Kekhanan
Kekhanan atau khanat (Bahasa Mongolia: ханлиг , Turki: kağanlık , Parsi: خانات ) atau kekhaniyahan apabila diterjemahkan dalam bentuk bahasa melayu, ialah perkataan daripada Turki-Mongol. Pentakrifan itu digunakan bagi merujuk kepada satu entiti politik yang diperintah oleh seorang Khan. Dalam bahasa Turki moden perkataan yang digunakan ialah kağanlık, manakala dalam bahasa Azerbaijan moden, xanlıq. Dalam bahasa Mongolia pula perkataan khanlig digunakan. Entiti politik ini tipikal untuk orang dari padang rumput Eurasia dan boleh setara dengan kerajaan puak, prinsipaliti, negara beraja ataupun empayar.
Kekhanan Mongol
suntingKekhanan Chagatai (1226–1347)
suntingSelepas Genghis Khan mewujudkan appanage untuk keluarga beliau dalam empayar Mongol semasa pemerintahan beliau (1206–1227), anak-anak lelaki dan perempuan beliau, serta cucu-cucu lelaki mewarisi bahagian berasingan dalam empayar. Empayar Mongol dan kekhanan Mongol yang muncul daripada appanage seperti senarai di bawah.
Pada tahun 1226, anak lelaki kedua Genghis Khan, Chagatai Khan telah mengasaskan Kekhanan Chagatai. Pada zaman kemuncaknya pada akhir kurun ke-13, kekhanan ini terbentang daripada Amu Darya di selatan Laut Aral sehingga ke Pergunungan Altai yang kini terletak di Mongolia dan China, lebih kurung saiz empayar Qara Khitai yang telah runtuh. Awalnya, para pemerintah di kekhanan Chagatai mengakui kekuasaan Khan Agung, tetapi menjelang pemerintahan Kublai Khan, Ghiyas-ud-din Baraq tidak lagi menuruti perintah maharaja.
Il-Khanate (1252–1335)
suntingPada tahun 1256, Il-Khanate telah diasaskan oleh cucu lelaki Genghis Khan, Hulagu Khan. Wilayah terasnya terletak di kawasan yang kini berada di Iran, Azerbaijan, dan Turki. Pada masa kemuncak kegemilangnya, wilayah Ilkhanate juga termasuk wilayah di Iraq, Syria, Armenia, Georgia, Afghanistan, Turkmenistan, Pakistan, sebagai Dagestan moden, dan sebahagian Tajikistan moden. Para pemerintah Ilkhanate selepasnya, bermula dengan Ghazan pada tahun 1295, telah memeluk agama Islam. Pada tahun 1330an, Ilkhanate telah diserang wabak Black Death. Khan terakhirnya, Abu Sa'id meninggal dunia pada 1335, di mana selepas kematian beliau telah memecah-belahkan kekhanan. Para pemerintah Ilkhanid, meskipun bukan berasal daripada Iran, telah cuba untuk mewar-warkan kekuasaan mereka dengan mengaitkan dengan masa lalu Iran, dan mereka telah mengupah para sejarawan untuk mengetengahkan Mongol sebagai pewaris ke atas Sasania (224–651 AD) pada era pra Islam di Iran.
- Senarai kekhanan Mongol
- Kekhanan Khamag Mongol
- Kekhanan Keraite
- Kekhanan Mergid
- Kekhanan Naiman
- Kekhanan Tatar
- Qara Khitai (Dinasti Liao Barat)
- Gerombolan Emas
- Dinasti Yuan
- Dinasti Yuan Utara
- Moghulistan
- Kara Del
- Kekhanan Khoshut
- Kekhanan Kalmyk, diasaskan sekitar tahun 1630 oleh Torghut daripada cabang Mongol Oirat, mendiami sepanjang hilir Sungai Volga (di Rusia dan Kazakhstan moden), 1630-1771
- Kekhanan Dzungar, ditubuhkan pada 1634, meliputi wilayah Turkestan Timur China, Kyrgyzstan, timur Kazakhstan dan barat Mongolia; 2 Disember 1717 – 1720, juga dikenali Pelindung Tibet; 1755 membayar ufti kepada dinasti Qing, 1755 diilhak oleh dinasti Qing
Kekhanan Turkik
sunting- Kekhanan Turkik Pertama
- Kekhanan Turkik Kedua
- Kekhanan Uyghur
- Kekhanan Yenisei Kyrgyz
- Xueyantuo
- Karakhanids
- Kekhanan Khazar
- Kekhanan Turgesh
- Kekhanan Kipchak
- Cumania
- Pecheneg
- Bulgaria Besar Purba
- Volga Bulgaria, pendahulu bagi Republik Chuvash dan orang Chuvash moden.
