Krisis Israel-Lubnan 2006

Perang Lubnan 2006
Sebahagian daripada Konflik Arab-Israel, Konflik Israel-Lubnan dan Perang Menentang Keganasan

Asap di Tyre selepas pengeboman Israel.
Tarikh12 Julai 2006—14 Ogos 2006
Sekatan Israel ke atas Lubnan tamat pada 8 September 2006
Lokasi
Keputusan
Pihak yang terlibat
 Israel Hezbollah
Amal[1]
LCP[2]
PFLP-GC[3]
Komandan dan pemimpin
Israel Ehud Olmert
Israel Amir Peretz
Israel Dan Halutz
Israel Moshe Kaplinsky[7]
Israel Udi Adam
Israel Eliezer Shkedi
Israel David Ben Ba'ashat
Hassan Nasrallah
Imad Mughniyeh
Kekuatan
10,000 tentera (30,000 tentera pada beberapa hari terakhir) (+ IAF & ISC)[8][9] 3,000 pejuang aktif (5,000–10,000 pada beberapa hari terakhir)
10,000 anggota simpanan[10][11]
Kerugian dan korban

Tentera Pertahanan Israel:
121 terbunuh
(termasuk 2 orang askar yang ditawan)

628 cedera[12]

Pejuang Hizbullah:
Mati:
250 (dakwaan Hizbullah)[13]
≤500 (anggr. pegawai Lubnan)[14]
Sekitar: 500 (anggr. pegawai PBB)[15]
Sekitar: 600 (anggr. IDF)[16]
Cedera: Tidak diketahui Ditawan: 13[17] (9 dibebaskan)
Pejuang Amal: 17 mati
Pejuang LCP: 12 mati
Pejuang PFLP-GC: 2 mati


Kor Pengawal Revolusi Iran: ~6-9[18][19]

Tentera Darat Lubnan: 28 mati[20]

Orang awam Israel:
44 mati[21][22]
4,262 cedera[23]


Warganegara Lubnan:
1,191[24] mati
4,409 cedera[24]


Rakyat asing:
53 mati[25]
25 cedera


Pertubuhan Bangsa Bersatu:

5 mati
12 cedera[26]
Untuk senarai lengkap mangsa, lihat: Mangsa Perang Lubnan 2006
Templat:Campaignbox Lebanon 2006
Asap di Haifa, Israel selepas sebuah roket yang dilancarkan oleh Hezbollah menghentam bandar berdekatan dengan Hospital Bnei-Zion
Sebuah kereta kebal milik Israel membedil sebuah kawasan di selatan Lubnan.

Perang Lubnan 2006 juga dikenali sebagai Perang Israel-Hezbollah 2006 dan di Lubnan sebagai Perang Julai[27] (Arab: حرب تموز, Ḥarb Tammūz) dan di Israel sebagai Perang Lubnan Kedua (Ibrani: מלחמת לבנון השנייה, Milhemet Levanon HaShniya),[28] adalah satu konflik bersenjata selama 34 hari di Lubnan dan utara Israel. Pihak bersengketa utama adalah pejuang Hezbollah dan tentera Israel. Konflik bermula pada 12 Julai 2006, dan berlanjutan sehingga satu gencatan senjata yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu berkuatkuasa pada pagi 14 Ogos 2006, meskipun ia secara rasminya berakhir pada 8 September 2006 apabila Israel menarik balik sekatan laut ke atas Lubnan.

Alasan Serangan Israel

sunting

Israel menyerang Palestin dan Lubnan kononnya mencari 2 tenteranya yang ditawan oleh Palestin. Kemudian Hizbullah mengaku menawan seorang tentera Israel di Beirut. Nama dua tentera Israel yang memasuki kawasan Lubnan itu ialah Ehud Goldwasser dan Eldad Regev.

