Himenium ialah lapisan tisu pada himenofor jasad berbuah kulat di mana sel-sel berkembang menjadi basidium atau askus, yang mengeluarkan spora. Pada beberapa spesies, semua sel himenium berkembang menjadi basidium atau askus, manakala yang lain beberapa sel-sel berkembang menjadi sel-sel steril dipanggil sistidium (Basidiomycetes) atau parafises (Ascomycetes). Sistidium kebiasaannya penting untuk pengenalpastian mikroskopik. Subhimenium terdiri daripada hifa sokongan di mana sel-sel himenium tumbuh, yang di bawah terdapat trama himenoforal, iaitu hifa yang membentuk jisim himenofor.

Kedudukan himenium secara tradisinya merupakan ciri pertama yang digunakan dalam pengelasan dan pengenalpastian cendawan. Di bawah ini adalah beberapa contoh jenis rencam yang terdapat dalam kalangan Basidiomycota dan Ascomycota makroskopik.

  • Pada agarik, himenium berada pada muka menegak insang.
  • Pada bolet dan polipor, ia terdapat di dalam jisim lembut tiub yang menunjuk ke bawah.
  • Pada bebola hembus, ia adalah dalaman.
  • Pada tanduk busuk, ia berkembang secara dalaman dan kemudian terdedah dalam bentuk gel yang berbau busuk.
  • Pada kulat cawan, ia berada pada permukaan cekung payung.
  • Pada kulat bergerigi, ia membesar pada bahagian luar duri berupa gigi.

Galeri

sunting


Rujukan

sunting
  • Régis Courtecuisse, Bernard Duhem : Guide des champignons de France et d'Europe (Delachaux & Niestlé, 1994–2000). ISBN 2-603-00953-2

Pautan luar

sunting
  NODES