Jabatan Pengangkutan Jalan
Jabatan Pengangkutan Jalan (Jawi: جابتن ڤڠڠكوتن جالن; singkatan: JPJ) merupakan jabatan kerajaan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia
جابتن ڤڠڠكوتن جالن | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 April 1946 |
Bidang kuasa | Kerajaan Malaysia |
Ibu pejabat | Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussien, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya |
Moto | Digitalisasi ke Arah Integriti |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Pengangkutan Malaysia |
Dokumen penting |
|
Laman sesawang | www |
Sejarah
suntingJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan pada tahun 1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937. Undang-undang tentera British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu.
Sebelum 1937, pengawalan kereta motor adalah di bawah 4 negeri Melayu Bersekutu iaitu di Bawah Polis Perak dan Selangor, Ketua Inspektor Negeri Sembilan dan 6 Pegawai Daerah di Pahang. Pengawalan tidak berkuatkuasa di Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selain dari 4 buah negeri mengenai kenderaan bermotor sehinggalah Enakmen Lalulintas 1937 diluluskan.
Selaras dengan pembukaan jabatan tersebut, satu undang-undang jalan raya yang dinamakan Ordinan Lalulintas Jalan 1953, telah diluluskan mengantikan Enakmen Lalulintas 1937 itu. Memandangkan pentingnya tugas-tugas untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut khasnya terhadap kenderaan perdagangan, maka Bahagian Penguatkuasaaan telah diwujudkan dan menjalankan fungsi penguatkuasaan tersebut.
Pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan yang bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri. Sehubungan dengan penubuhan jabatan ini, pelbagai akta berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas Jalan tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan bagi menyeragamkan undang-undang pengangkutan negara di samping menjadi landasan kepada JPJ melaksanakan tanggungjawabnya. Ekoran wujudnya kemajuan dalam sistem pengangkutan negara yang ketara pada tahun 1980, JPJ kian terbeban dengan pelbagai tanggungjawab dalam meningkat mutu perkhidmatannya. Selaras dengan itu, penyusunan semula struktur dalaman jabatan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan agar bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan semasa. Akibat wujudnya kepelbagaian fungsi dalam setiap bahagian yang terdapat dalam jabatan ini, maka pelbagai inovasi telah diwujudkan bagi meningkatkan mutu kecekapan dalam perkhidmatan. Era 90 an menunjukkan kemajuan paling memberangsangkan kerana wujudnya tuntutan yang mengalakkan terhadap sistem pengangkutan.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu, ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.
Pengurusan Tertinggi & Pengarah Negeri
suntingPangkat | Nama |
---|---|
Ketua Pengarah
JUSA B |
Datuk Aedy Fadly bin Ramli |
Timbalan Ketua Pengarah
(Perancangan & Operasi) JUSA C |
Datuk Jazmanie bin Shafawi |
Timbalan Ketua Pengarah
(Pengurusan) (JUSA C) |
Puan Rosnina binti Yaacob |
Negeri | Nama | Gred |
---|---|---|
WP Kuala Lumpur | Tuan Hamidi bin Adam | PTD M52 |
Selangor | Tuan Azrin bin Borhan | PTD M52 |
Sabah | Tuan Mohd Harris bin Ali | PTD M52 |
Johor | Tuan Azmil bin Zainal Adnan | KP54 |
Sarawak | Tuan Norizan bin Jili | PTD M52 |
Pulau Pinang | Tuan Zulkifly bin Ismail | KP52 |
Perak | Tuan Mohammad Yusoff bin Abustan | PTD M52 |
Kedah | Tuan Stien Vien Lutam | PTD M52 |
Perlis | Kosong | PTD M52 |
Melaka | Tuan Muhammad Firdaus bin Shariff | PTD M52 |
Negeri Sembilan | Tuan Hanif Yusabra bin Yusuf | PTD M52 |
Kelantan | Tuan Mohd Misuari bin Abdullah | PTD M52 |
Pahang | Tuan Syed Ahmad KhairulAnwar AlYahya bin Syed Abdul Rahman | PTD M52 |
Terengganu | Tuan Zamri bin Sameon | KP52 |
Bahagian-Bahagian
suntingBahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik
Bahagian Kewangan
Bahagian Teknologi Digital
Bahagian Penguatkuasa
Bahagian Kejuruteraan Automotif
Bahagian Perlesenan Kenderaan
Bahagian Pelesenan Pemandu
Bahagian Integriti
Bahagian Hasil
Bahagian Keselamatan Jalan Raya