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata serangan akan dihentikan jika Hizbullah membebaskan 2 askar Israel. Hizbullah hendaklah menghentikan serangan roket dan kerajaan Lubnan melaksanakan Ketetapan Majlis Keselamatan PBB 1559 iaitu pelucutan senjata oleh Hizbullah. Israel mendakwa Hizbullah telah melancarkan 130 buah roket dalam tempoh 48 jam menyebabkan dua mati dan 115 lain cedera.

Hizbullah merupakan sebuah pertubuhan Islam Syiah yang pro Iran. Hizbullah mempunyai perwakilan di Parlimen Lubnan dan ada yang menjadi menteri Lubnan.

Lubnan menuntut Ladang Shaab seluas 25 km persegi yang dikuasai Israel sejak 1967. Antara 1957 - 1967 ladang ini dikuasai oleh Syria.

Serangan Israel di Lubnan

sunting
 
Kanak-kanak Israel menulis pesanan di peluru-peluru yang disediakan untuk mengebom Lubnan berserta penduduknya, termasuk kanak-kanak Lubnan sendiri.

Lubnan digempur dan dikepung dari darat, laut dan udara. Bekalan air dan elektrik terputus sama sekali. Pangkalan tentera Lubnan di Qolelaat, Hermel, Buda, Rayak, Jiyeh , Doueir, Baflay, Zibquin dan Naqura telah diserang oleh pesawat tentera Israel dari 12 Julai hingga 18 Julai 2006.

Pada 15 Julai , 18 orang biasa Lubnan mati terbakar , ditembak oleh helikopter Israel . Mereka dalam perjalanan berkonvoi di stesen minyak. 18 jambatan dan jejantas musnah. Persimpangan dan lebuh raya di Beirut turut diserang. Stesen pemancar telefon mudah alih di timur Lubnan , Loji kuasa Jiyyeh, tangki bahan bakar di Lapangan Terbang Rafiq Hariri di Beirut. Kerugian lebih 25 juta AS.

Pejabat Hizbullah di Haret Hreik, Beirut turut diserang hebat. Depo minyak terbakar. Israel turut menyekat lebuh raya utama dari Beirut ke Damsyik, Syria agar senjata tidak dikirimkan kepada Hizbullah. Pelancar roket Katyusha dan Raad dikatakan dibekalkan oleh Syria dan Iran. Sedang pembekal senjata kepada Israel iaitu Amerika tidak terganggu.

Hizbullah membalas serangan

sunting

Roket pejuang Hizbullah menembak utara Israel sehingga ke Tasek Tiberias ,35 km dari sempadan.

Sayyed Hassan Nasrallah merupakan pemimpin tertinggi Hizbullah di Lubnan. Melalui televisyen Hizbullah iaitu al Manar berkata Hizbullah akan berperang jika itu yang Israel mahukan. Sayyed Hassan Nasrallah terselamat dari serangan pesawat Israel sungguhpun bangunan kediamannya musnah.

Hizbullah berjaya merosakkan kapal perang Israel yang mengepung Lubnan. 4 orang tentera Israel terbunuh.

Serangan Israel memusnahkan pejabat Hizbullah, pangsapuri Sayyed Hassan Nasrallah , Lapangan Terbang Rafiq Hariri. Menteri Dalam Negeri Israel , Roni Bar-On mahu Sayyed Hassan Nasrallah dibunuh. Setakat ini Sayyed Hassan Nasrallah terselamat dari serangan itu dan 6 hari kemudian memberikan sidang media.

Hizbulah lancarkan 350 roket Katyusha ke Israel. Kena di Tiberias di Laut Galilee. Roket Hizbullah iaitu Raket Zeizal-2 buatan Iran boleh sampai ke Beer Sheva, Israel. Roket ini boleh membawa bahan ledakan 600 kg.

Peluru berpandu Shihab-3 buatan Iran pernah dipamerkan di Teheran. Roket Katyusha hanya 12-23 km jauhnya. Roket Fajar-3 dan Fajar-5 jaraknya 45-75 km.

