenpatan menggunakan pengukur sementara; rujukan satah sekata belum ditetapkan. Pada tahun 1858, berdasarkan cadangannya, peralatan ditempatkan bagi pengumpulan rekod sepanjang lembangan. Pada tahun 1860, lapuran perincian pertama mengenai Tasik besar diterbitkan.[4] Meade kekal dengan Pemetaan Tasik sehingga tahun 1861 meletus Perang Saudara.

Perang Saudara

sunting

Pimpinan Awal

sunting
 
Kuda Jeneral Meade, ’’’Old Baldy’’’ (“Botak Tua”).

Meade dilantik bermula dari pangkat kapten ke Brigadier Jeneral bagi sukarelawan pada 31 Ogos 1861, beberapa bulan selepas meletusnya Perang Saudara, berdasarkan sokongan kuat Gabenor Pennsylvania, Andrew Curtin. Dia diberikan tugas memimpin Brigade ke-2 pasukan Simpanan Pennsylvania, dipilih awal perperangan, di mana dia memimpin dengan baik, bagi pembinaan pertahanan awal di sekeliling Washington, D.C. Brigadenya menyertai Tentera Potomac di bawah pimpinan Maj. Gen. George B. McClellan bagi Kempen Semenanjung. Semasa Pertempuran Glendale, satu dari Pertempuran Tujuh hari, Meade cedera teruk di tangan, belakang, dan sisi. Dia cukup kuat bagi menyertai Kempen Virginia Utara dan Pertempuran Bull Run Kedua, dalam mana dia memimpin brigadenya, ketika itu ditugaskan kepada kor Maj. Gen.Irvin McDowell Tentera Virginia. Brigadenya melakukan pertahanan cemerlang di Bukit Rumah Henry bagi melindungi bahagian belakang Tentera Union yang berundur. Pada permulaan Kempen Maryland beberapa hari kemudian, dia menerima pimpinan Division ke-3, Kor I Tentera Union, Tentera Potomac, dan menonjolkan dirinya semasa Perperangan Gunung Selatan. Ketika brigade Meade menyerbu rabung di Gunung Selatan, Maj. Gen. Joseph Hooker, komander kor didengari menyatakan, "Lihatlah Meade! Benar, dengan tentera seperti itu, dipimpin sedemikian, saya mampu memenangi semuanya!" Dalam Pertempuran Antietam, Meade menggantikan Hooker yang tercedera ketika memimpin Kor I, dipilih secara peribadi oleh McClellan melangkaui beberapa Jeneral lain yang berpangkat lebih tinggi darinya. Dia berkhidmat dengan baik di Antietam, tetapi tercedera di peha.[5]

Semasa Pertempuran Fredericksburg, division Meade satu-satunya yang berjaya melolosi pertahanan Konfederate, mendahului melalui bukaan pada kor Leftenan Jeneral (CSA) Thomas J. "Stonewall" Jackson di bahagian selatan medan pertempuran. Untuk aksi ini, Meade dilantik sebagai Major jeneral bagi sukarelawan, bermula dari 29 November 1862. Bagaimanapun, serangannya tidak dibantu, menyebabkan kehilangan sebahagian besar divisionnya. Selepas pertempuran, dia menerima pimpinan Kor V (Tentera Union), dengan mana dia memimpin semasa Pertempuran Chancellorsville pada musim bunga berikutnya. Jeneral Hooker, ketika itu memimpin Tentera Potomac, memiliki rancangan agresif, besar bagi kempen tersebut, tetapi takut melaksanakannya, membenarkan pihak Konfederates merampas initisiatif. Kor Meade kekal dalam simpanan bagi kebanyakan pertempuran, menyumbang kepada kekalahan pihak Union. Selepas itu, Meade bertekak dengan Hooker bagi meneruskan serangan menentang Lee, tetapi sia-sia.[6]

Tentera Potomac dan Gettysburg

sunting
 
Komander Tentera Potomac, Gouverneur K. Warren, William H. French, George G. Meade, Henry J. Hunt, Andrew A. Humphreys, dan George Sykes pada September 1863.

