Kalimantan

Daerah di Pulau Borneo

Kalimantan ialah bahagian pulau Borneo yang di bawah pemerintahan Indonesia.[2] Kawasan ini meliputi 73 peratus daripada keseluruhan luas kawasan pulau tersebut. Bahagian pulau Borneo yang bukan di bawah pemerintahan Indonesia ialah Brunei dan Malaysia Timur. Pada tahun 2019, Presiden Indonesia Joko Widodo mencadangkan untuk memindahkan ibu negara Indonesia dari Jakarta di pulau Jawa ke kawasan ini.[3][4]

Kalimantan
Wilayah
Lokasi Kalimantan di pulau Borneo
Lokasi Kalimantan di pulau Borneo
Koordinat: 1°S 114°E / 1°S 114°E / -1; 114Koordinat: 1°S 114°E / 1°S 114°E / -1; 114
Negara Indonesia
ProvinsiKalimantan Barat
Kalimantan Tengah
Kalimantan Selatan
Kalimantan Timur
Kalimantan Utara
Bandar-bandar TerbesarBalikpapan
Banjarmasin
Palangka Raya
Pontianak
Samarinda
Tarakan
Tanjung Selor
Keluasan
 • Jumlah539,237.77 km2 (208,200.87 batu persegi)
Aras
2,278 m (7,474 ft)
Penduduk
 (Banci 2020)[1]
 • Jumlah16,625,796
 • Kepadatan31/km2 (80/batu persegi)
Zon waktuUTC+7 (Waktu Piawai Indonesia Barat)
UTC+8 (Waktu Piawai Indonesia Tengah)
Kod ISO 3166ID-KA
Plat kenderaanDA
KB
KH
KT
KU
HDI 0.708 (Tinggi)

Asal nama

sunting

Terdapat beberapa huraian yang berbeza-beza tentang asalnya nama "Kalimantan":

  1. Menurut Kesultanan Brunei yang sebelumnya merupakan sebuah kerajaan yang besar (yang mencakupi Sarawak dan sebahagian Sabah kerana sebahagian Sabah dimiliki oleh Kesultanan Sulu-Mindanao), para pedagang Portugis menyebutnya sebagai Borneo dan nama itu kemudian digunakan oleh orang-orang Eropah. Namun penduduk asli menyebutnya sebagai "Pulo Klemantan".
  2. Menurut Crowfurd dalam "Kamus Deskriptif Pulau India" (Descriptive Dictionary of the Indian Island) (1856), perkataan "Kalimantan" ialah nama untuk sejenis buah mangga sehingga pulau Kalimantan dianggap sebagai sebuah pulau mangga. Namun beliau menambah bahawa perkataan itu berbau dongeng dan tidak popular.
  3. Menurut Dr. B. Ch. Chhabra dalam jurnal M.B.R.A.S., Jilid XV, bahagian 3, m.s. 79, kebiasaan bangsa India kuno untuk menyebut nama tempat sesuai dengan hasil bumi, umpamanya jewawut dalam bahasa Sanskrit yawa menyebabkan Pulau Jawa disebut yawadwipa dan berdasarkan analogi yang sama, pulau buah mangga ini dengan nama bahasa Sanskrit, Amra-dwipa yang berubah menjadi "Kalimantan".
  4. Menurut C. Hose dan Mac Dougall, perkataan "Kalimantan" berasal daripada enam golongan suku-suku setempat, iaitu Dayak Laut (Iban), Kayan, Kenya, Klemantan, Munut, dan Punan. Dalam karyanya, "Manusia Semula Jadi, Sebuah Catatan dari Borneo" (Natural Man, a Record from Borneo) (1926), C. Hose menjelaskan bahawa "Klemantan" ialah nama baru yang digunakan oleh bangsa Melayu.
  5. Menurut W.H. Treacher dalam British Borneo di dalam jurnal M.B.R.A.S (1889), buah mangga liar tidak dikenali di Kalimantan utara. Lagi pula Borneo tidak pernah dikenali sebagai pulau yang menghasilkan buah mangga malah mungkin sekali daripada sebutan Pualu Sago kerana perkataan Lamantah ialah nama asli sagu mentah.
  6. Menurut Prof. Dr. Slamet Muljana dalam bukunya Sriwijaya  (LKIS 2006), perkataan "Kalimantan" bukannya perkataan bahasa Melayu asli tetapi kata pinjaman seperti perkataan "melayu" yang berasal daripada perkataan "malaya" di India ("malaya" bererti gunung). Kalimantan atau Klemantan  berasal daripada bahasa Sanskrit, Kalamanthana, iaitu pulau yang udaranya sangat panas atau membakar (kal[a] : musim, waktu dan manthan[a] : membakar). Kerana vokal a  pada akhir "kala" dan "manthana" menurut kebiasaan tidak disebut, maka "Kalamanthana" disebut sebagai Kalmantan.  Perkataan ini kemudian disebut oleh penduduk asli sebagai Klemantan atau Quallamontan yang akhirnya diturunkan menjadi Kalimantan.

