Ilmu ukur atau ukur tanah adalah profesion, cara, seni dan sains dalam membuat ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di atas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar perihal kawasan tersebut. Ahli profesional bagi ukur tanah digelar juruukur. Apabila titik tersebut diplot di atas sekeping kertas lukisan dengan menggunakan skala yang sesuai, maka bentuk muka bumi semula jadi atau cipta jadi seperti bukit, sungai, jalan raya, landasan kereta api, bangunan dan lain-lain dapat dibentuk dalam rupa sebuah pelan atau peta dengan betul. Jadi, ilmu ukur adalah penggambaran muka bumi dalam bentuk pelan ataupun muka keratan tegak yang berskala untuk tujuan menentukan dimensi, bentuk dan keluasan kawasan yang diukur.

Seorang juruukur Tentera Laut A.S. sedang berkerja

Cabang ilmu ukur

sunting

Ilmu Ukur boleh dibahagikan kepada beberapa cabang mengikut tujuan seperti berikut :

  1. Ukur Kejuruteraan
  2. Ukur Kadaster
  3. Ukur Hidrografi
  4. Ukur Topografi
  5. Ukur Geodetik
  6. Astronomi
  7. Sistem Penentududukan Global ( GPS )
  8. Fotogrametri
  9. Penderiaan Jauh.
  NODES