Kecelaruan personaliti

Kecelaruan personaliti ialah sekumpulan gangguan mental yang dicirikan oleh corak tingkah laku, pemikiran, dan perasaan jangka panjang yang menunjukkan kepincangan penyesuaian diri.[1] Hal ini berlaku merentasi pelbagai konteks dan tingkat laku seseorang itu tidak diterima oleh budaya seseorang itu.[1] Gejala terlibat adalah sampai pada tahap yang fungsi harian seseorang itu terjejas atau penderitaan yang ketara berlaku.[2] Permulaan kecelaruan ini biasanya pada akhir zaman kanak-kanak atau awal dewasa.[1]

Kecelaruan personaliti
Model lilitan interpersonal pada gambar rajah menunjukkan kecelaruan personaliti pinggiran
PengkhususanPsikiatri
GejalaKelakuan, pemikiran dan perasaan yang maladaptif[1]
Permulaan biasa
pada lewat usia kanak-kanak, dan pada awal usia dewasa[1]
TempohJangka masa panjang[1]
JenisJenis A: paranoid, skizoid, skizotipal[2]
Jenis B: Antisosial, histrionik, narkisistik, pinggiran[2]
Jenis C: Menghindar, dependens, obsesif kompulsif[2]
PuncaTidak jelas[2]
Faktor genetik dan budaya[2]
RawatanKaunseling[2]
PrognosisSelalunya kurang memuaskan[2]
Kekerapan6–15%[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penyebab asasnya tidak jelas.[2] Faktor genetik dan budaya mungkin terlibat.[2] Kecelaruan personaliti terbahagi kepada tiga kelompok yakni kelompok A (eksentrik), kelompok B (dramatik), dan kelompok C (cemas). [2] Kelompok A termasuklah kecelaruan personaliti paranoid, kecelaruan personaliti skizoid, dan kecelaruan personaliti skizotipal; kelompok B termasuk kecelaruan personaliti antisosial, kecelaruan personaliti histrionik, kecelaruan personaliti narkisistik dan kecelaruan personaliti pinggiran; dan kelompok C termasuk kecelaruan personaliti menghindar, kecelaruan personaliti dependens dan kecelaruan personaliti obsesif kompulsif.[2] Diagnosis mungkin melibatkan pengumpulan maklumat daripada mereka yang mengenali pesakit tersebut.[2]

Rawatan melibatkan mengajar seseorang untuk membangunkan tingkah laku baru.[2] Hal ini mungkin melibatkan latihan kemahiran sosial, terapi kumpulan, terapi tingkah laku kognitif atau psikoterapi psikodinamik.[2] Walaupun ubat khusus belum diluluskan, ada kalanya antipsikotik, litium atau SSRI mungkin digunakan.[2] Rawatan boleh menjadi sukar kerana kebanyakan orang tidak melihat diri mereka mempunyai masalah.[2] Keadaan ini sering bersilih ganti antara keadaan bertambah baik dengan keadaan bertambah buruk dari semasa ke semasa, walaupun sesetengahnya menjadi kurang terjejas apabila mereka semakin tua.[2]

Sekurang-kurangnya satu jenis kecelaruan personaliti berlaku pada kira-kira 6 hingga 15% di kalangan populasi.[1][2] Kluster A mengganggu kira-kira 3 hingga 6%, kluster B kira-kira 1.5%, dan kluster C kira-kira 3 hingga 9%.[1][2] Lelaki lebih kerap terkena kecelaruan berbanding perempuan.[2] Dari abad ke-5 SM sehingga ke abad ke-20 personaliti dikaitkan dengan empat humor seperti yang dicadangkan oleh Hippocrates.[2] Pada tahun 1952 DSM-I menyenaraikan 7 jenis kecelaruan personaliti yang meningkat kepada 11 jenis pada DSM-IV dan 10 jenis pada DSM5.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i American Psychiatric Association (2013). Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (ed. Fifth). Arlington, VA: American Psychiatric Publishing. m/s. 646–49. ISBN 978-0-89042-555-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2020. Dicapai pada 8 September 2017.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w Fariba, K; Gupta, V; Kass, E (January 2020). "Personality Disorder". PMID 32310518. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  NODES
Association 1
os 8