Goguryeo
Goguryeo atau Koguryŏ (Hangul: 고구려; hanja: 高句麗) (37 SM – 668 M) merupakan salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea,[1][2][3][4] yang terletak di bahagian utara dan tengah Semenanjung Korea serta bahagian selatan dan tengah wilayah Manchuria. Kerajaan ini memainkan peranan yang aktif dalam pergelutan kuasa untuk mengawal kawasan semenanjung dan juga yang berkaitan dengan ketatanegaraan antara China (Dinasti Han) dan Jepun (Zaman Yamato).
Goguryeo (ݢوݢوريو) 고구려 (高句麗) | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
37 SM–668 M | |||||||||||
Ibu negara | Jolbon (37 SM – 3 M) Gungnae (3–427) Pyongyang (427–668) | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Goguryeo (sama ada bahasa Korea Lama atau andaian bahasa Buyeo) | ||||||||||
Agama | Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kepawangan | ||||||||||
Kerajaan | Beraja | ||||||||||
Raja | |||||||||||
• 37 – 19 M | Dongmyeong | ||||||||||
• 391 – 413 | Gwanggaeto yang Agung | ||||||||||
• 413 – 491 | Jangsu | ||||||||||
• 590 – 618 | Yeongyang | ||||||||||
Era Sejarah | Purba | ||||||||||
• Penubuhan | 37 SM | ||||||||||
• Pengenalan kepada agama Buddha | 372 | ||||||||||
• Kempen Gwanggaeto yang Agung | 391–413 | ||||||||||
598–614 | |||||||||||
645–668 | |||||||||||
• Kejatuhan Pyongyang | 668 M | ||||||||||
Populasi | |||||||||||
• | 3,500,000 (ketika zaman kejatuhannya pada 668 M) | ||||||||||
| |||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Korea Utara Korea Selatan Republik Rakyat China Rusia |
Dalam catatan Samguk Sagi (삼국사기; 三國史記), menunjukkan bahawa Goguryeo diasaskan oleh putera Jumong, seorang putera dari Buyeo pada 37 SM, walaupun terdapat bukti arkeologi dan berteks daripada monograf geografi Cina yang mencadangkan Goguryeo mungkin telah wujud sejak abad ke-2 SM iaitu ketika zaman kejatuhan Gojoseon, kerajaan sebelum ini yang juga menduduki selatan Manchuria dan utara Korea.
Goguryeo ketika zaman pengembangan kuasanya adalah suatu wangsa utama di Asia Timur sebelum ia dikalahkan oleh perikatan Silla–Tang pada 668 M. Selepas kejatuhannya, wilayah Goguryeo dibahagikan kepada kepada kerajaan Silla Bersatu, Balhae dan Tang.
Sejarah
suntingPengasasan kerajaan
suntingMenurut catatan Samguk Sagi dan Samguk Yusa, seorang putera dari Buyeo, bernama Jumong melarikan diri selepas berlaku perebutan kuasa dengan putera–putera lain dalam kerajaan Buyeo[5] dan mengasaskan kerajaan Goguryeo pada 37 SM di dalam kawasan yang dikenali sebagai Jolbon, di mana ia dianggap terletak di lembangan sungai T'ung-chia dan Yalu tengah, yang menindih sempadan di antara China–Korea Utara pada hari ini. Sesetengah sarjana percaya bahawa Goguryeo mungkin telah diasaskan pada abad ke-2 SM.[6] Di dalam monograf ilmu alam Han Shu, perkataan 'Goguryeo' (高句麗) pertama kali disebut pada 113 SM sebagai kawasan di bawah pemerintahan daerah Xuantu.[7] Dalam Buku Lama Tang (945 M), adalah direkodkan bahawa Maharaja Taizong merujuk sejarah Goguryeo berusia 900 tahun.
Pada 75 SM, sekumpulan puak Yemaek (puak proto Goguryeo), yang mungkin berasal dari Goguryeo membuat serangan ke atas daerah Xuantu di barat lembah sungai Amnok.
Rujukan
sunting- ^ "Koguryo". Encylopaedia Britannica. Dicapai pada 15 Oktober 2013.
- ^ "고구려 : 두산백과" (dalam bahasa Korea). Ensiklopedia Doosan. Dicapai pada 17 Februari 2015.
- ^ "Complex of Koguryo Tombs". Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 24 Oktober 2013.
- ^ Byeon 1999.
- ^ Mark E. Byington (2003). A History of the Puyo State, its History and Legacy. PhD dissertation for the department of East Asian History, Universiti Harvard. m/s. 234.
- ^ 'Daniel Kane, postdoctoral student, Korean History Department, Universiti Hawaii, personal web site http://www2.hawaii.edu/~dkane/Puyo.htm
- ^ Christopher I. Beckwith (2004). Koguryo, The Language Of Japan's Continental Relatives. Brill Academic Publishers. m/s. 33.
Bibliografi
sunting- Byeon, Tae-seop. 韓國史通論 (dalam bahasa Korea). 4. ISBN 89-445-9101-6. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - Pozzi, Alessandra; Janhunen, Juha Antero; Weiers, Michael, eds. (2006). Tumen Jalafun Jecen Aku: Manchu Studies in Honour of Giovanni Stary. Jilid 20 Tunguso Sibirica. Giovanni Stary (Penyumbang). Otto Harrassowitz Verlag. ISBN 344705378X. Diambil 1 April 2013.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Goguryeo |
- Maklumat tentang Goguryeo
- Goguryeo di Yayasan Sejarah Asia Timur Laut