Roket yang dilancarkan oleh Hizbullah boleh sampai ke Haifa, Israel. Hizbullah ada 13,000 roket yang jaraknya 25 km. Semua roket ini disimpan di Lembah Beka'a.

Penduduk Israel di Dafed, Nahariya dan Hatzor, Israel terpaksa berlindung di kubu bawah tanah. Rumah dan kereta musnah di Dafed.

Pemindahan

sunting

Itali segera pindahkan 410 warga Eropah secara konvoi dari Beirut ke Pelabuhan Latakia, Syria. Begitu juga dengan Perancis. Pesawat Italy C130 . Ada 25,000 rakyat Amerika Syarikat di Lubnan.

Serangan Israel di Palestin / Genting Gaza

sunting

Israel tidak puas hati dengan kerajaan Palestin kerana musuh tradisinya Hamas menang dalam pilihan raya Palestin. Hamas lebih militan dan radikal berbanding dengan Mahmud Abbas.

Lantas tentera Israel menangkap Menteri Hamas , ahli Parlimen Palestin , Menteri yang menggubal Dasar Palestin dan mengebom pejabat Perdana Menteri Palestin. Pejabat Menteri Luar Palestin dan Menteri Dalam Negeri turut musnah. Genting Gaza dikepung dengan kereta kebal.

Tentera Israel memusnahkan jambatan di Genting Gaza dengan peluru berpandu.

Rakyat Palestin dipenjara

sunting

Israelnya sebenarnya menculik 1843 orang Palestin atau 30 orang sehari.

Antara 1967 hingga 2006, da 650,000 tahanan Palestin di penjara Israel. Tahun 2006, ada seramai 8,200 Palestin diculik oleh Israel. (Data PBB).

Kuasa menahan

sunting

Akta Perintah Tentera Israel 1998 membenarkan tentera Israel menahan warga Palestin sehingga 6 bulan. Ini berikutan serangan intifada yang dilancarkan oleh rakyat Palestin.

Reaksi Antarabangsa

sunting

Apabila Korea Utara lancar 7 ujian roket peluru berpandu pada hari Rabu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berbincang akan bertindak.

Tetapi apabila Israel serang Genting Gaza dan Lubnan , Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hanya hantar 3 pegawai kanan / veteran ke Lubnan / Palestin untuk menyiasat. Pegawai yang dihantar ialah penasihat khas Kofi Annan bernama Vijay Nambiar, utusan PBB ke Asia Barat Alvaro de Soto dan Terje Roed-Larsen.

Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan pula meminta Hizbullah membebaskan 2 tahanan tersebut.

Peliknya, Perdana Menteri Lubnan, Fouad Siniora mendakwa kerajaan Lubnan tidak menyedari pertempuran Hizbullah - Israel di sempadannya.

Kecaman Majlis Keselamatan PBB diveto / disekat oleh Amerika Syarikat. Sebaliknya Majlis Keselamatan PBB mengutuk Hizbullah kerana menculik 2 askar Israel.

Amerika Syarikat menyalahkan Syria dan Iran sebagai pencetus krisis. Iran dan Syria dituduh membantu Hizbullah / Hamas . Kata John Bolton, Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kononnya deraf PBB tidak adil kerana hanya menyalahkan Israel dalam konflik terbaru.

Presiden Amerika Syarikat meminta Syria mempengaruhi Hizbullah agar membebaskan askar Israel.

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berikrar akan menyerang Israel jika Syria dibedil. Syria dan Iran merupakan penyokong kuat Hizbullah Syiah di Lubnan. Syria menafikan sempadannya telah dibedil oleh Israel. Jika serangan merebak ke Syria, dikhuatiri perang dengan dunia Islam akan tercetus. Aktiviti 'pengganas Islam' akan kembali meledak.

Arab Saudi menyalahkan Hizbullah kerana sengaja menyebabkan kemarahan Israel.

