Grønland (dalam Bahasa Denmark, nama rasmi dalam Bahasa Kalaallit/Greenlandik: Kalaallit Nunaat; bahasa Inggeris: Greenland) atau Tanah Hijau[8] (Jawi: تانه هيجاو‎) ialah sebuah pulau di sebelah utara Lautan Atlantik dan timur laut Kanada. Luas wilayah adalah 2,175,000 km2 dan merupakan pulau terbesar di dunia. Pulau ini merupakan sebahagian daripada wilayah Denmark. Pada tahun 1979, Greenland diberi kuasa pemerintahan sendiri dan semenjak tahun 1985 tidak lagi termasuk dalam Kesatuan Eropah, akan tetapi Ratu Denmark masih kekal menjadi Ketua Negara. Pada tahun 2008, Greenland telah mengadakan pungutan suara untuk menentukan kemerdekaannya dari Denmark. Ibu kota Greenland ialah Nuuk.[9]

Greenland (Tanah Hijau)
ݢرينلاند (تانه هيجاو)
  • Kalaallit Nunaat (Greenlandik)
    ᑲᓛᓪᓕᑦ ᓄᓈᑦ
  • Grønland (Denmark)
Bendera Greenland
Jata Greenland
Bendera Jata
Lagu kebangsaan
Nunarput utoqqarsuanngoravit
ᓄᓇᕐᐳᑦ ᐅᑦoᖅᖃᕐᓱᐊᖖoᕋᕕᑦ
Engkaulah Tanah Kuno Kami

Nuna asiilasooq
ᓄᓇ ᐊᓰᓚᔅooᖅ[e]
Tanah yang Sangat Panjang
Lokasi Tanah Hijau
Lokasi Tanah Hijau
Lokasi Kerajaan Denmark terdiri atas Tanah Hijau, Kepulauan Faroe (dilingkari) dan Denmark
Lokasi Kerajaan Denmark terdiri atas Tanah Hijau, Kepulauan Faroe (dilingkari) dan Denmark
Ibu negara
dan bandar terbesar
Nuuk
ᓅᒃ
64°10′N 51°44′W / 64.167°N 51.733°W / 64.167; -51.733
Bahasa rasmiBahasa Kalaallit[a]
Bahasa lainnyaBahasa Denmark, Bahasa Faroe, Bahasa Iceland, Bahasa Norway dan Bahasa Inggeris[a]
Kumpulan etnik
Agama
Gereja Denmark
Negara berdaulatDenmark Kerajaan Denmark
KerajaanPemerintahan yang didelegasikan dalam parlimen Raja Berperlembagaan
• Monarki
Frederik X
Mikaela Engell
• Premier
Múte Bourup Egede
Vivian Motzfeldt
Badan perundanganInatsisartut
ᐃᓇᑦᓯᓴᕐᑐᑦ
Daerah Autonomi dalam Kerajaan Denmark
Abad ke-26 SM
Abad ke-24 SM
Abad ke-8 SM
Abad ke-10
abad ke-13
1262
1721
14 Januari 1814
• Status Amt
5 Juni 1953
• Pemerintahan mandiri
1 Mei 1979
• Autonomi lebih lanjut dan pemerintahan sendiri
21 Jun 2009[1][2]
Keluasan
• Jumlah
2,166,086 km2 (836,330 bt2)
• Perairan (%)
83.1[d]
Populasi
• Perkiraan
55,877 (1 Januari 2018)[3]
0.028/km2 (0.1/sq mi) (terakhir)
KDNK (PPP)2011
• Jumlah
$1.8 bilion[4] (n/a)
$37,000 (n/a)
HDI (2010) 0.786[5]
tinggi · 61
Mata wangKrona Denmark
(DKK)
Zon waktu({{{time_zone}}})
Format tarikhdd-mm-yyyy
Arah memandukanan
Kod panggilan+299
Kod ISO 3166GL
DPT internet.gl
  1.   bahasa Greenland menjadi satu-satunya bahasa rasmi Greenland sejak 2009.[1][6]
  2.   Pengaruh Denmark sampai ke Greenland pada tahun 1380 dengan pemerintahan Olav IV di Norway, putra Haakon VI dari Norwegia dan Margaret I dari Denmark.
  3.   Meskipun sebelumnya di bawah monarki Denmark selama empat ratus tahun, Greenland, Kepulauan Faroe, dan Iceland secara resmi ialah milik Norway sehingga 1814.
  4.  Bermula tahun 2000:
    410,449 km2 (158,475 bt2) merupakan kawasan bebas ais dan
    1,755,637 km2 (677,855 bt2) merupakan kawasan diseluputi ais.
    Kepadatan: 0.14/km2 (0.36 /sq. mi) untuk kawasan bebas ais.
  5.  Nuna asiilasooq memiliki status yang sama dengan lagu kebangsaan tetapi umumnya hanya digunakan pada pemerintahan sendiri di Greenland.[7]

