Gisaeng (Hangul기생; Hanja妓生; RRgisaeng; Jawi: كيسيڠ) atau ginyeo (Hangul기녀; Hanja妓女; Jawi: كينيو), merupakan penghibur sah yang wujud sejak kerajaan Goryeo untuk berkhidmat kepada golongan tertentu seperti yangban dan raja-raja. Bahkan, mereka juga memberikan perkhidmatan seksual untuk golongan disebut ini.[1][2]

Seorang gadis gisaeng yang berhias, bertarikh sekitar tahun 1910

Kebanyakan daripada mereka diambil kerja dalam istana raja, namun mereka turut didapati di serata negara. Mereka mendapat latihan terperinci dalam bidang tertentu seperti seni-seni halus, tembikar dan sastera; namun dipandang rendah akibat status sosial mereka. Golongan kisaeng ini memainkan peranan penting dalam pembentukan tanggapan masyarakat Korea mengenai budaya tradisi yang wujud dalam zaman Joseon.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Life and role of gisaeng courtesans". The Korea Times. 4 Februari 2016. Dicapai pada 27 Oktober 2016.
  2. ^ Lee Insuk. "Convention and Innovation: The Lives and Cultural Legacy of the Kisaeng in Colonial Korea (1910-1945)" (pdf). Seoul Journal of Korean Studies. Kyujanggak Institute for Korean Studies. 23 (1): 71–93. Dicapai pada 2016-10-27.
  NODES
innovation 1