Kemungkinan ralat bulatan

Dalam sains ketenteraan peluru berpandu, kemungkinan ralat bulatan atau circular error probable adalah ukuran mudah ketepatan sesuatu sistem senjata.

Hentaman peluru hampir dengan sasaran cenderung mengikut taburan normal sekitar titik sasaran, dengan kebanyakannya agak dekat, semakin jauh dan jauh, dan amat sedikit amat jauh.

Pakar mathematik menggambarkan ciri-ciri pola ini menurut sisihan piawainya, tetapi kaedah yang lebih mudah adalah menyatakan garispusat bulatan yang dalamnya terdapat 50% tembakan akan kena. Jejari adalah Kemungkinan ralat bulatan "circular error probable", biasanya dipendekkan kepada CEP.

Untuk kebanyakan senjata, CEP meningkat dengan jarak, jadi ia patut dinyatakan untuk jarak tertentu, atau pada sudut tertentu.

Dalam kes peluru yang menghentam pada sudut cetek pada permukaan bumi, pola melonjong menjadi bujur. Ini boleh dibayangkan sebagai bujur yang dibentuk oleh satah permukaan Bumi bersudut tepat dengan kon ralat. Dalam kes ini, CEP digambarkan sebagai apa akan berlaku jika peluru menghentam permukaan secara menegak, dan ia mesti disedari bahawa pada sudut cetek ia akan membujur.

Ia patut diingati bahawa konsep CEP hanya bermakna sekiranya tersasar dibahagi samarata. Ini biasanya tidak benar untuk peluru panduan jitu "precision-guided munitions".

Satu lagi perkara penting untuk diingati mengenai CEP adalah jika 50% peluru menghentam dalam bulatan, jadi 50% yang lain mendarat di luarnya!

  NODES