Korean Air

Syarikat penerbangan Kebangsaan Korea Selatan (Republik Korea)

Korean Air Lines Co., Ltd. (Hangul주식회사 대한항공; Hanja株式會社 大韓航空; RRJusikhoesa Daehan Hanggong), didagangkan sebagai Korean Air (KSE: 003490) adalah syarikat penerbangan kebangsaan dan syarikat penerbangan terbesar Korea yang berpusat di Seoul, Korea Selatan. Ditubuhkan pada 1946 sebagai Korean National Airlines tetapi diganti nama selepas berakhirnya Pendudukan Jepun. KAL mempunyai kemalangan yang membawa maut antara 1970 hingga 1999, yang terakhirnya ialah Penerbangan 8509 Korean Air Cargo.

Korean Air
Syarikat Penerbangan Korean Air
대한항공
大韓航空
Daehan Hanggong
IATA ICAO Pengenal
KE KAL KOREANAIR
Ditubuhkan1946; 78 tahun yang lalu (1946) (Tarikh ditubuhkan sebagai Korean National Airlines)
1962; 62 tahun yang lalu (1962) (Tarikh ditubuhkan sebagai Korean Air Lines)
1 Mac 1969; 55 tahun yang lalu (1969-03-01) (Tarikh ditubuhkan selepas Kumpulan Hanjin memperoleh Syarikat Penerbangan Korean Air Lines milik kerajaan Korea Selatan)
Bermula operasi26 April 1971; 53 tahun yang lalu (1971-04-26) (Operasi pengangkutan jarak jauh diperkenalkan)
Hab
Bandar tumpuan
Program kesetiaanSKYPASS
PerikatanSkyTeam
SkyTeam Cargo
SubsidiariJin Air
Pesawat173 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini) (termasuk jumlah keseluruhan armada cargo dan armada jet perniagaan)
Destinasi211 (jumlah keseluruhan destinasi)
150 (dari Rujukan) [1]
144 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) + 4 destinasi musiman
Syarikat indukHanjin (Kumpulan Hanjin) (33.34%) (1969-kini) [2]
Diniagakan sebagaiKSE: 003490
Ibu pejabatKorea Selatan Gonghang-dong, Gangseo-gu, Seoul, Korea Selatan
Orang pentingWalter Cho (Pengerusi dan Ketua Eksekutif)
Pendapatan USD (US$13.24 bilion) (2014)[3]
Pendapatan operasi USD (US$25 juta) (2014)[3]
Pendapatan bersih USD (US$233 juta) (2014)[3]
Jumlah aset USD (US$17.6 bilion) (2014)[3]
Jumlah ekuiti USD (US$21.6 bilion) (2014)[3]
Laman webwww.koreanair.com/kr/en
www.koreanair.com/kr/ko
Korean Air
Hangul대한항공
Hanja大韓航空
Perumian SemakanDaehan Hanggong
McCune–ReischauerTaehan Hanggong
Korean Air Boeing 787

Bahagian penumpang antarabangsa Korean Air dan bahagian kargo anak syarikat berkaitan melayani 126 bandar di 44 negara, sementara bahagian domestiknya melayani 13 destinasi. Ia adalah antara 20 syarikat penerbangan teratas di dunia dari segi penumpang yang dibawa dan juga merupakan satu diantara syarikat penerbangan kargo antarabangsa yang teratas. Terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon berfungsi sebagai hab antarabangsa Syarikat Penerbangan Korean Air. Korean Air juga mengekalkan kampus ibu pejabat satelit di Incheon. Majoriti juruterbang, staf darat, dan pramugari Korean Air berpusat di Seoul.[perlu rujukan] Syarikat penerbangan tersebut mempunyai kira-kira sebanyak 20,540 pekerja setakat Disember 2014.[4]

Sejarah

sunting
 
Syarikat Penerbangan Korean National Airlines dengan Armada siri Douglas DC-4 di Oakland di Tahun 1953

Penubuhan

sunting

Korean Air diasaskan oleh Kerajaan Korea Selatan pada tahun 1962 dengan nama dagangnya iaitu Korean Air Lines untuk menggantikan myarikat penerbangan Korean National Airlines, dimana ia telah diasaskan pada tahun 1946. Pada 1 Mac 1969, Kelompok Hanjin telah memperoleh syarikat penerbangan itu.[5][6] Operasi pengangkutan jarak jauh diperkenalkan pada 26 April 1971, diikuti oleh perkhidmatan penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada 19 April 1972.[7]

Pengembangan

sunting

Penerbangan antarabangsa ke Hong Kong, Taiwan dan Los Angeles mula diterbangkan dengan Armada siri Boeing 707 hingga pengenalan Armada siri Boeing 747 pada tahun 1973. Pada tahun 1973, syarikat penerbangan itu telah memperkenalkan Armada Boeing siri 747 di laluan Pasifiknya dan memulakan perkhidmatan Eropah ke Paris, Perancis menggunakan Armada siri 707 dan kemudian menggunakan Armada McDonnell Douglas DC-10. Pada tahun 1975, syarikat penerbangan tersebut menjadi satu diantara syarikat penerbangan Asia paling awal yang mengoperasikan pesawat berjenis Airbus dengan pembelian sebanyak tiga Armada Airbus A300, untuk berkhidmat di laluan Asia.[8] Oleh kerana pesawat Korea Selatan dilarang terbang di ruang udara Korea Utara dan Kesatuan Soviet pada ketika itu, laluan Eropah harus dirancang ke arah timur dari Korea Selatan, seperti penerbangan dengan laluan Gimpo - Anchorage - Paris.

