Kapal tangki merupakan kapal pengangkut petroleum bersaiz besaar. Saiznya mencapai 650,000 tan. Telah dibina sejak 1878 untuk mengangkut petroleum mentah. Kapal tangki terbahagi kepada 2 jenis iaitu kapal tangki tentera laut dan kapal tangki perdagangan. Seterusnya boleh dipecahkan lagi kepada jenis-jenis yang lain.

The Knock Nevis

Sejarah

sunting

Kapal tangki telah dibina oleh Zoroaster di Iran/ Iraq di Laut Kaspia dari Semenanjung Aspheron dekat pelabuhan Baku semasa Empayar Rusia 1878. Ludwig Nobel iaitu abang kepada Alfred Nobel merupakan oranhg pertama membina kapal tangki. Beliau berhadapan dengan masalah mengangkut minyak dalam bentuk kapal kayu. Kapal tangki yang asal berhadapan dengan masalah mudah meletup dan mudah bocor. Jika minyak diangkut dengan kapal tangki, ia lebih mudah, cepat, selamat dan lebih lancar. Semasa Ludwig Nobel membina kapal tangki, Zoroaster juga turut membina kapal tangki.

Pencemaran laut

sunting
 
Hidupan liar menerima padah akibat tumpahan minyak

Kapal tangki yang mebawa petroleum menyumbang kepada banyak pencemaran laut. Lebih 67 tong petroleum telah ditumpahkan ke laut tahun 2005. Antara puncanya ialah kejadian ribut taufan.

Contohnya kapal tangki Exxon Valdez yang berlabuh di Terminal minyak Valdez, Alaska pada 23 Mac 1989 jam 9.12 pm. kira-kira 53 juta gelen minyak mentah telah tumpah. Kapten Joseph Hazelwood yang mengemudi kapal tersebut. Pembantunya Gregory Cousins dan Robert Kagan telah gagal meletakkan kapal tangki itu di laluan yang betul dan melanggar Terumbu Bligh pada 24 Mac jam 12.04 am. Siasatan mendapati syarikat Exxon Shipping Company gagal menyediakan sistem kawalan trafik yang efektif.

  NODES