Katsut
Katsut (Jawi: كتسوت ) atau ketsut (Jawi: كيتسوت ) ialah pakaian terus sama sendat, yang menutupi torso dan kaki, dan kerap kali lengan. Ia biasanya diperbuat daripada bahan yang boleh meregang, seperti Lycra, sifon, spandeks (selepas 1959), lateks, atau velor, tetapi mungkin menggunakan bahan yang kurang elastik, seperti kulit atau PVC. Katsut selalunya ditutup dengan menggunakan zip pada bahagian depan atau belakang. Katsut dianggap sebagai pakaian luar, tetapi biasanya bukan pakaian jalanan. Katsut juga digunakan untuk tujuan penseksualan atau jenis keseksualan lain.
Pengistilahan
suntingIstilah catsuit menimbulkan kesukaran untuk diterjemah kerana ketiadaannya dalam pelbagai versi kamus Dewan.[1] Oleh itu, terjemahan perlu bergantung pada proses transliterasi, menghasilkan sama ada katsut atau ketsut berdasarkan ortografi atau sebutan bahasa Inggeris. Terjemahan ini bertujuan untuk membezakannya daripada istilah Inggeris cat suit, yang boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai sut kucing. Walau bagaimanapun, istilah sut kucing boleh menyebabkan kekeliruan, kerana ia boleh merujuk sama ada kostum maskot kucing atau pakaian yang dipakai oleh kucing.
Untuk mengelakkan kekeliruan, catsuit ditransliterasikan ke dalam bahasa Melayu sebagai katsut atau ketsut. Dalam ejaan Jawi, katsut ditulis sebagai 'كتسوت ' dan ketsut sebagai 'كيتسوت '. Ejaan ini berasal dari gabungan suku kata pertama kat- (كت ) atau ket- (كيت ), yang diperoleh daripada transliterasi cat- dalam catsuit, dengan ejaan Jawi untuk sut, iaitu 'سوت '.
Adalah penting untuk membezakan katsut dengan kasut untuk mengelakkan kekeliruan, kerana katsut mempunyai definisi berbeza yang berkaitan dengan transliterasinya daripada catsuit, manakala kasut merujuk kepada sesuatu yang dipakaikan pada kaki.
Sejarah dan penggunaan
suntingKatsut kadangkala dipakai sebagai item fesyen pada pelbagai masa dari tahun 1960-an hingga 1990-an. Semasa tahun 1970-an dan 1980-an, ia dipakai untuk aerobik dan tarian disko. Sekitar tahun 1980, ketsut tarian disko menjadi item fesyen jalanan secara ringkas di United Kingdom.
Atlet dalam sukan seperti luncur laju, lumba kereta gelongsor, triatlon musim sejuk, perlumbaan ski, berbasikal, penerbangan badan, luncur udara, dan gimnastik memakai pakaian yang serupa dengan katsut, dipanggil unitard, yang direka khusus untuk keperluan sukan yang terlibat. Turut serupa penampilannya ialah baju selam dan sut kering yang digunakan oleh penyelam skuba dan sut laju yang digunakan oleh perenang kompetitif sebelum bentuk sut yang lebih ekstrem diharamkan. Selain itu, dalam tenis, Serena Williams kadang-kadang memakai katsut; dua contoh ialah Terbuka AS 2002 dan Terbuka Perancis 2018.
Nama catsuit dikaitkan hanya sejak sekitar tahun 1955 atau 1960.[2][3] Pada asalnya, ia dipanggil bodysuits (sut badan). Asal-usul nama ini tidak diketahui; ia mungkin merujuk kepada aspek menggoda seperti kucing yang diberikan kepada pemakai oleh beberapa versi.[4] Ia juga mungkin berkaitan dengan perkaitan dengan antiwirawati Catwoman, yang kostumnya dari tahun 1950-an dan seterusnya adalah katsut yang diubah suai.[5]
Dalam budaya popular
suntingrencana ini nampaknya mengandungi rujukan trivia, kecil, atau tidak berkaitan kepada budaya popular. (Jun 2023) |
Katsut selalunya dipakai dalam filem, televisyen, video muzik, dan permainan komputer.
- Dalam komik dan adaptasi filemnya, katsut sering dipakai oleh adiwira dan adipenjahat, termasuk Catwoman yang ikonik; contoh lain termasuk Black Cat, Batgirl, dan Black Panther.
- Scarlett Johansson memakai katsut yang menggambarkan Natasha Romanoff/Black Widow dalam beberapa filem, bermula dengan Iron Man 2 (2010).[6]
- Watak utama wanita dalam siri filem Underworld dan The Matrix memakai katsut.
