Kacang pokok hazel/bunduk termasuklah mana-mana terbitan kacang daripada spesies genus Corylus, terutama kacang spesies Corylus avellana.[1] Spesis bongkah adalah lebih kurang sfera ke bujur, kira-kira 15–25 milimeter (0.59–0.98 in) panjang dan 10–15 milimeter (0.39–0.59 in) diameter, dengan sekam berserabut luar sekitar kulit yang licin. Ada yang adalah lebih panjang, yang kira-kira dua kali lebih panjang diameternya. Kacangnya akan terjatuh keluar daripada sekam apabila masak, lebih kurang tujuh hingga lapan bulan selepas pendebungaan. Isirong biji benihnya boleh dimakan dan digunakan mentah atau dipanggang, atau dikisar menjadi pes. kacang hazel juga digunakan untuk makanan ternakan, begitu juga buah berangan dan buah ok. Benihnya mempunyai kulit coklat gelap nipis yang kadang-kadang dibuang sebelum dimasak.

Kacang bunduk masak

Sejarah penanaman

sunting

Pada tahun 1995, bukti besar-besaran pemprosesan kacang Zaman Batu Pertengahan, berusia 9,000 tahun, ditemui dalam lubang sisa sampah di pulau Colonsay, Scotland. Buktinya mengandungi lubang cetek yang besar penuh dengan tinggalan ratusan ribu cangkerang kacang hazel yang dibakar. Kacang hazel/bunduk telah ditemui pada tapak Mesolitik lain, tetapi jarang dalam kuantiti begitu atau tertumpu dalam satu lubang. Kacang telah dilakukan pentarikhan radiokarbon dan dijejak kepada 7720+/-110BP, yang ditentukur ke sekitar 7000 SM. Tapak serupa di Britain hanya diketahui di Farnham di Surrey dan Cass ny Hawin di Isle of Man.[2][3] Lihat juga Sruwaddacon Bay, Kilcommon, Erris, County Mayo, Ireland.

Penemuan ini memberi gambaran tentang kegiatan perancangan dan kemasyarakatan dalam zaman tersebut. Kacang dituai dalam satu tahun, dan analisis debunga mencadangkan semua pokok hazel telah ditebang pada masa yang sama.[3] Skala aktiviti, yang tidak terdapat di tempat lain di Scotland, dan kekurangan haiwan buruan besar di pulau itu, mencadangkan kemungkinan bahawa Colonsay mengandungi sebahagian besar masyarakatnya dengan diet vegetarian selama masa mereka dihabiskan di pulau itu. Lubang itu pada asalnya berada berhampiran dengan pantai, dan telah dikaitkan dengan dua lubang yang lebih kecil, lubang yang dibarisi batu yang fungsinya masih kabur, perapian, dan kelompok kedua lubang.[2]

Disebabkan kacang hazel biasanya tidak perlu dibakar, malah jenis Kentish Cobnuts masih secara tradisinya dijual segar, ia telah menimbulkan spekulasi bahawa ini dilakukan untuk membuat kacang lebih mudah dicerna untuk kanak-kanak. Membakar kacang difikirkan meningkatkan berapa lama ia boleh disimpan, dan ia mempunyai sejarah menjadi makanan yang berguna untuk pelaut kerana ia boleh disimpan dengan baik.

Penanaman moden

sunting

Penuaian kacang bunduk dilakukan sama ada dengan tangan atau mengaut kacang jatuh melalui cara manual atau mekanikal. Pokoknya biasa ditanam secara meluas untuk kacangnya, termasuk di kebun komersil di Eropah, Turki, Iran dan Caucasus. Kacang dan isirong bijinya, boleh dimakan dan digunakan mentah atau dipanggang, atau dikisar menjadi pes. Bijinya mempunyai kulit nipis coklat gelap yang mempunyai rasa pahit dan kadang-kadang dibuang sebelum dimasak.