Bertukar kepada 'Korean Air'

sunting

Atas biru, perak dan direka cipta semula untuk menyeragamkan dengan logo syarikat baharu "Korean Air" yang di mana menampilkan reka bentuk Taegeuk yang diperkenalkan pada 1 Mac 1984, dan nama syarikat penerbangan itu bertukar menjadi Korean Air dari Korean Air Lines. Penyeragaman ini diperkenalkan pada Armada siri Fokker F28 Fellowship dan armada siri Boeing 747-300. Ia dirancang dengan kerjasama antara Korean Air dan Boeing. Pada tahun 1990-an, Korean Air menjadi syarikat penerbangan pertama yang menggunakan Armada siri McDonnell Douglas MD-11 yang baharu untuk menambah armada pesawat Boeing 747-400 yang baharu; namun begitu, MD-11 tidak memenuhi syarat prestasi syarikat penerbangan dan akhirnya mereka menukarkan menjadi kapal barang (Pesawat pengangkut Barang). Beberapa pesawat siri 747 yang lebih tua juga ditukar untuk perkhidmatan pengangkutan.[5][6][9]

Abad ke-20

sunting

Pada 5 Jun 2007, Korean Air mengatakan bahawa akan menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah baharu yang dikenali sebagai Jin Air di Korea untuk bersaing dengan sistem rangkaian kereta api berkelajuan tinggi Korea KTX, yang menawarkan tambang yang lebih murah dan prosedur keselamatan yang kurang ketat berbanding dengan perjalanan udara. Syarikat Penerbangan Jin Air telah memulakan perkhidmatan penumpang berjadual dari Seoul ke Jeju pada 17 Julai 2008. Korean Air mengumumkan bahawa beberapa pesawat siri 737 dan siri A300 akan diberikan kepada Syarikat Penerbangan Jin Air.

Menjelang tahun 2009, imej Korean Air menjadi lebih berprestij, berbeza dengan imej syarikat penerbangan akhir 1990-an, yang telah dicemari oleh beberapa kemalangan maut.[10]

Pada pertengahan tahun 2010, kesepakatan pemasaran bersama antara syarikat permainan Blizzard Entertainment menghantar siri 747-400 dan siri 737-900 ke langit yang dilabut dengan jenama permainan video StarCraft II. Pada Ogos 2010, Korean Air mengumumkan kerugian pada suku kedua yang besar walaupun pendapatannya tinggi.[11] Pada Ogos 2010, Hanjin Group iaitu induk KAL, telah membuka terminal kargo baharu di Navoi di Uzbekistan, yang akan menjadi hab kargo dengan penerbangan tetap dengan laluan Incheon-Navoi-Milan.[12]

Pada tahun 2013, syarikat penerbangan Korean Air telah memperoleh 44% pegangan di syarikat penerbangan Czech Airlines.[13] Ia menjual saham pada Oktober 2017. Pada 1 Mei 2018, syarikat penerbangan itu melancarkan usaha sama dengan syarikat penerbangan Delta Air Lines.[14]

Ambil alih Asiana Airlines

sunting

Pada 16 November 2020, Kerajaan Republik Korea secara rasmi mengumumkan bahawa Asiana Airlines akan diambil alih oleh Korean Air, yang akan memperoleh 30.77% pegangan dalam Asiana daripada Korea Development Bank.[15] Korea Development Bank, sebuah bank yang dimiliki kerajaan di Korea, akan memberikan 800 bilion won kepada Hanjin KAL, syarikat induk Korean Air.[15] Kedua-dua syarikat penerbangan itu akan beroperasi sebagai jenama berasingan sehingga penyepaduan selesai.[16] Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan akan menyepadukan anak syarikat Air Busan, Air Seoul dan Jin Air. Gabungan syarikat penerbangan tambang rendah itu akan memberi tumpuan kepada lapangan terbang serantau di Korea dan penerbangan laluan serantau Asia-Pasifik.[17] Bila Asiana Airlines akan menarik diri daripada perikatan Star Alliance tidak diketahui, kerana jenama yang masih hidup, Korean Air, ialah syarikat penerbangan pengasas dalam pakatan saingan SkyTeam.

Pada Mac 2021, Korean Air mengumumkan akan menangguhkan penggabungan dengan Asiana Airlines kerana kelewatan kelulusan antitras daripada kerajaan dan enam pihak berkuasa asing (Amerika Syarikat, China, Jepun, Vietnam, Taiwan dan Thailand). Korean Air akan mengendalikan Asiana Airlines sebagai anak syarikat untuk dua tahun akan datang, selepas itu ia akan menggabungkan operasinya, IT dan sistem lain ke dalam sistem tunggal sehingga 2024.[18][19] Setelah penggabungan selesai kelak, Asiana Airlines boleh menjadi ahli SkyTeam. Menurut The Korea Times, hanya Turki yang telah meluluskan perjanjian antitras setakat ini.[20] On June 30, 2021, the post-merger plans between two airlines were reported to have been finalized and approved by Korea Development Bank.[21] Pada Ogos 2021, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia meluluskan penggabungan antara Korean Airlines dan Asiana Airlines, yang mewujudkan kecekapan ekonomi dan faedah sosial.[22]