Hooker berhenti sebagai pemerintah Tentera Potomac ketika mengejar Robert E. Lee dalam Kempen Gettysburg.[7] Pada awal pagi 28 Jun 1863, utusan dari Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln tiba bagi memberitahu Meade mengenai perlantikannya sebagai penganti Hooker. Meade terkejut dan kemudian menulis kepada isterinya bahawa ketika pegawal memasuki khemahnya bagi membangunkannya, dia menganggap bahawa politik Tentera telah turut membabitkannya dan dia kini ditahan. Dia tidak meminta kepimpinan secara aktif dan Meads bukanlah pilihan pertama presiden. John F. Reynolds, salah seorang dari empat jeneral utama yang mengatasi Meade dalam Tentera Potomac, sebelum itu menolak cadangan presiden bahawa dia mengambil alih.[8] Reynold kemudian terbunuh pada hari pertama Pertempuran Gettysburg.

 
Ibupejabat Jeneral Meade, Gettysburg, Pennsylvania.

Meade mengambil alih kepimpinan di Prospect Hall di Frederick, Maryland.[9] Tentera Virginia Utara Lee sedang menyerang Pennsylvania dan, sebagai bekas komander kor, Meade tidak mempunyai banyak maklumat mengenai kedudukan tentera barunya. Hanya tiga hari berikutnya dia berhadapan dengan Lee dalam Pertempuran Gettysburg, 1 Julai hingga 3 Julai 1863, di mana dia memenangi pertempuran dalam apa yang di anggap titik perubahan bagi Perang Saudara Amerika Syarikat. Pertempuran bermula hampir sebagai kemalangan, akibat pertembungan tidak sengaja antara infantri Konfederate dan pasukan kalavari Union di Gettysburg pada 1 Julai. Menjelang pengakhiran hari pertama, dua kor infantri Union hampir musnah sepenuhnya, tetapi telah mengambil kedudukan ditempat yang baik. Meade mengejar baki Tenteranya ke Gettysburg dan dengan mahir menempatkan pasukannya bagi pertempuran bertahan, bertindak balas dengan pantas pada serangan sengit pada sebelah kiri, kanan, dan hadapan barisannya, berakhir dengan kegagalan serangan Lee pada bahagian tengah, yang dikenali sebagai Serbuan Pickett.[10]

 
Ukiran oleh James E. Kelly George G. Meade dan Majlis Perang di Gettysburg, 2 Julai, tahun 1863].

Berikutan kerugian teruk mereka di Gettysburg, tentera Ketua Robert E. Lee berundur kembali ke Virginia. Meade telah dikritik oleh Presiden Lincoln dan lain-lain untuk tidak agresif mengejar musuh-musuh dengan semasa pengunduran mereka. Pada satu ketika, Tentera Virginia Utara adalah sangat terdedah dengan bahagian belakang mereka membelakangi Sungai Potomac, tetapi mereka dapat membentuk kedudukan pertahanan yang kuat sebelum Meade sempat mengatur satu serangan yang berkesan. Presiden Lincoln percaya bahawa ini merupakan peluang yang disia-siakan untuk menghentikan peperangan. Walau bagaimanapun, Meade menerima kenaikan pangkat ke Brigadier Jeneral dalam Tentera Darat Amerika Syarikat biasa dan ucapan Terima kasih Kongres, yang memuji Meade "... dan pegawai-pegawai dan askar [Tentera Potomac], untuk kemahiran dan keberanian wira yang di Gettysburg ditangkis, dikalahkan, dan pulang, patah dan putus asa, di seberang Sungai Rappahannock, tentera veteran pemberontakan "Warner [11]