Sepuluh negara teratas
dengan pengeluaran terbesar kacang hazel/bunduk pada tahun 2012[4]

(ribu tan)
Kedudukan Negara Pengeluaran Kedudukan Negara Pengeluaran
1   Turki 660 6   Republik Rakyat China 23
2   Itali 85 7   Iran 21
3   Amerika Syarikat 30 8   Sepanyol 14
4   Azerbaijan 29 9   Perancis 8
5   Georgia (negara) 24 10   Poland 4

Nutrien

sunting
kacang hazel/bunduk, mentah
 
Nilai pemakanan per hidangan
Saiz hidangan 100 g
Tenaga 2,629 kJ (628 kcal)
Karbohidrat 16.70g
- Gula 4.34g
- Serabut diet 9.7g
Lemak 60.75g
Protein 14.95g
Air 5.31g
Vitamin A setara 1 μg (0%)
- beta-karotena 11 μg (0%)
- lutein dan zeaksantin 92 μg
Tiamina (vit. B1) 0.643 mg (56%)
Riboflavin (vit. B2) 0.113 mg (9%)
Niasin (vit. B3) 1.8 mg (12%)
Asid pantotenik (B5) 0.918 mg (18%)
Vitamin B6 0.563 mg (43%)
Folat (vit. B9) 113 μg (28%)
Vitamin C 6.3 mg (8%)
Vitamin E 15.03 mg (100%)
Vitamin K 14.2 μg (14%)
Kalsium 114 mg (11%)
Besi 4.7 mg (36%)
Magnesium 163 mg (46%)
Mangan 6.175 mg (294%)
Fosforus 290 mg (41%)
Kalium 680 mg (14%)
Natrium 0 mg (0%)
Zink 2.45 mg (26%)
Link to complete USDA Database entry
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.

Dalam satu hidangan 100 gram, kacang hazel mentah membekalkan 628 kalori dan adalah sumber yang kaya (> 19% daripada Nilai Harian, DV) banyak nutrien penting (lihat jadual). Terutama dalam jumlah yang tinggi adalah protein, serat, vitamin E, tiamina, fosforus, mangan dan magnesium, semua melebihi 30% DV (jadual). Beberapa vitamin B mempunyai kandungan ketara (lihat jadual). Dalam jumlah yang lebih kecil tetapi masih penting (kandungan sederhana, 10-19% DV) adalah vitamin K, kalsium, zink dan kalium (jadual).

Kacang hazel/bunduk adalah sumber penting jumlah lemak, menyumbang 93% DV dalam satu hidangan 100 gram (jadual). Komponen lemak adalah lemak monotaktepu sebagai asid oleik (75% daripada jumlah), lemak politaktepu terutamanya sebagai asid linoleik (13% daripada jumlah) dan lemak tepu, terutamanya sebagai asid palmitik dan asid stearik (bersama-sama, 7% daripada jumlah).[5]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Martins, S.; SimAues, F.; Matos, J.; Silva, A. P.; Carnide, V. (2014). "Genetic relationship among wild, landraces and cultivars of hazelnut (Corylus avellana) from Portugal revealed through ISSR and AFLP markers". Plant Systematics and Evolution. 300 (5): 1035–1046. doi:10.1007/s00606-013-0942-3.
  2. ^ a b "Mesolithic food industry on Colonsay" Dec 1995) British Archaeology. No. 5. Retrieved 25 May 2008.
  3. ^ a b Moffat, Alistair (2005) Before Scotland: The Story of Scotland Before History. London. Thames & Hudson. p. 91–2.
  4. ^ http://faostat.fao.org/site/339/default.aspx
  5. ^ "Full Report (All Nutrients): 12120, Nuts, hazelnuts or filberts". USDA National Nutrient Database, version SR-27. 2015. Dicapai pada 19 August 2015.

Pautan luar

sunting
  NODES
Done 1
Story 2