Kuwa-kuwi adalah fenomena mendengarkan dan menyebutkan suatu ungkapan atau lirik lagu menghampiri satu ungkapan lain yang jauh maksud daripada yang diniatkan penulis lirik, misalnya "(a)ku akui" yang sendirinya dipanjangkan menjadi "kuwa-kuwi".[1] Penindihan ini boleh berlaku kerana gangguan terhadap cerapan yang menumpukan perhatian penuh terhadap corak biasa dijangkakan dalam sesebuah lagu berdasarkan pengetahuan dunia dialami sendiri.[2]

Gambaran umum

sunting

Fenomena ini mula dicatatkan secara meluas dalam media sosial Nusantara pada Januari 2019 apabila menularnya cerita suatu penyampai radio yang kebuntuan apabila diminta memainkan suatu lagu bertajuk "Kuwa Kuwi" dengan lampiran beberapa lagu pop Indonesia termasuk lagu "Larut" dari Dewa 19 dan "Di Antara Kalian" dari kugiran D'Masiv.[1][3] Kiriman tersebut mendapat perhatian Rian Ekky Pradipta, vokalis D'Masiv yang sendiri menghimpunkan beberapa lagu yang turut diperhatikan menindihkan sebutan "kuakui" ini dari artis-artis Indonesia termasuk Dewi Sandra, Ari Lasso dan Afgan.[3]

Dalam alam penutur bahasa Inggeris pula terdapat fenomena serupa yang diungkapkan sebagai mondegreen daripada cerita Sylvia Wright, seorang penulis dari Amerika Syarikat pada tahun 1954 mengingati suatu cerita tentang ibunya membaca sajak balada The Bonnie Earl O' Moray tahun 1765 karya Thomas Percy di mana bait "...and laid him on the green" ("....dan membaringkannya atas padang [rumput] hijau") tersilap baca menjadi "...and Lady Mondegreen" ("...dan Puan Mondegreen").[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Gilar Ramdhani (14 Feb 2023). "Kuwa Kuwi Song Viral Lagi, Ini 12 Judul Lagu, Penyanyi dan Lirik Lengkapnya". Liputan6. Surya Citra Televisi. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  2. ^ Ira Hyman (8 April 2011). "A Bathroom on the Right? Misheard and Misremembered Song Lyrics". Psychology Today.
  3. ^ a b Pangesti, Rena (29 Januari 2019). "Viral Medley Kuwa Kuwi, Ini Deretan Lagu di Dalamnya". Okezone. Media Nusantara Citra.
  4. ^ Sylvia Wright (1954). "The Death of Lady Mondegreen". Harper's Magazine. 209 (1254): 48–51. Lukisan oleh Bernarda Bryson. Dicetak semula dalam: Sylvia Wright (1957). Get Away From Me With Those Christmas Gifts. McGraw Hill, mengandungi karangan-karangan "The Death of Lady Mondegreen" dan "The Quest of Lady Mondegreen."CS1 maint: postscript (link)

Pautan luar

sunting
  NODES