Kapal pembinasa kelas Iroquois
Kapal Kelas DD280 merupakan kapal perang yang dihasilkan oleh Kanada sejak 1951.
HMCS Algonquin (DDG 283)
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kapal pembinasa kelas Iroquois |
Pembina: | |
Pengguna: | Tentera laut Diraja Kanada |
Didahului oleh: | Pembinasa kelas-Annapolis |
Diganti oleh: | Single Class Surface Combatant |
Ditauliahkan: | 29 Julai 1972 |
Disiapkan: | 4 |
Aktif: | Iroquois, Athabaskan, Algonquin |
Dibersarakan: | Huron |
Ciri-ciri umum | |
Sesaran: | 5,100 t (5,000 long ton; 5,600 short ton)[1][2][3] |
Panjang: | 129.8 m (425.9 ka) |
Lunas: | 15.2 m (49.9 ka) |
Draught: | 4.7 m (15.4 ka) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 29 kn (54 km/j; 33 mph) |
Jarak: | 4,500 nmi (8,300 km; 5,200 bt) |
Anak kapal: | 280 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 2 helikopter × CH-124 Sea King |
Tentera Laut DiRaja Kanada telah lama menggunakan kapal tentera laut jenis pembinasa dan friget keluaran British bagi memenuhi keperluannya. Kapal-kapal ini biasanya dibina di Kanada sendiri dengan menggunakan reka bentuk British.
Dengan berbekalkan pengalaman pemasangan dan pembinaan kapal selama beberapa tahun, pada 1951 keputusan dibuat bagi membina kapal rekaan tempatan. Kapal Kelas DD280 yang dihasilkan ini dilengkapai dengan idea dan inovasi yang memenuhi peranan untuk perkhidmatan di perairan Atlantik Utara yang mencabar.
Jenis pertama adalah kelas St Laurent seberat 2,260 tan dengan enam kapal ditauliahkan pada tahun 1956-1957. Tiga darinya penyelenggaraan utama antara 1977-1978 dan bakinya diselenggara pada tahun 1978-1979 dan kesemuanya dirancang untuk digantikan pada tahun 1985-9186. Berikutnya yang memasuki perkhidmatan adalah tiga kapal dari kelas Restigouche dan empat kapal dari kelas Restigouche dipertingkat yang dilengkapi dengan peluru berpandu permukaan ke udara Sea Sparrow, dua meriam 3 incu (76 mm) dan ASROC.
Ini diikuti dengan empat kapal rekabentuk kelas Mackenzie dan dua kapal kelas Annapolis yang ditauliah pada tahun 1962-1964.
Pada awal 1970-an kapal kelas DD 280 mula memasuki perkhidmatan Iroquois (DD 280), Huron (DD 281), Athabaskan (DD 282), dan Algonguin (DD 283). Sebagaimana kapal sebelumnya, ia memiliki rupa menonjol , dalam cara berlainan, dengan dek pemerintah yang tinggi, dan hanger yang ditutupi oleh serombong terbahagi dua dan tiang peninjau berjalin.
Ciri-ciri
suntingKapal Kelas DD280 memiliki saiz sepanjang 129.8 meter (426 kaki), dengan lebar seluas 15.2 meter (50 kaki) dan sesaran 4.4 meter (15.5 kaki). Ia memiliki berat berisi penuh 4,700 tan.
TORPEDO
suntingKapal kelas DD 280 dilengkapi dengan sepasang tiga tiub pelancar torpedo Mk 32, menjadikan enam keseluruhannya.
PELURU BERPANDU
suntingKapal kelas DD 280 dilengkapi dengan dua pelancar SAM (Peluru berpandu darat ke udara) Mk 3 Sea Sparrow kembar empat
PENANGKIS "COUNTERMEASURES"
suntingMERIAM
suntingKapal kelas DD 280 dilengkapi dengan selaras meriam 5 inci (127 mm) dan satu motar A/S Mk 10 Limbo bagi pertempuran permukaan.
HELIKOPTER
suntingTentera Laut DiRaja Kanada cenderung menggunakan helikopter bersaiz besar berbanding saiz kapal dari tentera laut yang lain dan DD 280-an membawa dua helikopter Sea King. Dengan itu, bagi membantu pendaratan pada dek kapal yang agak sempit, satu peranti kabel Perangkap Beruang (Beartrap)yang disangkut pada helikopter yang terkantung untuk ditarik sebagai panduan bagi mendaratkannya ke dek dengan selamat.
TUJAHAN
suntingTujahannya diberikan melalui dua enjin turbin gas Partt & Whitney FT4A2 (50,000shp), dan dua enjin turbin gas Partt & Whitney FT 12A3 (7,400shp) dengan dua gandar 29+kts.
Rujukan
sunting- Modern Warships, "Over 60 of the worls's most exciting warships", Hugh Lyon, Salamander Books Limited, London, 1980, ISBN 861010566