01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31  
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

Julai[1] [Mal., Sin., Bru., ju-lai] atau Juli[2] [Ind., ju-li] ialah bulan ketujuh dalam tahun Masihi[2] yakni satu tahun mengikut takwim Gregorius selepas bulan Jun, ia mempunyai 31 hari. Tarikh hari pertamanya bermula pada hari yang sama dengan Januari pada tahun lompat dan bulan April setiap tahun.

Bulan ini dinamakan sempena memperingati Julius Caesar yang dikatakan lahir pada bulan ini. Sebelumnya, ia dipanggil Quintilis yang bererti "kelima" dalam bahasa Latin, kerana pada asalnya takwim Romawi bermula pada bulan Mac. Nama bulan ini diturunkan ke dalam bahasa Melayu Nusantara melalui dua bentuk:

Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand menggunakan nama "Karakadakom" (Jawi: كاراكاداكوم‎ menyerap Bahasa Thai: กรกฎาคม kàrákàdaa-khom) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Ketam dilambangkan haiwan serupa (karkaṭa).

Rujukan

sunting
  1. ^ a b 'Julai'. Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 21 Mac 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ a b c "'Juli'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  3. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "Juli". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  NODES
mac 4
os 6