Kolam renang adalah suatu pembinaan buatan yang direka untuk diisi dengan air dan digunakan untuk berenang, menyelam, atau aktiviti air lain. Kolam renang peribadi adalah simbol status bagi pemiliknya, kerana memerlukan banyak tempat dan kos rawatan yang besar. Kolam renang umum biasanya adalah sebahagian daripada pusat kecergasan jasmani atau taman rekreasi, dengan kemudahan-kemudahan lain termasuk sauna, lapangan olahraga renang (skuasy, tenis, dll) dan rumah makan. Untuk menjernihkan dan mendisfeksi air biasanya digunakan kaporit. '

Kolam renang

'

Sistem Saliran

sunting

Kolam renang kebiasaannya ada 3 jenis sistem saliran. Anda perlu bijak memilih jenis yang sesuai dengan anda.

  • Skimmer box
  • Overflow
  • Infinity pool

Bergantung kepada jenis, budget dan saiz kolam yang anda hendak bina untuk menentukan sistem saliran mana yang anda hendak guna.

Sistem Kitaran

sunting

Air kolam secara asasnya ada 3 jenis sistem kitaran. Air keluar dari kolam, air masuk semula ke kolam dan air buang. Bagi melengkapkan sistem ini, anda perlu ada pum air, penapis (filter) dan beberapa aksesori tambahan seperti ball valve dan check valve. Dan yang paling penting, pum kolam renang dan pum air untuk rumah adalah TIDAK SAMA! Saiz paip dan jenis paip yang digunakan untuk kolam renang juga adalah berbeza dengan jenis yang digunakan untuk piping paip air rumah.

Kontraktor Kolam Renang

sunting

Anda perlu mencari kontraktor kolam renang yang betul-betul arif tentang binaan kolam renang dan hal berkaitan kolam renang. Banyak isu boleh timbul dengan binaan kolam renang yang tidak betul, antaranya kolam renang bocor dan sistem kolam yang salah dan menyebabkan banyak kos tambahan dikemudian hari. Sudah banyak kes kolam bocor dan akhirnya kontraktor lari. Sila cari kontraktor yang berkaliber dan jangan cari yang murah supaya projek kolam renang tidak terbengkalai kerana ketidapakaran kontraktor. Tidak semua kontraktor arif kerana sistem kolam renang memerlukan kepakaran yang betul.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  NODES
Done 1