- Penjahat dan wirawati dalam filem perisik bermungkinan memakai katsut, seperti Baroness dan Scarlett dalam G.I. Joe: The Rise of Cobra.
- Penggunaan ikonik katsut dalam media popular adalah dalam rancangan televisyen British The Avengers, di mana Cathy Gale (Honor Blackman) dan Emma Peel (Diana Rigg) memakai katsut kulit yang ketat; kulit dipilih kerana ia bercahaya dengan baik dalam pencahayaan studio dan tidak serak semasa adegan aksi.
- Shirley Bassey memakai katsut sifon tanpa lengan untuk gambar album lipat dan dalam konsert.[7]
- Cher pernah memakai katsut dalam konsert.[8]
- Dalam budaya popular, katsut telah menjadi kostum stereotaip bagi dominatriks.
- Lara Croft, heroin francais Tomb Raider, telah memakai katsut dalam segmen tertentu dalam Tomb Raider III dan Tomb Raider: Chronicles.
- Dalam siri TV Star Trek: Enterprise, komander Vulcan T'Pol (dilakonkan oleh Jolene Blalock) memakai pakaian seragam yang kadangkala digambarkan sebagai katsut.[9]
- Video muzik untuk lagu hit 2002 Liberty X Just a Little menampilkan dua ahlinya, Jessica Taylor dan Kelli Young, memakai katsut lateks hitam ketat.[10] Pada majlis di mana kumpulan itu telah mempersembahkan lagu tersebut secara langsung di televisyen, Taylor dan Young memakai katsut mereka dari video muzik asal.[11][12] Pada tahun 2013, ketika kumpulan itu membuat persembahan semasa Big Reunion, kedua-dua ahli itu memakai reka bentuk katsut yang berbeza.[13]
- Dalam anime Evangelion, plugsuit ialah pakaian terkenal yang menyerupai lateks dari segi bahan. Oleh kerana reka bentuknya yang sama sendat dan berkefungsian, ia juga boleh diklasifikasikan sebagai sejenis katsut, iaitu pakaian meliputi badan yang ketat. Plugsuit telah mendapat populariti dalam bermain kostum dan pakaian fetisy, di mana ia sering direplikasi dan dipakai sebagai bentuk pakaian ekspresif atau fantasi.[14]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Catsuit – Definition and More from the Free Merriam-Webster Dictionary". Merriam-Webster (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Ogos 2011.
- ^ "cat suit". Dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 November 2019.
- ^ "catsuit". Merriam-Webster Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 November 2019.
- ^ The Sciolist. "catsuit (n.)". Etymology Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 November 2019.
- ^ "The history of the catsuit" (dalam bahasa Inggeris). 22 Julai 2014. Dicapai pada 25 Julai 2021.
- ^ Finke, Nikki (11 Mac 2009). "Another Iron Man 2 Deal". Nikki Finke's Deadline Hollywood Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mac 2009.
- ^ "The Catsuit". ShirleyBassey.WordPress.com (dalam bahasa Inggeris). 20 Januari 2008. Dicapai pada 11 Ogos 2011.
- ^ Hardie, Beth (21 April 2009). "Celebrity catsuit queens – Mirror.co.uk's top 10". Daily Mirror (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Ogos 2011.
- ^ "Jolene Blalock - Biography". IMDB (dalam bahasa Inggeris). April 2006., "Tanpa katsut Vulcan saya, rambut palsu Frankenstein dan telinga runcing, saya tidak dikenali. Saya suka hakikat saya seorang penukar rupa yang boleh tidak diketahui."
- ^ Rogers, John (16 Mac 2002). "Liberty X Video Shoot 'Just A Little'" (dalam bahasa Inggeris). Getty Images. Dicapai pada 4 Disember 2022.
- ^ Bailey, John (12 Januari 2009). "Just A Little - Liberty X TOTPs 24th May 2002" (dalam bahasa Inggeris). YouTube. Dicapai pada 10 Disember 2002.
- ^ "Liberty X – Just A Little – CDUK 2002". POPWORLDUK (dalam bahasa Inggeris). YouTube. 7 Ogos 2019. Dicapai pada 10 Disember 2002.
- ^ Stevenson, Karen (8 Mei 2013). "Liberty X - Just a Little - The Big Reunion Tour - Glasgow SECC - 7TH MAY 2013" (dalam bahasa Inggeris). YouTube. Dicapai pada 10 Disember 2022.
- ^ "Plugsuit". Fandom (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Oktober 2022.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Katsut |