Kawasan

sunting
 
Peta Kalimantan (warna muda) dan provinsi komponennya.

Kawasan Indonesia meliputi 73 peratus daripada keseluruhan luas kawasan pulau Borneo dan diduduki oleh 69.5 peratus populasinya (13,772,543 di Bancian Penduduk Indonesia 2010 dan 16,625,796 di Bancian 2020.[5]).

Jumlah luas kawasan Kalimantan ialah 539,237.77 kilometer persegi (208,201 bt2).[6]





Pentadbiran

sunting
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
19715,154,774—    
19806,723,086+30.4%
19909,099,874+35.4%
199510,470,843+15.1%
200011,331,558+8.2%
200512,541,554+10.7%
201014,297,069+14.0%
201515,320,017+7.2%
202016,625,796+8.5%
Sources: Badan Pusat Statistik[7]

Kini, Kalimantan dibahagikan kepada lima buah provinsi. Dari 1945 hingga 1956, kawasan ini ditadbir sebagai satu provinsi, tetapi pada tahun 1957, provinsi Kalimantan Tengah ditubuhkan dengan membelahkannya daripada Kalimantan Selatan yang sudah wujud pada masa itu. Terdapat hanya empat provinsi hingga 25 Oktober 2012, apabila Kalimantan Utara dibelahkan daripada Kalimantan Timur.

Province Luas kawasan (km2) Pop. (Banci

2005)

Pop. (Banci 2010) Pop. (Banci 2015) Pop. (Banci 2020)[8] Kepadatan

per km2 (2020)

Ibu kota Metro terbesar
Kalimantan Barat 147,307.00 4,042,817 4,393,239 4,783,209 5,414,390 36.8 Pontianak Pontianak
Kalimantan Tengah 153,564.50 1,913,026 2,202,599 2,490,178 2,669,969 17.4 Palangka Raya Palangkaraya
Kalimantan Selatan 38,744.23 3,271,413 3,626,119 3,984,315 4,073,584 105.1 Banjarmasin Banjarmasin
Kalimantan Timur 127,346.92 2,840,874 3,550,586 3,422,676* 3,766,039 29.6 Samarinda Balikpapan
Kalimantan Utara 72,275.12 473,424 524,526 639,639 701,814 9.7 Tanjung Selor Tarakan
Jumlah 539,237.77 12,541,554 14,297,069 15,320,017 16,625,796 30.8 - -

Demografi

sunting

Kumpulan etnik

sunting

Jumlah populasi kumpulan etnik terbesar berdasarkan banci 2010:

Etnik Kalimantan Barat Kalimantan Tengah Kalimantan Selatan Kalimantan Utara and Kalimantan Timur Jumlah
Banjar 14,430
(0.33%)
464,260
(21.28%)
2,686,627
(74.84%)
440,453
(12.45%)
3,605,770
(26.31%)
Dayak 1,531,989
(34.93%)
1,029,182
(46.62%)
80,708
(2.23%)
351,437
(9.94%)
2,993,316
(21.78%)
Jawa 427,238
(9.74%)
478,393
(21.67%)
523,276
(14.51%)
1,069,605
(30.24%)
2,498,512
(18.18%)
Melayu 1,484,085
(33.84%)
87,348
(3.96%)
3,681
(0.10%)
6,053
(0.17%)
1,581,167
(11.51%)
Bugis 137,282
(3.13%)
17,104
(0.77%)
101,727
(2.81%)
735,819
(20.81%)
991,932
(7.22%)
Madura 274,869
(6.27%)
42,668
(1.93%)
53,002
(1.47%)
46,823
(1.32%)
417,362
(3.04%)
Cina 358,451
(8.17%)
5,130
(0.23%)
13,000
(0.36%)
32,757
(0.93%)
409,338
(2.98%)
Kutai Tiada Tiada Tiada 275,696
(7.80%)
275,696
(2.01%)
Sunda 49,530
(1.13%)
28,580
(1.29%)
24,592
(0.68%)
55,659
(1.57%)
158,361
(1.15%)
Batak 26,486
(0.60%)
12,324
(0.56%)
12,408
(0.34%)
37,145
(1.05%)
88,363
(0.64%)
Lain-lain 80,996
(1.85%)
42,378
(1.92%)
114,971
(3.18%)
485,056
(13.72%)
723,401
(5.26%)
Jumlah 4,385,356
(100%)
2,207,367
(100%)
3,613,992
(100%)
3,536,503
(100%)
13,743,218
(100%)
Agama di Kalimantan (Banci 2010)[9]
Agama peratus
Islam
  