Bagi baki kempen musim luruh pada tahun 1863, semasa kedua-dua Kempen Bristoe dan Kempen Mine Run, Meade telah diatasi oleh Lee yang berundur selepas beberapa pertempuran kecil, tanpa keputusan, kerana Meade keberatan menyerang kedudukan berkubu.[12]

Meade merupakan seorang yang berkemampuan dan luaran serdahana, sungguhpun perhubungan dengan isterinya sepanjang perperangan mencadangkan dia menyembunyikan ego dan cita-citanya. Wartawan London menggambarkan Meade: "Dia merupakan orang yang kelihatan mengkagumkan —tinggi, spare, tokoh memimpin dengan kehadirannya, tingkah lakunya menyenangkan dan ramah tetapi bermaruah tinggi. Kepalanya separuh botak, kecil dan padat, tetapi dahi jendul. Dia memiliki hidung kelas mendiang Arthur Wellesley, Duke Wellington Pertama, dan matanya, yang memiliki pandangan serius dan hamper sedih, agak tenggelam, atau kelihatan sebegitu dari penonjolan bentuk hidung yang ketara. Dia memiliki perwatakan kebapaan dan menonjol." Sifat panas baran Meade menjadikan dia tidak digemari, dan sungguhpun dia dihormati oleh kebanyakan seangkatan dengannya, dia tidak disukai oleh tenteranya. Sesetengah mereka menggelarnya sebagai "kura-kura menggigit mata terbonjol tua celaka (”a damned old goggle-eyed snapping turtle.”"[13]

Meade dan Grant

sunting
 
General Meade's headquarters, Culpeper, Virginia.
 
Ibu pejabat artileri berkuda di Brandy Station, Virginia, Februari 1864. Meade berdiri jauh di kanan dengan jeneral John Sedgwick dan Alfred Torbert, bersama dengan pegawai staf.

Apabila Lt. Jeneral Ulysses S. Grant dilantik sebagai komander keseluruhan Tentera Union pada March 1864, Meade menawarkan untuk berhenti. Dia menyatakan bahawa tugas yang perlu ditangani adalah amat penting dan dia tidak mahu menghalang Grant dari memilih orang yang betul bagi tugas itu dan menawarkan untuk berkhidmat di mana sahaja dia ditempatkan. Grant meyakinkan Meade bahawa dia tidak berniat untuk mengantikannya. Grant kemudian menulis bahawa kejadian ini memberikan dia pendapat lebih baik mengenai Meade berbanding kejayaan besar di Gettysburg.[14]

Grant menempatkan ibupejabatnya bersama Meade sepanjang perperangan, yang menyebabkan Meade resah kerana penyelian ketat yang diterimanya. Berikut kejadian pada Jun 1864, di mana Meade mendisplin wartawan Edward Cropsey dari akhbar The Philadelphia Inquirer di atas rencana yang kurang menyenangkannya, kesemua akhbar yang ditempatkan bersama tenteranya bersetuju untuk menyebut nama Meade hanya dikaitkan dengan kekalahan. Meade kelihatannya tidak mengetahui aturan ini, dan kesemua wartawan memberikan semua pujian kepada Grant menyebabkan Meade meradang.[15]

