Kerakah (disebut [kĕ.ra.kah], Jawi: کراکه; bahasa Inggeris: carrack, bahasa-bahasa Portugis dan Sepanyol: carraca)[1][2]:maksud I ialah sejenis kapal layar bertiang tiga atau empat yang lazim dibina dan digunakan pada kurun ke-14 hingga kurun ke-15 di Eropah (terutamanya oleh Empayar Portugal). Ia merupakan evolusi daripada kapal cog yang bertiang tunggal. Kapal ini pertama kali digunakan untuk laluan perdagangan Eropah bermula di Mediterranean sehingga ke Baltik; kemudian laluan perdagangan trans-Atlantic yang menguntungkan di antara Eropah, Afrika dan kemudian Amerika.

Lukisan sebuah kapal kerakah besar dikhususkan kepada Pieter Bruegel yang Tua, sekitar tahun 1558

Ia lazim digunakan oleh pelayar-pelayar Portugal untuk tujuan perdagangan antara Eropah dan Asia bermula pada akhir kurun ke-15 sebelum munculnya jenis geliung kapal ini pada kurun ke-16 menjadi kapal lebih dikehendaki untuk tujuan pengangkutan lalu kapal jenis kerakah tidak lagi digunakan pada kurun ke-17.

Kelaziman pengangkutan

sunting

Di dunia Barat

sunting

Di dunia Timur

sunting

Sejak sekitar 1515, Portugal telah menjalin hubungan perdagangan dengan Goa di India Portugis terutamanya dengan mengirim 3 sampai 4 kerakah berlayar dari Lisboa membawa perak untuk ditukarkan dengan kapas dan rempah-ratus di India. Dari kapal-kapal inilah hanya satu sahaja kap kerakah yang dibolehkan melanjutkan pelayarannya ke China (yang pada kala itu diperintah oleh Wangsa Ming) untuk membeli sutera yang juga ditukarkan dengan perak Portugis.

Sejak Makau dijadikan tempat jajahan Portugis pada 1557 dan diakui secara resmi sebagai rakan dagang oleh China, Kerajaan Portugal mulai berupaya meregulasi hubungan niaga dengan Jepun melalui lelang tahunan jabatan "Capitão" untuk pelayaran ke Jepun, yang memberikan hak-hak dagang istimewa bagi satu saja kerakah yang berlayar ke Jepun setiap tahun. Hubungan niaga dengan Jepun terus berlanjut dengan hanya sedikit jeda sampai dilarang pada 1638 atas dakwaan dari pihak Jepun bahwa kapal-kapal itu menyeludupkan paderi-paderi Kristian untuk memyebarkan ajaran mereka di sana lalu dianggap menyesatkan rakyat jelata Jepun.

Pada pertengahan abad ke-16, muncul kapal-kapal geliung perdana yang merupakan hasil pengembangan daripada pembinaam kerakah. Kapal rancangan baru ini kelak menjadikan kerakah kurang penting dari segi keutamaannya, meskipun kerakah masih tetap digunakan sampai selambat-lambatnya pada permulaan abad ke-17.

Binaan terkenal

sunting

Galeri

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Kamus Lengkap Indonesia-Inggris. Dicapai pada 8 September 2019.
  2. ^ "kerakah". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Cassar Pullicino, Joseph (October–December 1949). "The Order of St. John in Maltese folk-memory" (PDF). Scientia. 15 (4): 174. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut

sunting
  • Kirsch, Peter (1990). The Galleon. Conway Maritime Press. ISBN 0-85177-546-2.
  • Nair, V. Sankaran (2008). Kerala Coast: A Byway in History. (Carrack: Word Lore). Trivandrum: Folio. ISBN 978-81-906028-1-5.

Pautan luar

sunting
  NODES