78.23%
Protestan
  
8.99%
Roman Katolik
  
8.86%
Buddha
  
1.94%
Lain-lain
  
1.35%
Tidak Ditanya
  
0.31%
Hinduisme
  
0.27%
Confucianisme
  
0.23%
Tidak Dinyatakan
  
0.02%

Jumlah penganut agama terbesar berdasarkan banci 2010:

Agama Kalimantan Barat Kalimantan Tengah Kalimantan Selatan Kalimantan Utara Kalimantan Timur Jumlah
Islam 2,603,318
(59.22%)
1,643,715
(74.31%)
3,505,846
(96.67%)
378,478
(72.14%)
2,655,227
(87.68%)
10,786,584
(78.23%)
Protestan 500,254
(11.38%)
353,353
(15.97%)
47,974
(1.32%)
109,358
(20.84%)
228,022
(7.53%)
1,238,961
(8.99%)
Roman Katolik 1,008,368
(22.94%)
58,279
(2.63%)
16,045
(0.44%)
29,366
(5.60%)
109,263
(3.61%)
1,221,321
(8.86%)
Hinduisme 2,708
(0.06%)
11,149
(0.50%)
16,064
(0.44%)
288
(0.05%)
7,369
(0.24%)
37,578
(0.27%)
Buddha 237,741
(5.41%)
2,301
(0.10%)
11,675
(0.32%)
3,879
(0.74%)
12,477
(0.41%)
268,073
(1.94%)
Confucianisme 29,737
(0.68%)
414
(0.02%)
236
(0.01%)
175
(0.03%)
905
(0.03%)
31,467
(0.23%)
Lain-lain agama 2,907
(0.07%)
138,419
(6.26%)
16,465
(0.45%)
25
(0.00%)
824
(0.03%)
158,640
(1.35%)
Tidak Dinyatakan 671
(0.01%)
220
(0.01%)
3
(0.00%)
454
(0.09%)
1,497
(0.05%)
2,845
(0.02%)
Tidak Ditanya 10,279
(0.23%)
4,239
(0.19%)
12,308
(0.34%)
2,633
(0.50%)
12,903
(0.43%)
42,362
(0.31%)
Jumlah 4,395,983
(100%)
2,212,089
(100%)
3,626,616
(100%)
524,656
(100%)
3,028,487
(100%)
13,787,831
(100%)

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2021.
  2. ^ "Kalimantan". Britannica. Dicapai pada 2008-02-26.
  3. ^ HARIAN, TERJEMAHAN SINAR (2019-08-09). "Jokowi sahkan Kalimantan lokasi ibu negara baharu Indonesia". Sinarharian. Dicapai pada 2021-10-17.
  4. ^ "Indonesia president proposes to move capital to Borneo". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2019-08-16. Dicapai pada 2019-08-16.
  5. ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2021.
  6. ^ "Indonesia General Info". Geohive.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-15. Dicapai pada 2009-08-11.
  7. ^ "Penduduk Indonesia menurut Provinsi 1971, 1980, 1990, 1995, 2000 dan 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-01. Dicapai pada 2013-07-17.
  8. ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2021.
  9. ^ "Population by Region and Religion in Indonesia". Badan Pusat Statistik (dalam bahasa Inggeris). 2010.

Pautan luaran

sunting
  NODES