Perbezaan tambahan menyebabkan pergeseran lanjut antara Grant dan and Meade. Melaksanakan perperangan melesukan (“war of attrition”) dalam Kempan Overland menentang Robert E. Lee, Grant sanggup menerima korban yang sebelum ini tidak dapat diterima dengan pengetahuan bahawa Tentera Union memiliki askar penganti, manakala pihak Konfederates tiada tentera simpanan pengganti. Meade, sungguhpun berprestasi agresif semasa berpangkat lebih rendah pada tahun 1862, telah menjadi lebih berhati-hati dan keberatan dengan perbuatan sia-sia menyerang kedudukan pertahanan perparitan. Kebanyakan kekalahan dengan korban yang tinggi yang dialami oleh tenteranya semasa Kempen Overland merupakan arahan oleh Grant, sungguhpun pergerakan agresif yang akhirnya memerangkap Lee di perparitan sekitar Petersburg adalah juga merupakan inisitif Grant. Meade bertambah kecewa dengan cara Grant kadang-kala memberikan layanan lebih baik kepada orang bawahan yang dibawanya dari Medan barat Perang Saudara Amerika Syarikat. Contoh utamanya adalah campurtangan Grant dengan arahan Meade kepada Kor Kalavari Major Jeneral Philip Sheridan. Meade telah mengesa tentera Sheridan melaksanakan fungsi tradisi kalavari bagi meninjau, dan mengawal kereta api Tentera, tetapi Sheridan membantah dan memberitahu Meade bahawa dia mampu " mengalahkan Stuart" jika Meade membenarkannya. Meade melaporkan perbualan ini kepada Grant, yang menjawab, "Jadi, dia biasanya tahu apa yang diperkatakannya. Bia dia segera mula dan melakukannya." Meade mengalah kepada penilaian Grant dan mengeluarkan arahan kepada Sheridan untuk "mula menentang kalavari musuh " dan dari 9 May sehingga 24 May, menghantarnya menyerbu ke arah Richmond, secara langsung mencabar kalavari pihak Konfederate.[16]

 
Jeneral George G. Meade, Andrew A. Humphreys dan staf di Culpeper, Virginia di luar ibu pejabat Meade, 1863.

Sungguhpun Meade pada umumnya bertindak efektif di bawah penyelian Grant semasa Kempen Overland dan Kempen Richmond-Petersburg, beberapa peristiwa pertimbangan yang salah mencemari warisannya. Semasa Pertempuran Cold Harbor, Meade tidak menyelia komander kor-nya dengan mencukupi dan tidak berkeras memastikan mereka melakukan peninjauan sebelum serangan langsung yang gagal teruk. Peliknya, Meade menulis kepada isterinya sejurus selepas pertempuran dan menyatakan rasa bangganya bahawa dialah yang mengarahkan serangan tersebut. Semasa serangan awal ke atas Petersburg, Meade sekali lagi gagal menyelaras serangan kor-nya sebelum Jeneral Lee sempat menyokong garis pertahanannya, menyebabkan kandas selama sepuluh bulan, Kepungan Petersburg. Dia meluluskan rancangan Maj. Jen. Ambrose Burnside bagi menanam bahan letupan dalam terowong lombong yang digali di bawah barisan Konfederate di timur Petersburg, tetapi pada saat-saat akhir menukar rancangan Burnside untuk memulakan serangan dengan division Afrika-Amerika yang terlatih bagi aksi ini, mengarahkan agar dia mengambil langkah kurang berisiko politik dan digantikan dengan dividion kulit putih yang tidak terlatih dan tidak dipimpin dengan baik. Hasilnya Pertempuran Crater merupakan salah satu kesilapan besar dalam perperangan. Dalam kesemua kes ini, Grant berkongsi sebahagian tanggungjawab kerana meluluskan rancangan Meade, tetapi prestasi Meade tidak pada tahap kecekapan yang sama yang ditunjukkannya dalam masa yang lain.[17]

 
Jeneral Meade dan jeneral lain dalam Tentera Potomac di Washington, D.C., June 1865.

Selepas Spotsylvania, Grant memohon agar Meade dilantik kepada major jeneral tentera biasa. Dalam telegram kepada Setiausaha Perang Amerika Syarikat Edwin Stanton pada 13 May 1864, Grant menyatakan bahawa "Meade has more than met my most sanguine expectations. He and [William T.] Sherman are the fittest officers for large commands I have come in contact with."[18] Meade berasa hati bahawa perlantikan yang patut diterimanya diproses hanya selepas perlantikan Sherman dandPhilip Sheridan, yang kemudiannya merupakan bawahannya.[19] Bagaimanapun, tarikh perlantikannya bererti pangkatnya pada akhir perang hanya diatasi oleh Grant, Henry Wager Halleck, dan Sherman.[20] Sungguhpun dia berjuang semasa Kempen Appomattox, Grant dan Sheridan menerima kebanyakan pujian. Dia tidak hadir semasa Robert E. Lee menyerah diri di Bangunan mahkamah Appomattox.[15]

 
Jeneral George G. Meade dan kakitangannya di Washington, D.C. pada Jun 1865.

