Kumpulan platinum
Logam-logam kumpulan platinum (platinum-group metals, PGM) ialah sekumpulan unsur yang terdiri daripada enam logam berharga yang terkumpul dalam jadual berkala unsur. Kesemua logam tersebut merupakan logam peralihan dan berada dalam blok-d dalam jadual berkala unsur, yakni di kumpulan 8 ke 10 dan kala 4 dan 5.[1]
Kumpulan | ← | 8 | 9 | 10 | → | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Kala | |||||||
5 | 44 Ru |
45 Rh |
46 Pd | ||||
6 | 76 Os |
77 Ir |
78 Pt |
Logam-logam tersebut ialah iridium (Ir), paladium (Pd), platinum (Pt), rodium (Rh), rutenium (Ru) dan osmium (Os). Logam-logam ini memiliki ciri fizik dan kimia yang serupa dan biasanya terkumpul dalam deposit mineral yang sama.
Sifat dan kegunaan
suntingCiri | Rutenium | Rodium | Paladium | Osmium | Iridium | Platinum |
---|---|---|---|---|---|---|
Rajah | ||||||
Jisim atom | 101.9 | 102.9 | 106.4 | 190.2 | 192.2 | 195.1 |
Ketumpatan, kg m-3 | 12360 | 12420 | 11995 | 22580 | 22550 | 21450 |
Takat lebur, K | 2583 | 2239 | 1825 | 3327 | 2683 | 2045 |
Takat didih, K | 4173 | 4000 | 3415 | 5300 | 4403 | 4100 |
Logam-logam kumpulan platinum tidak bertindak balas dengan air dan tidak mudah ditindak balas dengan asid mahupun alkali. Logam-logam tersebut memiliki sifat-sifat pemangkinan yang baik. Kumpulan logam tersebut juga digunakan secara meluas sebagai perhiasan disebabkan oleh kesukaran logam-logam tersebut untuk haus dan hilang kilauannya. Sifat-sifat logam kumpulan tersebut banyak dimanfaatkan oleh pihak industri.[3]
Kewujudan
suntingBijih-bijih logam kumpulan platinum mempunyai kira-kira 10 gram logam per tan.[4] Logam kumpulan platinum boleh membentuk sebatian kompleks dalam 30 ke 40 mineral.[5] Bekalan logam kumpulan platinum dianggarkan sebanyak 66 juta kg pada 2018 dengan kira-kira 80% bekalan terdapat di Kompleks Igneus Bushveld, Afrika Selatan, di mana negara tersebut memiliki anggaran sebanyak 63 juta kg logam.[6][7] Logam kumpulan platinum biasanya diekstrak daripada mineral sulfida dan arsenida seperti PtAs2, PtS dan Pt(AsS)2.[7]
Iridium
suntingLogam iridium biasanya tercampur dengan logam-logam kumpulan platinum lain dalam deposit aluvium. Aloi-aloi alami iridium termasuklah osmiridium dan iridosmina yang merupakan campuran osmium dan iridium. Mineral-mineral iridium lain seperti irarsit dan kuproirdsit juga wujud, tetapi amat jarang ditemui.[8][9] Secara komersial, logam iridium diperoleh sebagai bahan sampingan dalam perlombongan dan pemprosesan nikel.[10]
Sempadan Cretaceous–Paleogen (sempadan K-Pg), sempadan masa antara zaman Cretaceous dan Paleogen yang terbentuk kira-kira 66 juta tahun dahulu memiliki tanah liat yang kaya dengan iridium.[11] Sempadan ini menjadi inspirasi kepada hipotesis Alvarez, hipotesis berkenaan kepupusan dinosaur bukan burung akibat hentaman meteor yang kini diperakui oleh kebanyakan pihak.
Pengekstratan
suntingKitar semula
suntingLogam-logam kumpulan platinum boleh dikirar semula daripada peralatan umum dan termasuk dalam penghasilan sekunder logam kumpulan platinum. Pengekstratan cara ini daripada kenderaan usang mengambil kira-kira 30% jumlah pengekstratan pada tahun 2010.[12]
Rujukan
sunting- ^ Renner, H.; Schlamp, G.; Kleinwächter, I.; Drost, E.; Lüschow, H. M.; Tews, P.; Panster, P.; Diehl, M.; dll. (2002). "Platinum group metals and compounds". Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. Wiley. doi:10.1002/14356007.a21_075.
- ^ de Podesta, Michael. Understanding the Properties of Matter (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Taylor and Francis. ISBN 0-415-25788-3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 2019-07-16.
- ^ Hunt, L. B.; Lever, F. M. (1969). "Platinum Metals: A Survey of Productive Resources to industrial Uses" (PDF). Platinum Metals Review. 13 (4): 126–138. Dicapai pada 2009-10-02.
- ^ Bernardis, F. L.; Grant, R. A.; Sherrington, D. C. "A review of methods of separation of the platinum-group metals through their chloro-complexes" Reactive and Functional Polymers 2005, Vol. 65,, p. 205-217. doi:10.1016/j.reactfunctpolym.2005.05.011
- ^ Grad, Paul (1 Mac 2019). "Extracting Platinum Metals". Dicapai pada 14 Julai 2019.
- ^ "Mineral Commodities Summaries 2019" (PDF). USGS (dalam bahasa Inggeris). m/s. 126. doi:10.3133/70202434. ISBN 978-1-4113-4283-5. Dicapai pada 7 Julai 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b Bongephiwe Mpilonhle Thethwayo (21 Februari 2018). "Extraction of Platinum Group Metals" (dalam bahasa Inggeris). doi:10.5772/intechopen.73214.
- ^ "Irarsite: Mineral information, data and localities". www.mindat.org.
- ^ "Iridium: The mineralogy of Iridium". www.mindat.org.
- ^ "Platinum–Group Metals" (PDF). U.S. Geological Survey, Mineral Commodity Summaries. January 2007. Dicapai pada 2008-09-09.
- ^ Alvarez, L. W.; Alvarez, W.; Asaro, F.; Michel, H. V. (1980). "Extraterrestrial cause for the Cretaceous–Tertiary extinction" (PDF). Science. 208 (4448): 1095–1108. Bibcode:1980Sci...208.1095A. CiteSeerX 10.1.1.126.8496. doi:10.1126/science.208.4448.1095. PMID 17783054.
- ^ "Secondary Production & Recycling". International Platinum Group Metals Association (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-14. Dicapai pada 14 Julai 2019.