Reaksi di Malaysia

sunting
 
Para penghadir demonstrasi membantah tindakan Israel di Kuala Lumpur

Suatu perhimpunan besar-besaran diadakan di Jalan Ampang bandar raya Kuala Lumpur pada 21 Julai 2006 membantah serangan Israel terhadap Lubnan. Perhimpunan ini diadakan selepas sembahyang Jumaat dan diketuai oleh naib ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Kehadiran dijangkakan sebanyak 1,500 orang meskipun para penaja demonstrasi mendakwa kehadiran sebanyak 4,000 orang. Demonstrasi ini mengecam Israel sebagai negara pengganas.

Ahli-ahli pemuda parti perikatan pemuda Barisan Nasional dan organisasi-organisasi bukan kerajaan turut hadir dan menyampaikan memorandum bantahan pada pegawai-pegawai kedutaan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Naib ketua pemuda UMNO Khairy mengajukan komuniti antarabangsa bertindak menghentikan keganasan Israel dan memutuskan kesemua perhubungan diplomatik dengannya. "Ini tidak kurang dari pembunuhan dan pembasmian kaum... Kami tidak akan berhenti selagi mereka tidak berhenti" beliau dipetik mengulas.

Memoranda yang diserahkan kepada pegawai-pegawai berkenaan mengandungi dua tuntutan, iaitu;

  1. Memanggil Majlis Keselamatan PBB segera meletakkan gencatan senjata dan menguatkuasakannya melalui satu pasukan antarabangsa khas, dan
  2. Menuntut kelulusan satu resolusi PBB untuk membenarkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza dan Lubnan.

Pada masa yang sama, 500 ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berdemonstrasi di luar pejabat PAS Kota Bharu negeri Kelantan selama sejam atas tujuan yang sama. Mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat menyeru semua penganut agama Islam dunia bersatu dalam menuntut pemberhentian serangan dan pengunduran ketenteraan Israel daripada Lubnan dan Gaza. "Semakin lama kita berdiam, semakin banyaklah mangsa terkorban akibat kekejaman Israel itu" ujar beliau mengenai situasi krisis ini.

Kronologi Krisis-Israel-Lubnan

sunting
  1. 1998 Israel melancarkan serangan ke atas Pertubuhan Pembebasan Palestin di Lubnan selepas pejuang PLO membunuh rakyat awam Israel di Tel Aviv. Tentera Israel berundur kemudian. Israel meletakkan sekutunya, puak Kristian Maronite Lubnan mengawasi sempadan .
  2. 1982 Askar Israel menawan Lubnan dan menceroboh hampir seluruh Beirut. Askar Kristian Lubnan (sekutu Israel) menyerang khemah pelarian Palestin , Shabra dan Shatila. Ratusan orang awam dibunuh.
  3. 1985 Tentera Israel mengundurkan sebahagian tenteranya dari Shabra dan Shatila. Tetapi 1000 dikekalkan di zon keselamatan.
  4. 1993 Israel melancar Operation Accountability selama seminggu. Serangan udara, atileri dan laut atas alasan membalas serangan roket Hizbullah.
  5. 1996 Israel melancarkan Operation Grapes Of Wrath selama 17 hari. Lebih 200 penduduk awam Lubnan dibunuh . Kononnya Hizbullah melancarkan roket ke Israel.
  6. Julai 2000 Israel berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan. Oktober 2000 Hizbullah membunuh 3 askar Israel di sempadan dan dibawa ke Lubnan. Israel bertindak menukar pembebasan tahanan Arab dengan mayat askarnya dan seorang ahli perniagaan yang diculik.
  7. 12 Julai 2006 Pejuang Hizbullah menawan dua askar Israel di sempadan dan membunuh 7 yang lain.
  8. 12 Julai 2006 Jet pejuang Israel membedil Lapangan Terbang Antarabangsa Rafiq Hariri di Beirut dan menyebabkan puluhan orang awam mati di Lubnan.
  9. 3 Ogos 2006 “Lebih 900 orang terkorban dan 3,000 lagi cedera setakat ini, satu pertiga yang cedera adalah kanak-kanak berumur bawah 12 tahun,” dedah beliau melalui persidangan video di sini ke mesyuarat tergempar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Putrajaya hari ini. [Utusan Malaysia 4.8.2006)