Keputusan kepimpinan Meade

sunting

Keputusan Meade ketika memimpin Tentera Potomac telah menjadi tumpuan pertikaian. Dia telah dituduh sebagai tidak cukup agresif ketika mengejar pihak Konfederate, dan kadang-kala keberatan untuk menyerang. Reputasinya dikalangan orang awam dan sejarahwan abad ke-19 terjejas akibat sifat panas barannya, hubungan buruknya dengan pihak akhbar, kedudukannya di bawah bayangan kejayaan Grant, dan terutamanya kesan buruk akibat pertikaiannya dengan Dan Sickles. Karya sejarahwan masakini telah menggambarkannya dari sudut yang lebih baik. Mereka mengakui bahawa Meade memaparkan dan bertindak berdasarkan kefahaman mengenai perlunya perubahan dalam taktik akibat peningkatan teknologi senjata, seperti keputusannya bagi berkubu apabila pratikal dan tidak melakukan serangan berhadapan ke arah kedudukan berkubu musuh.[21]

Jeneral Meade merupakan komisioner bagi Taman Fairmount di Philadelphia dari 1866 sehingga kematiannya. Penduduk Philadelphia memberikan balunya sebuah rumah pada tahun 1836 Delancey Place, yang didudukinya. Rumah itu masih memiliki perkataan "Meade" di atas pintu, tetapi kini digunakan sebagai apartment. Dia turut memegang pelbagai pemerintahan tentera, termasuk Division Tentera Atlantik, Jabatan Timur, dan jabatan Selatan. Dia menggantikan Maj. Jen. John Pope sebagai gabenor era pembinaan semula Daerah Tentera Ketiga di Atlanta, Georgia pada 10 January 1868. Da menerima kedoktoran kehormat dalam perundangan (LL.D.) dari Universiti Harvard, dan pencapaian saintifiknya diakui oleh pelbagai institusi, termasuk “American Philosophical Society” dan “Philadelphia Academy of Natural Sciences”.[22]

Kematian dan warisan

sunting
Peringatan pada George G. Meade



Meade meninggal di Philadelphia akibat kerumitan dari luka lamanya, digabung dengan pneumonia, dan ditanam di perkuburan Laurel Hill.[23]


Terdapat patung peringatannya sepanjang Pennsylvania, termasuk patung di Taman Tentera Kebangsaan Gettysburg dan juga di Taman Fairmount di Philadelphia, PA. Fort George G. Meade Tentera Amerika Syarikat di Fort Meade, Maryland, dinamakan sempena dirinya, juga County Meade, Kansas, dan County Meade, Dakota Selatan. Meja Bulat Perang Saudara Old Baldy dinamakan sempena menghormati kuda Meade semasa perang.

Nota Perbendaharaan Satu-ribu dolar, juga dikenali sebagai nota syiling, Siri tahun 1890 dan 1891, memiliki ciri potret Meade pada bahagian depan. Nota siri 1890 digelar Nota Tembikai Besar bagi pengumpul, kerana sifar besar di belakangnya menyerupai corak pada buah tembikai.

