Hingar
Hingar (noise) dalam sistem elektronik adalah satu faktor penting dalam operasi sistem telekomunikasi. Hingar ditakrifkan sebagai isyarat yang tidak diperlukan yang mengherot atau merosakkan isyarat yang diperlukan dalam pelbagai cara.
Hingar boleh menyebabkan pendengar silap mendengar isyarat asal atau langsung tidak boleh memahami isyarat tersebut.
Hingar boleh menyebabkan system penerima tidak berfungsi. Dalam kebanyakan litar sistem perhubungan, litar direka dengan mengandaikan bentuk isyarat yang akan diterima. Jika isyarat yang diterima berbeza dengan andaian tersebut, maka litar tersebut tidak akan berfungsi.
Jenis hingar
suntingHingar luaran
suntingHingar luaran (external noise) boleh dihasilkan oleh manusia atau terjadi secara semula jadi. Hingar luaran selalunya dating dari industri, ruang atmosfera, bumi dan ruang angkasa. Jenis-jenis hangar luaran ialah:
Hingar dalaman
suntingPergerakan elektron dalam litar dapat menjanakan hingar dalaman (internal noise). Pelbagai mekanisma hingar, bergantung kepada pelbagai aspek pergerakan elektron boleh berlaku dalam litar. Hasilnya litar elektronik dan komponen elektronik menambahkan hingar pada sebarang isyarat yang melalui litar tersebut. Contoh hingar dalaman ialah:
- hingar terma atau hingar Johnson.