Iran Air atau Penerbangan Iran ialah penerbangan kebangsaan Iran yang berhab di Tehran, Iran. Penerbangan ini mempunyai 44 destinasi.

هواپیمائی جمهوری اسلامی ایران
Havapeyma'i-ye Jomhūrī-ye Eslāmī-ye Īrān
Penerbangan Republik Islam Iran
IATA ICAO Pengenal
IR IRA IRANAIR
Ditubuhkan1944
(sebagai Iranian Airways)
Bermula operasi1961
HabLTA Mehrabad, Tehran
LTA Imam Khomeini
Bandar tumpuanLTA Mashhad
LTA Isfahan
LTA Tabriz
LTA Shiraz
Pesawat49
Destinasi60
Ibu pejabatTehran, Iran
Orang pentingSaeid Hesami (Pengerusi)
Laman webhttp://www.iranair.com
Iran Air head office

Sejarah

sunting

Pada tahun 1946, sekumpulan ahli perniagaan Iran menubuhkan sebuah penerbangan kebangsaan iran yang dinamakan Iranian Airways Company. Dengan menggunakan pesawat DC-3, penerbangan ini menghubungkan Iran dengan negara-negara Eropah. Manakala, sebuah syarikat penerbangan swasta yang bernama Persian Air Services ditubuhkan pada tahun 1954 untuk pengangkutan kargo. Kedua-dua penerbangan kemudiannya bergabung pada tahun 1962 menjadi Iran Air.

Armada Pesawat

sunting

Iran Air mengoperasikan beberapa pesawat jet yang dibina oleh Boeing, Airbus dan Tupolev. Purata umur pesawat-pesawatnya ialah 22 tahun pada Oktober 2006. Berikutan sekatan ekonomi Amerika, Iran Air mengalami kesulitan dalam penjagaan pesawat-pesawatnya dan juga pembelian pesawat-pesawat baru. Kebanyakan Boeing 747 dan Airbus A310nya kini terpaksa ditamatkan operasinya kerana kekurangan komponen ganti.

Armada Pesawat Iran
Pesawat Jumlah Jumlah Penumpang Sektor
Airbus 300-600R 4 261 Antarabangsa
Airbus 300-B2 4 277 Antarabangsa Dan Dalam Negeri
Airbus 310-200 6 167-203 Antarabangsa
Airbus 310-300 2 215 Antarabangsa Dan Dalam Negeri
Boeing 727-200 4 154 Antarabangsa Dan Dalam Negeri
Boeing 747-100 1 449 Antarabangsa
Boeing 747-200 3 449 Antarabangsa
Boeing 747-SP 2 305 Antarabangsa
Fokker 100 12 85-122 Antarabangsa Dan Dalam Negeri
Tupolev Tu-154 - 114-180 Dalam Negeri

Kemalangan

sunting

Pautan luar

sunting
  NODES