Kerjaya Postbellum

sunting
  1. ^ Tagg, p. 1; Warner, p. 315; Sauers, p. 1295; Eicher, p. 384; Hunt, p. 22; rootsweb.com; Baltzell, Edward Digby, Philadelphia Gentlemen: The Making of a National Upper Class, University of Pennsylvania Press, 1958, ISBN 978-0-88738-789-0, p. 142.
  2. ^ Dean, Love, Reef Lights: Seaswept Lighthouses of the Florida Keys, The Historic Key West Preservation Board, 1982, ISBN 0-943528-03-8. McCarthy, Kevin M., Florida Lighthouses. University of Florida Press, 1990, ISBN 0-8130-0993-6.
  3. ^ Eicher, p. 385; nndb.com; Cape May Lighthouse history
  4. ^ Woodford, Arthur, Charting the Inland Seas: A History of the U.S. Lakes Survey, Wayne State University Press, 1994, ISBN 978-0-8143-2499-8.
  5. ^ Tagg, pp. 2-3; Eicher, p. 385; Warner, p. 316.
  6. ^ Sauers, p. 1295; Eicher, p. 385; Tagg, p. 3.
  7. ^ Coddington, p. 216. Hooker was disputing troop dispositions with General in Chief Henry W. Halleck and offered his resignation as a protest. Halleck and President Lincoln, dissatisfied with Hooker's performance at Chancellorsville and his lackluster pursuit of Lee in the current campaign, seized upon this opportunity and accepted his resignation.
  8. ^ Coddington, pp. 37, 209.
  9. ^ Historical marker website
  10. ^ Tagg, pp. 4-6.
  11. ^ , ms 316-17; Eicher, ms. 385; Sauers, ms. 1295.
  12. ^ Sauers, pp. 1295-96.
  13. ^ Tagg, pp. 1-4; Sauers, pp. 1295.
  14. ^ Grant, chap. XLVI (vol. II, p. 117).
  15. ^ a b Sauers, p. 1296.
  16. ^ Jaynes, pp. 114-15. Sauers, p. 1296; Rhea, pp. 60-64.
  17. ^ Jaynes, pp. 156-69; Davis, pp. 39-52, 64-88.
  18. ^ Grant, chapter LII (vol. II, p. 235). He further stated that "I would not like to see one of these promotions at this time without seeing both."
  19. ^ Eicher, p. 703; Warner, p. 644. Sherman was appointed on August 12, 1864, and confirmed on December 12 with date of rank August 12. Sheridan was appointed November 14 with date of rank November 8. Meade was not appointed until November 26, although his date of rank was established as August 18, meaning he technically outranked Sheridan, but was embarrassed that his name was not put forward first. The U.S. Senate confirmed Sherman and Sheridan on January 13, 1865, Meade on February 1. Subsequently, Sheridan was promoted to lieutenant general over Meade on March 4, 1869, after Grant became president and Sherman became the commanding general of the U.S. Army.
  20. ^ Eicher, pp. 701-02.
  21. ^ See, for example, Gallagher, essay by Richard A. Sauers, pp. 231-44.
  22. ^ Eicher, p. 385; Sauers, p. 1296; nndb.com; civilwarhome.com.
  23. ^ Eicher, p. 384; "The Soldier's Rest.; Obsequies of Gen. Meade in Philadelphia". New York Times. 11 November 1872.

Rujukan

sunting

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting
Pegawai tentera
Didahului oleh
Joseph Hooker
Commander of the I Corps
September 17, 1862 – September 29, 1862
Diikuti oleh:
John F. Reynolds
Didahului oleh
Daniel Butterfield
Commander of the V Corps
December 25, 1862 – January 26, 1863
Diikuti oleh:
Charles Griffin
Didahului oleh
George Sykes
Commander of the V Corps
February 5, 1863 – February 16, 1863
Diikuti oleh:
Andrew A. Humphreys
Didahului oleh
Andrew A. Humphreys
Commander of the V Corps
February 28, 1863 – June 28, 1863
Diikuti oleh:
George Sykes
Didahului oleh
Joseph Hooker
Commander of the Army of the Potomac
June 28, 1863 – June 28, 1865
Diikuti oleh:
(none, end of Civil War)
  NODES
Note 1