Pada 11 Julai 2022, laporan di Centre for Aviation mengatakan bahawa Korean Air menunjukan keyakinan pada persetujuan pengambilahlian dan penggabungan Asiana Airlines dengan syarikat penerbangan Korean Air, yang diikuti dengan tahap selanjutnya iaitu, Integrasi (Persepaduan).[23] OLeh itu, Korean Air sedang membuat kemajuan untuk mendapatkan kelulusan daripada pengawal selia AS dan Eropah untuk pengambilalihan Asiana Airlines, meningkatkan peluang bahawa perjanjian itu akan diselesaikan tahun 2022. Korean Air juga sedang mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa persaingan di beberapa negara, yang mewakili langkah-langkah yang paling penting sebelum perjanjian itu boleh dimuktamadkan. Daripada jumlah ini, kelulusan dari pihak AS dan Kesatuan Eropah dilihat sebagai pencapaian utama. Korean Air juga menganggarkan bahawa ia akan mengambil masa dua tahun untuk menyepadukan sepenuhnya Asiana selepas pengambilalihan dimuktamadkan.[24]

Pada 26 Disember 2022, Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China mengumumkan kelulusan gabungan perniagaan Korean Air dengan Asiana Airlines.[25] Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyekat perjanjian itu pada Mei 2023 dengan alasan kebimbangan monopoli.[26]

Perkembangan Destinasi

sunting

pada bulan Disember 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Korean Air telah merancang untuk menambah destinasi musiman antarabangsa ke Laos, dengan masa yang terhad, pada laluan Seoul/Incheon - Vientiane, dari 4 Januari hingga 8 Februari 2024 [27].

juga di bulan dan di laman yang sama, ada diumumkan bahawa, Korean Air, telah merancang untuk menambah 1 destinasi musiman antarabangsa ke Jepun, dengan laluan tanpa henti antara Seoul/Incheon - Nanki-Shirahama, dengan masa dan tarikh yang terhad pada bulan Februari 2024 [28].

selain itu ada diumumkan iaitu, rancangan untuk memulakan semula laluan Tokyo/Narita - Honolulu, telahpun dibatalkan, bermula 27 Disember 2023, namun tetap mengkekalkan laluan Seoul/Incheon - Tokyo/Narita [29].

pada penghujung bulan Januari 2024, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Korean Air telahpun merancang untuk memulakan semula 2 destinasi antarabangsa ke China, dengan laluan Seoul/Incheon - Zhangjiajie, yang akan dimulakan semula pada 23 April 2024 [30], dan Seoul/Incheon - Zhengzhou 24 April 2024 [30].

pada penghujung April 2024, Korean Air telahpun merancang untuk memulakan semula destinasi antarabangsa ke Republik Rakyat China, dengan laluan tanpa henti antara Seoul/Incheon dan Makau, yang akan dimulakan semula pada 1 Julai 2024 [31].

pada awal Mei 2024, Korean Air telahpun merancang untuk memulakan destinasi antarabangsa baharu ke Portugal, dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Seoul/Incheon dan Lisbon, yang akan dimulakan pada 11 September 2024, dengan kekerapan penerbangan 3 kali seminggu [32].

Selain Portugal, syarikat penerbangan Korean Air juga telahpun memutuskan untuk memulakan destinasi antarabangsa baharu ke Republik Rakyat China, dengan laluan tanpa henti antara Seoul/Incheon dan Fuzhou, yang akan dimulakan pada 28 Disember 2024 [33].

Lalu untuk destinasi antarabangsa ke Nepal, syarikat tersebut juga melakukan ubah suai dengan menjadikan perkhidmatan pada laluan Seoul/Incheon - Kathmandu sebagai musiman dari reguler [34].

Urusan korporat dan identiti

sunting

Ibu pejabat syarikat penerbangan Korean Air (대한항공 빌딩) terletak di Gonghang-dong, Gangseo-gu di Seoul. Korean Air juga memiliki pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo di Seoul. Hab lainnya Korean Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, Jeju dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan.[35][7] Kemudahan penyelenggaraan terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae.

Destinasi dan hab

sunting

Korean Air menawarkan sebanyak 126 destinasi antarabangsa di 44 negara di 5 benua, tidak termasuk Perkongsian Kod. Hab antarabangsa syarikat penerbangan ini ialah Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Syarikat penerbangan ini juga terbang ke 13 destinasi domestik. Syarikat penerbangan ini beroperasi antara Incheon dan sebanyak 22 bandar di Republik Rakyat China, dan bersama dengan Syarikat Penerbangan Asiana Airlines, ia adalah satu diantara daripada dua syarikat penerbangan asing terbesar yang beroperasi ke Republik Rakyat China.[36]

Perjanjian perkongsian kod

sunting

Syarikat Penerbangan Korean Air mempunyai perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan berikut:[37][38]

Perjanjian antara syarikat

sunting

Syarikat Penerbangan Korean Air mempunyai perjanjian antara syarikat dengan Syarikat Penerbangan berikut:

Hab pengangkutan

sunting

Armada dan pesawat

sunting

Armada terkini

sunting

Setakat Julai 2020, Armada Korean Air terdiri dari jenis Pesawat Berikut:[50][51][52][53][54]

