Kapal tempur pesisir

Kapal tempur pesisir (bahasa Inggeris; Littoral Combat Ships atau LCS) adalah sebuah kapal permukaan kecil yang bertujuan untuk digunakan bagi operasi di zon pesisir (hampir dengan pantai). Ia berfungsi sebagai sebuah penembur permukaan yang halimunan, lincah, berpusat dan juga berupaya untuk mengalahkan ancaman anti-capaian dan asimmetrik di pesisir.[1] Dua buah kelas kapal contoh telah dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat: iaitu kelas-Freedom dan kelas-Independence. Rekabentuk LCS agak menyamai frigat peluru berpandu di dalam Tentera Laut A.S, dan telah dibandingkan dengan korvet dari pengguna antarabangsa. Walaubagimanapun, rekabentuk LCS telah menambah keupayaan pengangkut penyerang keil dengan dek penerbangan dan hangar yang cukur besar bagi menempatkan dua buah helikopter SH-60 Seahawk, keupayaan untuk mengambil dan menlancarkan bot-bot kecil dari tanjakan buritan, dan ruang kargo dan beban yang cukup bagi mengangkut sepasukan kecil pasukan serbuan bersama-sama kenderaan tempur berperisai ke sebuah kemudahan pelabuhan roll-on/roll-off. Persenjataan standard untuk LCS adalah meriam Mk 110 57 mm, selain peruntukan modul-modul mengandungi Non-Line-of-Sight Launch Systems. Ia juga boleh melancarkan kenderaan udara, permukaan, dan bawah air berautonomi.[2] Meskipun rekabentuk LCS menawarkan keupayaan pertahanan udara dan permukaan-ke-permukaan yang kurang berbanding kapal pembinasa, konsep LCS menekankan kelajuan, ruang modul misi fleksibel dan lunas kecil.

Kapal tempur pesisir USS Freedom (LCS-1) adalah kapal pertama di dalam kelas Kapal Tempur Pesisir, bersedia untuk melakukan ujian penerimaan di laut.
USS Independence (LCS-2)

Jualan luar negara

sunting

Arab Saudi dan Israel telah menyatakan minat mereka terhadap versi ubahsuai kapal Kelas Freedom, LCS-I[3], tetapi mengikut laporan DefenseNews, Israel telah menggugurkan minat ini bagi memberi tumpuan kepada rekabentuk frigat baru yang akan dibina di Israel.[4]

Senarai kapal-kapal LCS

sunting

Setakat Julai 2016, sejumlah 26 buah kapal luar pesisir telah dirancang, termasuk 13 buah kapal kelas-Freedom dan 13 buah kapal kelas-Independence.

Badan Nama Kelainan Ditauliahkan Pelabuhan asal Pembina
LCS-1 USS Freedom Freedom 8 Oktober 2008 Pangkalan Tentera Laut San Diego Marinette Marine
LCS-3 USS Fort Worth Freedom 22 September 2012 Pangkalan Tentera Laut San Diego Marinette Marine
LCS-5 USS Milwaukee Freedom 15 November 2015 Stesen Tentera Laut Mayport Marinette Marine
LCS-7 USS Detroit Freedom 22 Oktober 2016 Stesen Tentera Laut Mayport Marinette Marine
LCS-9 USS Little Rock Freedom ?/?/2017 Akan ditentukan Marinette Marine
LCS-11 USS Sioux City Freedom Akan ditentukan Akan ditentukan Marinette Marine
LCS-13 USS Wichita Freedom Akan ditentukan Akan ditentukan Marinette Marine
LCS-15 USS Billings Freedom Akan ditentukan Akan ditentukan Marinette Marine
LCS-17 USS Indianapolis Freedom Akan ditentukan Akan ditentukan Marinette Marine
LCS-19 USS St. Louis Freedom Akan ditentukan Akan ditentukan Marinette Marine
LCS-21 USS Minneapolis/St. Paul Freedom Akan ditentukan Akan ditentukan Marinette Marine
LCS-23 USS Cooperstown Freedom Akan ditentukan Akan ditentukan Marinette Marine
LCS-25 USS Marinette Freedom Akan ditentukan Akan ditentukan Marinette Marine
LCS-2 USS Independence Independence 16 Oktober 2010 Pangkalan Tentera Laut San Diego Austal USA
LCS-4 USS Coronado Independence 5 April 2014 Pangkalan Tentera Laut San Diego Austal USA
LCS-6 USS Jackson Independence 5 Disember 2015 Pangkalan Tentera Laut San Diego Austal USA
LCS-8 USS Montgomery Independence 10 September 2016 Pangkalan Tentera Laut San Diego Austal USA
LCS-10 USS Gabrielle Giffords Independence 10 Jun 2017 Pangkalan Tentera Laut San Diego Austal USA
LCS-12 USS Omaha Independence Akan ditentukan Akan ditentukan Austal USA
LCS-14 USS Manchester Independence Akan ditentukan Akan ditentukan Austal USA
LCS-16 USS Tulsa Independence Akan ditentukan Akan ditentukan Austal USA
LCS-18 USS Charleston Independence Akan ditentukan Akan ditentukan Austal USA
LCS-20 USS Cincinnati Independence Akan ditentukan Akan ditentukan Austal USA
LCS-22 USS Kansas City Independence Akan ditentukan Akan ditentukan Austal USA
LCS-24 USS Oakland Independence Akan ditentukan Akan ditentukan Austal USA
LCS-26 USS Mobile Independence Akan ditentukan Akan ditentukan Austal USA

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "PRODUCT LINES AT SUPSHIP BATH". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-01. Dicapai pada 2010-01-03.
  2. ^ "Littoral Combat Ship (LCS) High-Speed Surface Ship, USA." naval-technology.com
  3. ^ Israel's Littoral Combat Ship Program (LCS-I)
  4. ^ Israel Eyes Locally Built Warship[pautan mati kekal]

Pautan luar

sunting
  NODES
Project 2