Penamaan

sunting

Pulau ini dinamakan Eiríkr Þorvaldsson tahun 982 semasa merantau lepas dibuang negeri akibat jenayahnya membunuh Eyjólf dan Valthjof, dua orang jirannya kerana dedua mereka sendiri membunuh hamba-hambanya yang dikatakan menyebabkan tanah runtuh di ladang kededua tuan itu di Dalasýsla barat pulau Iceland; dari pendaratannya di Hvarfsgnupr beliau menjelajah kawasan timurnya selama tiga bulan sebelum kembali ke Iceland memberitahukan kisah pengalamannya.[10][11] Di sinilah beliau menokok nama Grœnland (lakuran grœn land "tanah hijau") dengan alasan yang jelas diterangkan dalam hikayat Íslendingabók:[10][12][13]

...hann gaf namn landino, oc kallaþi Grœnland, oc quaþ menn þat mendo fýsaangat farar, at landet ætti namn gótt.
(..."dia menamakan dan memanggilkan tanah itu "Tanah Hijau", tanah yang hendak dituju orang berkelana mestilah baik namanya [menurutnya]...")

Masyarakat peribumi Kalaallit rumpun Inuit penduduk asal negeri ini sebelum kedatangan orang Viking memberi nama setempat Kalaallit Nunaat yakni "Tanah Kalaallit".[14]

Geografi

sunting

Dari segi geografi, Greenland merupakan sebahagian dari Amerika Utara. 80% dari seluruh wilayah ini dilitupi dengan ais yang di beberapa tempat setebal 3 kilometer. Hanya daerah pesisir selatan dan barat yang boleh didiami oleh manusia.

Demografi

sunting

Penduduk asli Greenland ialah orang Inuit atau Eskimo. Terdapat juga orang Denmark dan campuran antara orang Inuit dan Denmark yang disebut “Orang Greenland”. Thule pula menempatkan sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat. Penduduk Greenland berjumlah 58,000 orang dengan pecahan orang Greenland sebanyak 80% dan orang Denmark pula 14,5%. Bahasa rasmi Greenland ialah Bahasa Denmark dan Bahasa Inuit.

Agama terpenting ialah Kristian Protestan Luther seperti di Denmark.

Ekonomi

sunting

Ekonomi Greenland bergantung kepada hasil laut, perlombongan dan perlancongan. Antara keluaran sektor perlombongan termasuk uranium, aluminium, nikel, platinum, tungsten, titanium, tembaga dan delima.