sebuah Armada Korean Air dengan siri Airbus A330-200
sebuah Armada Korean Air dengan siri Airbus A380
sebuah Armada Korean Air dengan siri Boeing 747-8I
sebuah Armada Korean Air dengan siri Boeing 777-200ER
sebuah Armada Korean Air dengan siri Boeing 787-9
Armada Korean Air
Pesawat Dalam Perkhidmatan Tempahan Penumpang Nota
F P E Total
Airbus A220-300[55] 10 140 140 Tempah dengan 10 pilihan dan 10 Hak Tempah[56]
Airbus A321neo 30 TBA Tempah dengan 20 pilihan.[57]
Airbus A330-200[58] 8 30 188 218
Airbus A330-300[59] 21 24 248 272
24 252 276
24 260 284
Airbus A380-800[60][61][62] 10 12 94 301 407
Boeing 737-800[63] 6 12 126 138
135 147
Boeing 737-900[64] 16 8 180 188
Boeing 737-900ER[65] 6 12 147 159
Boeing 737 MAX 8 30 TBA Tempah dengan 20 pilihan.[66]
Boeing 747-400[67] 2 12 24 368 404
Boeing 747-8I[68] 10 6 48 314 368
Boeing 777-200ER[69] 13 8
28
212 248
8 28 225 261
Boeing 777-300[70] 4 6 35 297 338
Boeing 777-300ER[71] 26 8 42 227 277
8 56 227 291
Boeing 787-9[72] 10 10[73] 24 245 269 Tempah dengan 10 pilihan.[74]
Tempahan telah dipindahkan dari Siri 787-8.[75][76]
Boeing 787-10 20[73] TBA
Armada Korean Air Cargo
Boeing 747-400ERF 4 Cargo
Boeing 747-8F 7 Cargo
Boeing 777F 12 Cargo
Armada Jet Perniagaan Korean Air[77][78]
AgustaWestland AW139 4 8–14
Boeing 737-700/BBJ1 1 16–26
Bombardier Global Express XRS 1 13
Gulfstream G650ER 1 13 [79]
Sikorsky S-76+ 1 5–6
Total 173 90

Bekas armada

sunting

Syarikat penerbangan Korean Air telah mengoperasikan jenis armada Pesawat sebagai berikut:[80][81][82][83][84]

sebuah Armada Korean Air dengan siri Airbus A300-600R.
sebuah Armada Korean Air dengan siri Boeing 707-320C.
sebuah Armada Korean Air dengan siri Boeing 747-300.
sebuah Armada Korean Air dengan siri Boeing 747SP.
sebuah Armada Korean Air dengan siri McDonnell Douglas DC-10-30.
Armada Bersara Korean Air
Pesawat Total Tarikh Diperkenalkan Tarikh Bersara Digantikan dengan Nota
Airbus A300B4-2C 8 1975 1997 Airbus A330
Airbus A300B4-200F 2 1986 2000 Tiada
Airbus A300-600R 28 1987 2012 Airbus A330
2 Tiada ditukar menjadi pengangkut barang dan dipindahkan ke Korean Air Cargo (Pengangkutan Barang)
Airbus A300-600RF 2 2015 2015 Tiada
Airbus A330-300 1 2001 2013 Tiada Disewa ke Syarikat Penerbangan Czech Airlines.
Boeing 707-320B 4 1971 1989 Boeing 747-200B
1 1978 Tiada ditembak jatuh sebagai Penerbangan KE902
Boeing 707-320C 7 1971 1989 Boeing 747-200B
1 1989 Tiada hancur sebagai Penerbangan KE858
Boeing 720 2 1969 1976 Boeing 747-200B
Boeing 727-100 5 1972 1985 Boeing 737 Next Generation
Boeing 727-200 12 1980 1996 Boeing 737 Next Generation
Boeing 737-700/BBJ1 1 2008 2018 Tiada
Boeing 737-800 2 2007 2019 Airbus A220-300
20 2000 2020 dipindahkan ke Anak Syarikat Jin Air.
Boeing 747-200B 9 1978 1998 Boeing 747-400
2 ditukar menjadi pengangkut barang dan dipindahkan ke Korean Air Cargo (Pengangkutan Barang)
1 1983 Tiada ditembak jatuh sebagai Penerbangan KE007
1 1979 dihancurkan sebagai Penerbangan KE015
Boeing 747-200C 2 1973 2000 Tiada
Boeing 747-200F 7 1978 2006 Boeing 747-400F
1 1999 Tiada terhempas sebagai Penerbangan KE8509
Boeing 747-200SF 2 1991 2002 Boeing 747-400F
Boeing 747-300 1 1984 2006 Boeing 747-400
1 1997 Tiada terhempas sebagai Penerbangan KE801
Boeing 747-300M 1 1988 2001 Boeing 747-400M
Boeing 747-300SF 1 2001 2006 Boeing 747-400F
Boeing 747-400BCF 9 2007 2014 Boeing 777F ditukar dari Armada Boeing Siri 747-400.
Boeing 747-400F 10 1996 2018 Boeing 777F
Boeing 747-400M 1 1990 2010 Boeing 777-300ER
Boeing 747SP 2 1981 1998 Boeing 777-200ER
Boeing 777-200ER 1 1997 2020 Boeing 787-9
4 2005 2016 dipindahkan ke Anak Syarikat Jin Air.
Bombardier Global Express XRS 2 2011 2017 Tiada
CASA C-212 Tidak diketahui Tidak diketahui Tidak diketahui Tiada
Douglas DC-3 2 1950 1970 Tidak diketahui
Douglas DC-4 2 1953 1969 Tidak diketahui
Douglas DC-8-60 6 1972 1976 Boeing 707
Eurocopter EC135-P2+ 5 2011 2018 Tiada
Eurocopter EC155-B1 2 2004 2018 Tiada
Fairchild-Hiller FH-227 2 1967 1970 NAMC YS-11A-200
Fokker F27-200 3 1963 1980 Fokker F27-500
Fokker F27-500 3 1969 1991 Fokker F28-4000
Fokker F27-600 1 1982 1986 Fokker F28-4000
Fokker F28-4000 4 1984 1993 Boeing 737 Next Generation
Fokker 100 12 1992 2004 Boeing 737 Next Generation
Gulfstream IV 1 1994 2012 Boeing BBJ1
Lockheed L-749A Constellation Tidak diketahui Tidak diketahui Tidak diketahui Tiada
McDonnell Douglas DC-9-32 2 1967 1972 Boeing 727
McDonnell Douglas DC-10-30 4 1975 1996 McDonnell Douglas MD-11
1 1997 Tiada Terhempas sebagai Penerbangan KE803
McDonnell Douglas DC-10-30CF 1 1978 1983 Tiada
McDonnell Douglas MD-11 5 1991 1995 Airbus A330
Boeing 777
ditukar menjadi pengangkut barang dan dipindahkan ke Korean Air Cargo (Pengangkutan Barang)
McDonnell Douglas MD-11F 4 1995 2005 Boeing 747-400BCF
1 1997 Tiada terhempas sebagai Penerbangan KE6316
McDonnell Douglas MD-82 9 1993 2001 Boeing 737 Next Generation
McDonnell Douglas MD-83 7 1994 2001 Boeing 737 Next Generation
1 1997 Tiada terhempas sebagai Penerbangan KE1533
NAMC YS-11A-200 7 1968 1976 Boeing 727

