Kebudayaan Argentina

Budaya Argentina adalah dipengaruhi oleh budaya Eropah tetapi ia mempunyai identitinya yang tersendiri. Antaranya ialah budaya kaum gaucho. Gaucho merupakan simbol kejantanan di Argentina dan pekerjaan mereka yang utama ialah menternak lembu. Antara sifat-sifat gaucho ialah kebebasan peribadi personal independence. Justeru itu, mengambil arahan daripada seseorang adalah suatu yang memalukan dan dianggap sebagai tanda kelemahan. Oleh yang demikian, kebanyakan rakyatnya berusaha untuk mendapat pangkat yang tinggi supaya mereka boleh memberi arahan kepada orang lain dan bukan sebaliknya. Di samping itu, mereka suka memberi gauchadas, sikap murni ala-gaucho, seperti melakukan lebih daripada perlu untuk membantu seseorang. Rakyat di sini akan berasa tersangat bangga sekiranya diberi peluang untuk menawarkan gauchada. Mereka juga mempunyai sifat-sifat terbuka dan "direct", walaupun begitu mereka boleh menjadi diplomatik. Kesopanan adalah satu sifat murni yang dihargai oleh rakyat Argentina.

Seorang Gaucho bersama kudanya

Orang di sini adalah baik hati dan sukar menyembunyikan perasaan dan sentimen mereka. Mereka mungkin menyentuh seseorang sewaktu bercakap dan gemar bercakap pada jarak yang dekat (little physical distance), suatu yang berbeza daripada budaya yang lain. Selain itu mereka suka memuji dan adalah suatu kesilapan untuk menganggap puji-pujian yang berlebihan itu sebagai "omong kosong". Selain itu, mereka mempunyai pendapat yang kuat mengenai beberapa isu seperti sukan (bolasepak), polisi ekonomi serta politik. Dalam membincangkan subjek tersebut, rakyat di sini terutamanya kaum lelaki sanggup berdebat dengan penuh bersemangat dengan gerak-geri yang penuh beremosi.

Adab dan etika

sunting

Lazimnya penduduk berkulit putih terutamanya di bandar raya Buenos Aires adalah bersifat konservatif. Memastikan berkontak mata adalah penting.

Berjabat tangan adalah biasa bagi pertemuan pertama. Selain itu, menepuk bahu adalah tanda persahabatan.

Pergerakan tangan memberus dari dagu terus ke dahi bermaksud "Saya tidak tahu" atau "Saya tidak peduli". Dengan ibu jari dan jari yang bersentuhan (seperti mencubit garam), seseorang itu menepuk dengan jari telunjuk yang bermakna "lekas" atau "banyak". Adab yang lain ialah menutup mulut bila menguap atau batuk.

Antara gelagat yang dianggap biadab ialah meletakkan kaki di atas perabot dan juga makan di jalan atau dalam pengangkutan awam.

Etika perniagaan

sunting

Di Argentina penampilan seseorang itu adalah amat penting. Pakaian kerja yang sesuai adalah sangat mustahak untuk mendapat respon yang positif daripada ahli peniagaan yang lain dan ia akan diteliti dengan sepenuhnya. Pakaian seorang pegawai atau ahli perniagaan adalah konservatif: sut gelap dan tali leher untuk lelaki; blaus putih dan sut atau skirt gelap untuk wanita. Pakaian etnik adalah ditolak sama sekali.

Mesyuarat perniagaan biasanya memakan masa yang lama dan boleh berlarutan sehingga 10:00 malam. Mesyuarat yang bermula pada 8:00 malam bukanlah suatu yang luarbiasa di sini. Oleh sebab itu, business dinners (makan malam sesama ahli perniagaan) adalah popular dan biasanya diadakan di restoran; tetapi budaya ini jarang berlaku di luar bandar raya Buenos Aires, sebab kebanyakan pekerja akan makan di rumah sendiri.

Daging lembut dan wain merah dari Argentina adalah kebanggaan negara, manakala daging dan wain merah dari Amerika Syarikat adalah dianggap kurang berprestij.

Makanan serta perbualan yang lama merupakan norma di sini. Pisau dan garpu yang bersilang menandakan seseorang itu telah habis makan. Sewaktu makan, kedua belah tangan hendaklah berada di atas meja.

Hadiah untuk ahli perniagaan yang harus dielakkan termasuklah barang-barang peribadi seperti tali leher dan kemeja, barangan kulit dan pisau. Antara barangan yang paling dihargai ialah barangan bercukai tinggi seperti arak; yang paling popular ialah scotch dan champagne dari Perancis.

Sekiranya seseorang dijemput ke rumah, tetamu perlu menghadiahkan tuanrumah dengan bunga atau kuih candy. Bunga Bird-of-paradise merupakan hadiah yang paling digemari oleh kebanyakan rakyat Argentina. Para tetamu mesti menunggu tuan rumah untuk duduk dahulu sebelum mereka duduk, dan membuka pintu rumahnya sebelum keluar dari rumah.

Keluarga

sunting

Wanita di Argentina adalah amat dihormati dalam beberapa perkara terutamanya sebagai tonggak sesebuah keluarga. Namun mereka dianggap kelas kedua seperti di alam pekerjaan. Berbanding dengan Amerika Syarikat, wanita jarang sekali memegang peranan utama dalam kerajaan. Oleh yang demikian, wanita adalah terbatas kepada peranan tradisionalnya iaitu sebagai ibu. Kini peratus rumahtangga yang diketuai oleh wanita kian meningkat sejak sedekad yang lalu.

Walaupun wanita menikmati hak yang sama dengan kaum lelaki, mereka masih ketinggalan dari segi sosial dan ekonomi. Oleh itu wanita yang berpendidikan terpaksa melalui masalah yang sama seperti kebanyakan wanita di negara lain, iaitu sukar mendapat pekerjaan sebagai eksekutif ke atas terutamanya di sektor perniagaan. Untuk menampung hidup keluarganya, wanita yang perpelajaran terpaksa menerima pekerjaan bergaji rendah. Yang peliknya, wanita asing pula tidak akan menemui rintangan seteruk wanita tempatan di Argentina.

Kebanyakan remaja akan tinggal dengan keluarganya sehinggalah mereka berkahwin dan mempunyai famili sendiri. Kanak-kanak lazimnya hidup dalam keluarga "extended" atau keluarga yang besar bersama dengan saudara-mara sebagai sahabat yang paling rapat dan ini berterusan sehinggalah mencapai alam dewasa. Sebagai ketua sebuah keluarga, lelaki di sini memberi keutamaan kepada keupayaan menampung serta melindungi maruah keluarganya. Maruah amat penting dalam sebuah keluarga dan juga merupakan elemen utama dalam kejayaan sesebuah perniagaan. Kaum wanita mesti melindungi reputasi mereka dan juga keluarganya sama seperti kaum lelaki melindungi maruah keluarganya.

Bahasa

sunting

Sewaktu berkomunikasi mengetahui pangkat seseorang itu adalah penting. Seorang yang mempunyai Ph.D atau adalah seorang doktor adalah dipanggil Doctor. Guru biasanya dipanggil Profesor, jurutera diberi gelaran Ingeniero, ahli seni bina adalah Arquitecto, dan peguam adalah Abogado. Mereka yang tidak punyai pangkat adalah dipanggil Mr., Mrs., atau Miss, ditambah dengan surnames. Di dalam bahasa Sepanyol Encik ialah Senor, Puan ialah Senora dan Cik ialah Senorita.

Lain-Lain

sunting
  NODES
os 6