Sejarah

sunting
  • Abad ke 8 Masehi – Orang-orang Inuit mendatangi Tanah Hijau.
  • 981Eiríkr yang Merah mendarat di Tanah Hijau dari Island.
  • 987 – para imigran Skandinavia awal menetap.
  • +/- 1000 – Leif Erikson menybearkan Agama Kristian.
  • 1261 – Tanah Hijau di bawah kekuasaan Norway.
  • 1397 – Tanah Hijau menjadi daerah Denmark.
  • 15001600 – Koloni Viking menghilang.
  • 1721 – Kolonisasi ulang oleh Denmark.
  • 1951 – Perjanjian Pertahanan bersama Tanah Hijau antara Denmark – Amerika.
  • 1953 - Tanah Hijau mendapatkan otonomi terbatas dalam Kerajaan Denmark.
  • 1979 - Tanah Hijau mendapatkan otonomi penuh dalam Kerajaan Denmark.
  • 1982 - Tanah Hijau dengan sebuah referendum memutuskan untuk keluar dari Kesatuan Eropah.
  • 1985 - Tanah Hijau keluar dari Kesatuan Eropah.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b (Danès) TV 2 Nyhederne – "Grønland går over til selvstyre" TV 2 Nyhederne (TV 2 News) – Ved overgangen til selvstyre, er grønlandsk nu det officielle sprog. Retrieved 22 January 2012.
  2. ^ "Self-rule introduced in Greenland". BBC News. 21 June 2009. Dicapai pada 4 May 2010.
  3. ^ "Grønlands Statistik". stat.gl.
  4. ^ Greenland in Figures 2013 (PDF). Statistics Greenland. ISBN 978-87-986787-7-9. ISSN 1602-5709. Dicapai pada 2 September 2013.
  5. ^ Avakov, Aleksandr Vladimirovich (2012). Quality of Life, Balance of Powers, and Nuclear Weapons (2012): A Statistical Yearbook for Statesmen and Citizens. Algora Publishing. m/s. 51. ISBN 978-0-87586-892-9.
  6. ^ (Danès) Law of Greenlandic Selfrule (see chapter 7)
  7. ^ "Not one but two national anthems". Government of Greenland. Dicapai pada 7 October 2003.
  8. ^ contoh atlas bahasa Melayu yang pernah menggunakan nama ini termasuk Versteeg, W. F. (1874) Atlas ja itoe kitab jang isinja Gambar-Gambar Doenia dan Sekaliën Tanah. Leiden: G. Kolff m/s. 4 yang mengeja sebagai "Tanah Idjoe"
  9. ^ "03EM/01.25.01-50 Spørgsmål til Landsstyret: Hvornår fremsætter Landsstyret beslutning om Grønlands" [03EM/01.25.01-50 Questions to the Home Rule Government: When does the Home Rule Government make a decision on Greenland]. Pemerintah Greenland. 7 October 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2014. Dicapai pada 13 December 2014.
  10. ^ a b Lihat:
    • Þorgilsson, Ari (1891). "Íslendingabóc". Íslendinga Sögur. Reykjavik: Sigurður Kristjánsson. m/s. 10.
    • Eiríks saga rauða [Hikayat sang Eirík yang Merah]. Icelandic Saga Database (dalam bahasa Iceland). Chapter 2. Dicapai pada 22 November 2023.
  11. ^ "Eric the Red". Encyclopedia of World Bibliography. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2019. Dicapai pada 8 November 2012.
  12. ^ Grove, Jonathan (2009). "The Place of Greenland In Medieval Icelandic Saga Narrative" dalam Norse Greenland: Selected Papers of the Hvalsey Conference 2008, Journal of the North Atlantic, jilid khas 2. m/s. 30.
  13. ^ "The Saga of Eric the Red, in the Icelandic Sagas"Olson, Julius E.; Bourne, Edward G. (peny., 1906). The Northmen, Columbus and Cabot, 985–1503: The voyages of the Northmen; The Voyages of Columbus and of John Cabot. New York: Charles Scribner's Sons. m/s. 17. Online facsimile edition Diarkibkan 20 Februari 2009 di Wayback Machine. Accessed 8 February 2008
  14. ^ Stern, Pamela (2004). Historical Dictionary of the Inuit. Lanham, Maryland: The Scarecrow Press, Inc. m/s. 89. ISBN 0-8108-5058-3. OCLC 54768167.

Bibliografi

sunting

Karya dipetik

sunting
  • Bardarson, I. (ed. Jónsson, F.) "Det gamle Grønlands beskrivelse af Ívar Bárðarson (Ivar Bårdssön)", (Copenhagen, 1930).
  • CIA World Factbook, 2000.
  • Conkling, P. W. et al. 2011. The Fate of Greenland: Lessons from Abrupt Climate Change, co-authored with Richard Alley, Wallace Broecker and George Denton, with photographs by Gary Comer, MIT Press, Cambridge, Massachusetts.
  • Lund, S (1959). "The Marine Algae of East Greenland. 1. Taxonomical Part". Meddr Gronland. 156 (1): 1–245.
  • Lund, S (1959). "The Marine Algae of East Greenland. 11. Geographic Distribution". Meddr Gronland. 156: 1–70.
  • Steffen, Konrad, N. Cullen, and R. Huff (2005). "Climate variability and trends along the western slope of the Greenland Ice Sheet during 1991–2004", Proceedings of the 85th American Meteorological Society Annual Meeting (San Diego).
  • Sowa, F (2013). "Indigenous Peoples and the Institutionalization of the Convention on Biological Diversity in Greenland". Arctic Anthropology. 50 (1): 72–88. doi:10.3368/aa.50.1.72. S2CID 143294645.
  • Sowa, F. 2013. Relations of Power & Domination in a World Polity: The Politics of Indigeneity & National Identity in Greenland. In: Heininen, L. Arctic Yearbook 2013. The Arctic of regions vs. the globalized Arctic. Akureyri: Northern Research Forum, pp. 184–198.www.arcticyearbook.com/ay2013
  • Sowa, F. 2014. Greenland. in: Hund, A. Antarctica and the Arctic Circle: A Geographic Encyclopedia of the Earth's Polar Regions. Santa Barbara, California: ABC-CLIO, pp. 312–316.

Pautan luar

sunting

Koordinat: 72°00′N 40°00′W / 72.000°N 40.000°W / 72.000; -40.000

  NODES
INTERN 1