Pelan armada

sunting

Pada Perhimpunan Persatuan Penerbangan Asia Pasifik pada tahun 2018, Korean Air mengumumkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan tempahan pesawat berbadan lebar yang baharu untuk menggantikan Armada Pesawat yang lebih lama dengan siri Airbus A330, Boeing 747-400, Boeing 777-200ER dan Boeing 777-300. Jenis yang dipertimbangkan untuk penggantian pesawat berbadan lebar yang lama dalam armada termasuk siri Boeing 777X dan siri Airbus A350 XWB.[85]

Pada Mesyuarat Agung Tahunan International Air Transport Association (AGM IATA) di Seoul, Pengerusi Walter Cho mengatakan bahawa tempahan Armada Pesawat yang berbadan Lebar untuk Korean Air sudah hampir dan ia sedang mempertimbangkan tempahan Armada tambahan Keluarga Airbus A220 termasuk membangun versi yang ditubuhkan iaitu, Armada Airbus dengan siri A220-500.[86]

Dalaman pesawat

sunting
 
Kabin kelas Perniagaan Syarikat Penerbangan Korean Air di Armada siri Airbus A380-800
 
kabin kelas Ekonomi Syarikat Penerbangan Korean Air di Armada siri Airbus A380-800

Korean Air menyediakan 3 jenis kelas pertama, 4 jenis kelas Perniagaan (Prestij), dan kelas Ekonomi Standard.[87] Korean Air memperkenalkan Kelas Pertama pada semua armada Boeing 747-8I dan sebahagian daripada armada 777-300ER, Airbus A380-800, Boeing 777-200ER dan -300ERnya. Beberapa tempat duduk dilengkapi sebagai suit dengan pintu. Syarikat penerbangan itu juga memasarkan Kelas Perniagaan sebagai "Kelas Berprestij" dengan dilengkapi dengan suit. Syarikat penerbangan itujuga mengumumkan pengenalan kelas Ekonomi Premium pada 2017.[88] Pesawat pertama yang dilengkapi dengan ekonomi premium yang dipasarkan sebagai "Economy Plus" ialah CS300 (Airbus A220-300).Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref>[89] Syarikat penerbangan itu juga menawarkan Kelas Ekonomi.

Insiden dan kemalangan

sunting

Syarikat penerbangan Korean Air mempunyai rekod keselamatan yang buruk dan pernah menjadi satu diantara syarikat penerbangan paling berbahaya di dunia.[90][91] Diantara tahun 1970 dan tahun 1999, banyak insiden maut berlaku, di mana 16 pesawat dicatatkan dalam insiden dan kemalangan serius dengan kehilangan 700 nyawa. Dua pesawat milik Korean Air ditembak oleh Kesatuan Soviet, iaitu beroperasi sebagai Penerbangan 902 Korean Air Lines dan Penerbangan 007 Korean Air. Insiden paling mematikan bagi Korean Air ialah Penerbangan 007 yang telah ditembak oleh Kesatuan Soviet pada 1 September 1983. Semua 269 orang di dalamnya terbunuh, termasuk seorang anggota Kongres A.S. iaitu Larry McDonald. Kemalangan penumpang maut terakhir ialah kemalangan Penerbangan 801 Korean Air pada tahun 1997, yang mengorbankan 228 orang. Kematian kru terakhir dalam kemalangan Penerbangan 8509 Korean Air Cargo terjadi pada Disember 1999.[92]

Kontroversi

sunting

Chaebol dan nepotisme

sunting

Korean Air dirujuk sebagai satu diantara sistem "chaebol" Korea Selatan, di mana konglomerat korporat, yang ditubuhkan dengan sokongan kerajaan, menjangkau pelbagai cabang industri. Sebahagian besar masa antara penubuhan Korean Air sebagai Korean National Airlines pada tahun 1946 dan penubuhan Asiana Airlines pada tahun 1988, Syarikat Penerbangan Korean Air ialah satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi di Korea Selatan. Proses penswastaan ​​Syarikat Penerbangan Nasional Korea (Korean Air) pada tahun 1969 disokong oleh Park Chung-hee, ketua umum tentera Korea Selatan yang merampas kuasa negara itu melalui rampasan kuasa tentera; dan monopoli syarikat penerbangan dijamin selama dua dekad. Setelah melebarkan cawangan Jaebeol, anak syarikat Korean Air merangkumi perniagaan pengangkutan laut dan darat, hotel dan harta tanah antara lain; dan cawangan sebelumnya termasuk industri berat, pengangkutan penumpang, pembinaan dan perniagaan broker saham. Sifat sistem chaebeol Korea Selatan melibatkan nepotisme. Serangkaian insiden yang melibatkan Korean Air pada Tahun 2000 telah "mengungkapkan sisi buruk budaya dalam chaebeols, konglomerat keluarga raksasa Korea Selatan".[93]