- Empayar Bulgaria Pertama, yang mana bermula dengan sebuah negara Turko-Slavik, juga dikenali sebagai Danube Bulgaria (berlawanan dengan Volga Bulgaria, di mana kedua-dua diasaskan oleh anggota daripada puak Bulgar yang sama), tetapi kemudian menjadi Slavik sepenuhnya dan sebuah Tsardom.
- Kekhanan Keraite
- Kekhanan Naiman
- Kekhanan Tatar
- Kekhanan Merkit
Kekhanan Turkik Asia Tengah
sunting- Kekhanan Kazakh
- Senior zhuz
- Middle zhuz
- Junior zhuz
- Kekhanan Kazan – Istilah khan Mongol mula digunakan apabilan dinasti Genghisid mendiami Duchy Kazan pada tahun 1430an; imperial Rusia menambah gelaran pada bekas Kekhanan Kazan dengan gaya diraja tsar.
- Kekhanan Sibirea – sumber nama Siberia, penaklukan penting pertama semasa peluasan ke arah timur oleh Rusia melintasi Urals
- Kekhanan Astrakhan
- Kekhanan Crimea
- Kekhanan Qasim (nama moden Kasimov) – dinamakan bersempena dengan nama pengasasnya, sebuah vassal bagi Moscovia/Rusia
- Bukey Horde, Bokei atau Buqei; juga dikenali dengan nama Horde Dalam – Negara ini diasaskan pada tahun 1801 oleh Sultan Bukey di bawah pengawasan Rusia, dan digayakan semula sebagai kekhanan Horde Dalam pada tahun 1812. 5,000–7,500 keluarga Kazakh dari puak Zhuz Kazakh yang tinggal antara sungai-sungai Volga dan Yaik (Ural). Pada tahun 1845, pangkat khan dihapuskan, dan Rusia mengambil alih wilayah ini.
- Kekhanan Nogai
- Kekhanan Tuva berdekatan Mongolia Luar.
- Besh Tau El
- Kekhanan Kashgaria – Kashgaria telah diasaskan pada 1514 sebagai sebagai daripada Kekhanan Chagatai; pada kurun ke-17 ia dibahagikan kepada beberapa kekhanan kecil tanpa sebarang kepentingan, di mana kuasa sebenar dipegang oleh Khwaja, para pemimpin agama Islam Arab. Ia menjadi Kekhanan Yarkent yang mana kemudian diilhak oleh Kekhanan Dzungar semasa penaklukan Dzungar ke atas Altishahr pada 1680.
- Kekhanan Kumul – sebuah vassal kepada dinasti Qing dan Republik China, dihapuskan pada 1930
- Kekhanan Kimek
- Kekhanan Bukhara
- Kekhanan Kokand
- Kekhanan Karluk
- Gerombolan Putih
- Negara Yagbu Oghuz
- Kekhanan Turkik Barat
Kekhanan Kaukasus dalam Empayar Qajar pada kurun ke-18 hingga awal ke-19th
sunting- Kekhanan Ardabil
- Kekhanan Baku
- Kekhanan Derbent
- Kekhanan Erivan
- Kekhanan Ganja
- Kekhanan Javad
- Kekhanan Karabakh
- Kekhanan Karadagh
- Kekhanan Khalkhal
- Kekhanan Khoy
- Kekhanan Talysh
- Kekhanan Maku
- Kekhanan Maragheh
- Kekhanan Marand
- Kekhanan Nakhchivan
- Kekhanan Quba
- Kekhanan Sarab
- Kekhanan Shaki
- Kekhanan Shirvan
- Kekhanan Tabriz
- Kekhanan Urmia
- Kekhanan Zanjan
Kekhanan Manchu
sunting- Dinasti Jin Akhir – kemudian menjadi dinasti Qing
Kekhanan lain
suntingLihat juga
sunting- Kekhanan Rus (bukan sebuah kekhanan sebenar)
- Dinasti Afsharid
- Beg Khan
- Orda (pertubuhan)
- Dinasti Safavid
- Dinasti Timurid