Kementerian Pertahanan (Jepun)

Kementerian Pertahanan (防衛省, Bōei-shō) adalah sebuah kabinet bertaraf kementerian dalam Kerajaan Jepun yang ditugaskan untuk memelihara keamanan dan kebebasan Jepun dan memelihara keselamatan nasional bersama dengan Pasukan Pertahanan Diri Jepun.[1]

Kementerian Pertahanan
防衛省
Bōei-shō

Ibupejabat Kementerian Pertahanan
Intisari agensi
Dibentuk9 Januari 2007; 17 tahun yang lalu (2007-01-09)
Agensi terdahulu
  • Agensi Pertahanan
Bidang kuasa
 Jepun
Ibu pejabat5-1 Ichigaya-honmuracho, Ichigaya, Shinjuku-ku, Tokyo, Jepun
Kakitangan22,721 kakitangan awam (2010)
Belanjawan tahunan4.7 trilion yen
Menteri bertanggungjawab
Agensi induk
Kerajaan Jepun
Agensi-agensi anak
Laman sesawang
https://www.mod.go.jp/e/

Diketuai oleh Menteri Pertahanan, ia merupakan institusi terbesar dalam kerajaan Jepun. Ibupejabat kementerian ialah di Ichigaya, Shinjuku, Tokyo, dan dikehendaki oleh Perkara 66 Perlembagaan untuk menjadi unit bawahan kepada kuasa awam.

Sejarah

sunting

Kementerian ini mendapat statusnya yang sekarang pada 2007.[2] Sebelum itu ia dikenali sebagai Agensi Pertahanan Jepun (防衛庁, Bōei-chō). Ia berakar daripada Perlembagaan 1947 yang isinya ditentukan oleh Amerika Syarikat, melarang Jepun memiliki kekuatan tentera sendiri dan hanya diperbolehkan memiliki pasukan bela diri guna mempertahankan negara daripada serangan musuh.

Pasukan Jepun juga tidak boleh terlibat dalam konflik antarabangsa. Untuk mengurus pertahanannya, pada tahun 1954, Jepun mendirikan Agensi Pertahanan Jepun yang berada di bawah Pejabat Kabinet. Perdana Menteri Shinzo Abe mengutamakan perubahan dan berupaya meningkatkan status Agensi Pertahanan menjadi sebuah kementerian penuh.

Pada Disember 2006, Parlimen Jepun menyetujui dan tidak ada penentangan berlaku. Bahkan, parti-parti pembangkang menyokongnya.

Pada 9 Januari 2007, Badan Pertahanan Jepun secara rasmi berdiri menjadi Kementerian Pertahanan (Dephan) yang memiliki kekuatan lebih besar karena berhak merencanakan anggaran sendiri dan mengajukan rancangan undang-undang. Tidak seperti Badan Pertahanan, Kementrian Pertahanan juga dapat menentukan kebijakan keamanan dan pertahanan Jepun.

Peresmian kementrian baru berlangsung dalam sebuah upacara cukup meriah. Acara dihadiri perdana menteri dan menteri pertahanan yang pertama serta sejumlah perwakilan militer dari 22 negara termasuk Amerika Serikat.

Peningkatan status Badan Pertahanan mencerminkan adanya keinginan Jepun untuk memainkan peran lebih besar dalam mengatasi ancaman di kawasan, terutama dari Korea Utara.

Rujukan

sunting
  1. ^ Perkara 2, Paragraf 2, 3, 4 Undang-Undang Pasukan Pertahanan Diri Jepun dalam peruntukan (自衛隊法)
  2. ^ "Special Feature: The Defense Agency's Transition to the Ministry of Defense" (dalam bahasa Inggeris). Kementerian Pertahanan Jepun. 2007. Dicapai pada 2010-01-27.
  NODES