Insiden nutrage

sunting

Cho Hyun-Ah, juga dikenali sebagai "Heather Cho", ialah anak perempuan ketua ketika itu Cho Yang-ho. Dia mengundurkan diri dari beberapa tugasnya pada akhir Tahun 2014 selepas dia memerintahkan jet Syarikat Penerbangan Korean Air untuk kembali ke pintu pagar untuk membolehkan seorang anak kapal dikeluarkan dari pesawat. punca dari tindakan ini dikeranakan, Atendan itu menghidangkan kacang dalam beg dan bukannya di atas pinggan kepada penumpang kelas Pertama termasuk Cho. Akibat kejatuhan lebih lanjut, Cho Hyun-Ah kemudian ditangkap oleh pihak berkuasa Kerajaan Korea Selatan kerana melanggar undang-undang keselamatan penerbangan Korea Selatan.[94]

Lihat Juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ https://blueswandaily.com/airline-insight-korean-air/
  2. ^ https://www.hanjinkal.co.kr/en/contentsid/647/index.do
  3. ^ a b c d e "korean air lines co ltd (003490:Korea SE)". businessweek.com. Dicapai pada September 1, 2014.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Who We Are - Korean Air". koreanair.com. Dicapai pada June 14, 2016.
  5. ^ a b "Korean Air History". Korean Air. Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2021. Dicapai pada November 17, 2020.
  6. ^ a b "Korean Air History". Korean Air (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2021. Dicapai pada November 17, 2020.
  7. ^ a b "Directory: World Airlines". Flight International. April 3, 2007. m/s. 102. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "FI" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ "Korean Air Lines Co., Ltd. History Diarkibkan Mei 22, 2012, di Wayback Machine". International Directory of Company Histories, Vol. 27. St. James Press, 1999.
  9. ^ "World Airline Directory." Flight International. May 16, 1981. 1444.
  10. ^ Yu, Roger (August 26, 2009). "Korean Air upgrades service, image". USA Today. Dicapai pada September 16, 2009.
  11. ^ "Korean Air slides to second quarter loss but touts 'record high' revenue". ATW Online. August 16, 2010. Dicapai pada August 16, 2010.
  12. ^ "Navoi Cargo Terminal opens in Uzbekistan; Korean Air to expand cargo network". ATW Online. August 16, 2010. Dicapai pada August 16, 2010.
  13. ^ Hovet, Jason; Hepher, Tim (April 10, 2013). "Korean Air finalises investment in loss-making Czech Airlines". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada August 4, 2015.
  14. ^ "Korean Air-Delta joint venture to boost air traffic". koreatimes (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-01. Dicapai pada 2019-12-02.
  15. ^ a b "대한항공·아시아나 통합 국적항공사 출범…산은 8천억 투입" (dalam bahasa Korea). Yonhap News Agency. 16 November 2020.
  16. ^ Yang, Heekyong. "Korean Air to spend $1.6 billion to become Asiana Airlines' top shareholder". www.reuters.com. Reuters. Dicapai pada 28 November 2020.
  17. ^ "진에어·에어서울·에어부산 통합... 정부 "지방공항 기반해 운영"" (dalam bahasa Korea). Chosun Biz. 16 November 2020.
  18. ^ "대한항공 "아시아나 인수 2년 후 완전통합"" (dalam bahasa Korea). Chosun Ilbo. 31 March 2021.
  19. ^ "아시아나, 대한항공 자회사 편입후 2년간 독립 운영" (dalam bahasa Korea). Munhwa Ilbo. 31 March 2021.
  20. ^ "Korean Air delays merger of Asiana to 2024". Korea Times. 30 March 2021.
  21. ^ "Korean Air's Merger Plan With Asiana Airlines Has Been Finalized". Simple Flying (dalam bahasa Inggeris). 2021-06-30. Dicapai pada 2021-07-07.
  22. ^ Chua, Alfred (2021-08-17). "Malaysia proposes to approve Korean Air-Asiana merger". Flight Global (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 August 2021. Dicapai pada 2021-09-15.
  23. ^ "Korean Air confident of Asiana merger approvals – next challenge will be integration" (dalam bahasa Inggeris). centreforaviation.com (CAPA). 11 Julai 2022. Dicapai pada 19 Julai 2022.
  24. ^ "Korean Air confident of Asiana merger approvals – next challenge will be integration" (dalam bahasa Inggeris). centreforaviation.com (CAPA). 11 Julai 2022. Dicapai pada 19 Julai 2022.
  25. ^ Varley, Len (2022-12-27). "China approves Korean Air acquisition of Asiana Airlines". AviationSource News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-27.
  26. ^ Lee, Zi-Hoon; Park, Jong-Kwan; Kim, Hyung-Kyu (22 May 2023). "US antitrust body blocks $1.4 bn Korean Air-Asiana deal". The Korea Economic Daily.
  27. ^ "KOREAN AIR 1Q24 LAOS CHARTERS". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 9 Disember 2023. Dicapai pada 12 Disember 2023. Korean Air in the first quarter of 2024 schedules charter service to Laos, where the airline schedules Seoul Incheon – Vientiane route, on board Boeing 737-900ER aircraft. From Seoul, the 737 will operate twice weekly from 04JAN24 to 08FEB24.
  28. ^ "KOREAN AIR ADDS NANKI-SHIRAHAMA CHARTERS IN FEB 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 22 Disember 2023. Dicapai pada 25 Disember 2023. Korean Air in February 2024 schedules charter service on Seoul Incheon – Nanki-Shirahama route, in partnership with Hanjin Travel (KALTour). The Skyteam member will be operating Boeing 737 MAX 8 aircraft from Seoul on 03FEB24, 06FEB24 and 09FEB24.