Rujukan

sunting
  1. ^ Daily Star. "Timeline of the July War 2006". Retrieved 17 April 2007.
  2. ^ Herbert Docena (2006-08-17). "Amid the bombs, unity is forged". Asia Times Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-31. Dicapai pada 2010-10-29. The LCP...has itself been very close to Hezbollah and fought alongside it in the frontlines in the south. According to Hadadeh, at least 12 LCP members and supporters died in the fighting.
  3. ^ Associated Press (2006-08-06). "PFLP claims losses in IDF strike on Lebanon base". The Jerusalem Post.
  4. ^ Olmert claims Lebanon War was a success
  5. ^ Both Hezbollah and Israeli leaders declare victory
  6. ^ Lebanese paper: Don't buy Nasrallah's claims
  7. ^ "Two Northern Command chiefs?", Ynetnews, 8 August 2006; See also, "IDF officials: Maj. Gen. Adam must quit post after war"; "Israel swaps commanders"; "Israel names new commander to head offensive" Agence France-Presse, Retrieved 14 December 2009; "Israel changes command structure"
  8. ^ "Israel captures guerrillas in Hezbollah hospital raid". USA Today. 2 August 2006.
  9. ^ "Some 30,000 Israeli troops in Lebanon — army radio". Reuters via Yahoo! News Asia. 2006-08-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-31. Dicapai pada 2010-10-29.
  10. ^ 2006/strength-of-israel-lebanon-and-hezbollah/ International Institute for Strategic Studies[pautan mati kekal]
  11. ^ Hirst, David: Beware of Small States; Lebanon, Battleground of the Middle East (2010)
  12. ^ Winograd Commission Report, page 353. Based on Northern Command medical census of 9 November 2006.
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 250_hezb
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Leb_est
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama UN_est
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama apstats
  17. ^ Wheeler, Carolynne (2006-08-16). "Israel begins pullout as ceasefire holds". The Globe and Mail. m/s. A13. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan) "Israeli army officials indicated they have 13 captured Hezbollah fighters "
  18. ^ NYsun.com
  19. ^ Ynetnews.com
  20. ^ Best, Antony (2008-05-29). "The Arab-Israeli Conflict". International History of the Twentieth Century and Beyond. Maiolo Joseph, Schulze Kirsten (ed. 2). Routledge. m/s. 450. ISBN 978-0415438964. Dicapai pada 2009-08-26. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  21. ^ "State snubbed war victim, family says". Ynet. 2007-08-30. Dicapai pada 2008-07-13.
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BBC_preplanned
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mfa_casualties
  24. ^ a b "Report of the Commission of Inquiry on Lebanon pursuant to Human Rights Council resolution S-2/1" (PDF). United Nations General Assembly. 23 November 2006. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-06-30. Dicapai pada 2008-07-13.
  25. ^ See Casualties of the 2006 Lebanon War#Foreign civilian casualties in Israel and Casualties of the 2006 Lebanon War#Foreign civilian casualties in Lebanon for a complete and adequately sourced list
  26. ^ UN.org
  27. ^ AFP (2006). "Timeline of the July War 2006". Lebanon: The Daily Star. Dicapai pada 15 September. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  28. ^ See, e.g., Yaakov Katz, "Halutz officers discuss war strategy," Jerusalem Post, Sept. 5, 2006, p. 2

Rujukan

sunting

Beribu-ribu membantah serangan Israel terhadap Gaza, Lubnan, New Straits Times, 22 Julai 2006.

  NODES
INTERN 2