  29. ^ "KOREAN AIR REMOVES PLANNED NS24 TOKYO – HONOLULU SERVICE RESUMPTION". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 27 Disember 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023. Korean Air today (27DEC23) issued latest travel agent bulletin, stating the closure of reservation for Seoul Incheon – Tokyo Narita – Honolulu route effective today. The Skyteam member previously planned to resume this service on 26APR24, with 777-200ER aircraft operating 1 daily flight, with reservations opened on 02NOV23, until today.
  30. ^ a b "KOREAN AIR RESUMES 2 MAINLAND CHINA ROUTES IN APRIL 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 24 Januari 2024. Dicapai pada 28 Januari 2024. Korean Air on Tuesday evening (local time; 23JAN24) opened reservations for 2 routes to Mainland China, as the airline plans to resume service to Dayong and Zhengzhou, effective late-April 2024.
    Seoul Incheon – Dayong eff 23APR24 3 weekly 737-900ER,
    Seoul Incheon – Zhengzhou eff 24APR24 4 weekly 737-800/-900ER.
  31. ^ Jim Liu (25 April 2024). "KOREAN AIR RESUMES MACAU SERVICE FROM JULY 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). Aeroroutes.com. Dicapai pada 15 Mei 2024. Korean Air today (25APR24) opened reservations for Seoul Incheon – Macau, where the airline schedules 1 daily flight from 01JUL24, on board Boeing 737-800 aircraft. The Skyteam member last operated Seoul – Macau service between February 1996 and October 1997.
  32. ^ Jim Liu (2 Mei 2024). "KOREAN AIR SCHEDULES LISBON SEP 2024 LAUNCH". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). Aeroroutes.com. Dicapai pada 15 Mei 2024. Korean Air today (02MAY24) opened reservation for its new European route, where it plans to launch Seoul Incheon – Lisbon route on 11SEP24. The Skyteam member will operate this route 3 times weekly, with Boeing 787-9 Dreamliner.
  33. ^ Jim Liu (25 Oktober 2024). "Korean Air Adds Fuzhou Service From late-Dec 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). Aeroroutes. Dicapai pada 7 November 2024. Korean Air from late-December 2024 plans to launch new service to Mainland China, as the airline this week opened reservations for Seoul Incheon – Fuzhou route. From 28DEC24, Boeing 737-800/-900ER will serve this route 3 times weekly.
  34. ^ Jim Liu (25 Oktober 2024). "Korean Air Converts Kathmandu to Seasonal Service in 2025". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). Aeroroutes. Dicapai pada 7 November 2024. Korean Air today (25OCT24) filed service changes to Nepal, as the carrier converts Seoul Incheon – Kathmandu service to seasonal operation.
  35. ^ "일반현황 / 기업개요". Korean Air. Dicapai pada September 9, 2010. "주소: 서울 특별시 강서구 공항동 1370번지 대현항공 빌딩"
  36. ^ "Why Nearly Half of Asiana Passengers Were Chinese." The Wall Street Journal. July 7, 2013. Retrieved on July 19, 2013.
  37. ^ "Korean Air codeshare partners". Korean Air. Dicapai pada July 4, 2017.
  38. ^ "Profile Korean Air". CAPA. Centre for Aviation. Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2016. Dicapai pada October 29, 2016.
  39. ^ "Korean Air / Aurora begins codeshare partnership from July 2018". Routesonline. July 12, 2018.
  40. ^ "Delta and Korean Air to expand partnership". Delta Air Lines. Dicapai pada March 29, 2017.
  41. ^ "KOREAN AIR EXPANDS DELTA NORTH AMERICA CODESHARE ROUTES IN 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 29 Januari 2024. Dicapai pada 29 Januari 2024. Korean Air earlier this month further expanded codeshare partnership with Delta, as KE-coded flight numbers appearing on additional 60 routes within North America, operated by the latter.
  42. ^ Hawaiian Airlines (March 22, 2011). "Hawaiian Airlines, Korean Air Team Up On Frequent Flyer Benefits". Hawaiian Airlines. Dicapai pada April 25, 2017.
  43. ^ "KOREAN AIR BEGINS JIN AIR DOMESTIC CODESHARE FROM JUNE 2022". aeroroutes.com. 14 Jun 2022. Dicapai pada 14 Jun 2022.
  44. ^ "KOREAN AIR / KLM RESUMES SEOUL – AMSTERDAM CODESHARE SERVICE FROM LATE-OCT 2023". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 20 Oktober 2023. Dicapai pada 22 Oktober 2023. Skyteam members Korean Air and KLM plans to resume reciprocal codeshare service on Seoul Incheon – Amsterdam route, as the pair this week opened reservation for travel on/after 29OCT23. Prior to this codeshare route resumption, the pair only offered codeshare service beyond Amsterdam and Seoul.
  45. ^ "Korean Air expands LATAM codeshare to Brasil in Nov 2018". Routesonline. November 29, 2018.
  46. ^ "Korean Air is Royal Brunei Airlines' latest codeshare partner". Royal Brunei Airlines. 4 September 2019.
  47. ^ "SAUDIA ADDS KOREAN AIR DOMESTIC CODESHARE IN NW23". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 30 Oktober 2023. Dicapai pada 6 November 2023. Saudia at the launch of Northern winter 2023/24 season is launching codeshare partnership with Korean Air, covering the latter’s domestic service to/from Seoul Incheon.
  48. ^ "SAUDIA ADDS KOREAN AIR CODESHARE TO JAPAN FROM NOV 2023". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 20 November 2023. Dicapai pada 25 November 2023. Saudia earlier this month expanded codeshare partnership with Korean Air, covering the latter’s service to Japan.
  49. ^ "JetBlue and Korean Air Announce New Interline Agreement to Connect Customers Between Asia and North America". PR Newswire. 28 February 2012.
  50. ^ "Business Jet Services". Korean Air. Dicapai pada August 18, 2016.
  51. ^ "항공기 등록현황". Ministry of Land, Infrastructure and Transport of Korea (dalam bahasa Korean).CS1 maint: unrecognized language (link)
  52. ^ "Korean Air Lines Fleet Details and History". planespotters.net. December 30, 2016. Dicapai pada December 30, 2016.
  53. ^ "Korean Air fleet and seat maps". Korean Air. Dicapai pada June 1, 2018.
  54. ^ "KOREAN AIR SCHEDULES A321NEO DEC 2022 SERVICE DEBUT". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 9 Oktober 2022. Dicapai pada 11 Oktober 2022.
  55. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=a220-300
  56. ^ "Korean Air becomes the third operator of the Bombardier CS300". World Airline News. December 22, 2017.
  57. ^ "Korean Air finalises order for 30 A321neo" (Siaran akhbar). Airbus. November 6, 2015.
  58. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=a330-200
  59. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=a330-300
  60. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=a380-800
  61. ^ Airbus A380 Korean Air Seoul/Incheon-Taipei
  62. ^ "KOREAN AIR ONE-TIME A380 TOKYO SERVICE IN MID-FEB 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 6 Februari 2024. Dicapai pada 14 Februari 2024. Korean Air in mid-February 2024 once again schedules Airbus A380 service on Seoul Incheon – Tokyo Narita route, currently planned as one-time operation.
  63. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=b737-800
  64. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=b737-900
  65. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=b737-900er
  66. ^ "Boeing, Korean Air Announce Airline's Intent to Purchase 30 737 MAXs" (Siaran akhbar). Boeing. June 16, 2015.
  67. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=b747-400
  68. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=b747-8i
  69. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=b777-200er
  70. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=b777-300
  71. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=b777-300er
  72. ^ https://www.koreanair.com/global/en/traveling/aircraft-info/details.html?fleetCode=b787-9
  73. ^ a b "Korean Air to Introduce Boeing 787-10 for First Time in Korea" (Siaran akhbar). Korean Air. 19 June 2019.
  74. ^ "Korean Air Joins Boeing 787 Family with up to 20-Airplane Order". Boeing. April 11, 2005.
  75. ^ "Boeing Delivers Korean Air's First 787-9 Dreamliner". February 22, 2017. Dicapai pada February 22, 2017.
  76. ^ Ghim-Lay Yeo. "Korean Air converts 10 787-8s to -9s". Singapore: Flight International. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2011. Dicapai pada December 23, 2016.
  77. ^ "Korean Air business jet fleets". Korean Air.
  78. ^ Greg Waldron (October 18, 2016). "Korean Air expands business jet charter unit". FlightGlobal.
  79. ^ "Korean Air adds maiden Gulfstream G650ER". Ch-Aviation. August 3, 2016.
  80. ^ "대한항공 50년 보유 항공기 변천사(1) 1960~1980년대". Korean Air (dalam bahasa Korean). 30 April 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  81. ^ "대한항공 50년 보유 항공기 변천사(2) 1990년대 ~ 현재". Korean Air (dalam bahasa Korean). 30 April 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  82. ^ "Korean Air Lines Fleet Details and History". planespotters.net. June 26, 2018.
  83. ^ "연도별 도입 현황". Ministry of Land, Infrastructure and Transport of Korea (dalam bahasa Korean).CS1 maint: unrecognized language (link)
  84. ^ "연도별 말소 현황". Ministry of Land, Infrastructure and Transport of Korea (dalam bahasa Korean).CS1 maint: unrecognized language (link)
  85. ^ "Korean Air Mulling 'Large' Widebody Jet Order for Expansion". Bloomberg. 19 October 2018.
  86. ^ "Korean Air widebody order "imminent", eyes more A220s". Ch-Aviation. 11 June 2019.
  87. ^ "On-Board / Classes of Service". Korean Air.
  88. ^ "조원태 대한항공 사장 "프리미엄 이코노미석 도입 검토"" (dalam bahasa Korea). Yonhap News Agency. 27 December 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada August 2, 2020. Dicapai pada January 16, 2020.
  89. ^ "대한항공, 6월10일부터 '이코노미 플러스석' 폐지···예매 고객 '차액 환불'" (dalam bahasa Korea). The Asian. 23 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada January 16, 2020. Dicapai pada January 16, 2020.
  90. ^ Malcolm Gladwell, Outliers (2008), pp. 177–223 for a discussion of this turnaround in airline safety. Gladwell notes (p. 180) that the hull-loss rate for the airline was 4.79 per million departures, a full 17 times greater than United Airlines which at the same time had a loss rate of just 0.27 per million departures.
  91. ^ Stanley, Bruce (2006-01-09). "Korean Air Bucks Tradition To Fix Problems". wsj.com (dalam bahasa Inggeris). The Wall Street Journal. Dicapai pada 2019-04-11.
  92. ^ Kirk, Don (March 26, 2002). "New Standards Mean Korean Air Is Coming Off Many 'Shun' Lists". The New York Times. Dicapai pada September 23, 2009.
  93. ^ Pasick, Adam (December 9, 2014). "Nepotism in a Nutshell". The Atlantic. Retrieved December 23, 2016.
  94. ^ "Ex-Korean Air Executive Arrested Over 'Nut Rage' Incident". NPR.org. December 30, 2014. Dicapai pada April 24, 2015.

Pautan luar

sunting
  • Tapak web rasmi
  NODES
Association 1
INTERN 6
Note 1