Laika (Rusia: Лайка, bererti "Penyalak"; kira-kira 1954 – 3 November 1957) ialah seekor anjing angkasa Soviet yang menjadi salah seekor haiwan pertama di angkasa, dan haiwan pertama untuk mengorbit Bumi.

Laika
Nama lain Kudryavka
Spesies Canis lupus familiaris
Baka Kacuk, mungkin sebahagian husky dan sebahagian terier
Jantina Betina
Kewarganegaraan Kesatuan Soviet
Dikenali kerana Haiwan pertama untuk mengorbit Bumi
Pemilik Program angkasa Soviet
Berat 5 kg (11 lb)
Setem Romania dari 1959 dengan Laika (kapsyen membacakan "Laika, pengembara pertama ke Kosmos").


Pemilihan

sunting

Laika merupakan seekor anjing liar yang berkeliaran di jalan-jalan Moskwa. Para sainitis Soviet memilih haiwan jalanan Moskwa kerana mereka menganggap bahawa haiwan tersebut telah belajar untuk bertahan pada kondisi dingin yang ekstrem dan kelaparan.[1] Spesimen ini sejenis anjing bastar betina dengan berat sebelas paun[2] dan berumur sekitar tiga tahun. Sumber lain melaporkan bahawa beratnya sekitar 6 kg (13 lb).

Seberapa kakitangan Soviet memberi beberapa nama dan julukan kepada ia, antaranya Kudryavka (Si Ikal Kecil), Zhuchka (Binatang Kecil), dan Limonchik (Lemon Kecil). Laika, sebuah nama Rusia untuk beberapa baka anjing mirip dengan anjing Eskimo, adalah nama yang dipopulerkan di seluruh dunia. Media Amerika pula menjolok ia Muttnik (mutt [anjing campuran] + akhiran -nik) sebagai plesetan Sputnik,[3] atau menyebutnya Curly.[4] Asal usul sebenar ia tidak diketahui, walaupun secara umum diakui bahawa ia kacukan anjing eskimo atau anjing Nordik lainnya, atau mungkin juga keturunan baka terrier.[1] Sebuah majalah yang melaporkan perkembangan kajian ini menggambarkan tabiat anjing tersebut bertemperamen apatis di mana ia dilihat tidak pernah bertengkar dengan anjing lain.[2]

Sebelum ini, Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat telah mengirimkan haiwan hanya pada penerbangan suborbit.[5] Tiga anjing dilatih untuk penerbangan Sputnik II, iaitu: Albina, Mushka dan Laika.[6] Seorang saintis angkasa Soviet bernama Oleg Gazenko kemudian memilih dan melatih Laika.[7] Albina terbang dua kali pada ujian ketinggian roket, dan Mushka digunakan untuk menguji instrumentasi serta perangkat penunjang kehidupan.[8][5]

Pelatihan

sunting

Untuk menyesuaikan anjing-anjing tersebut terhadap kabin sempit dalam Sputnik II, mereka dikurung dalam kandang yang sangat kecil pada jangka waktu hingga 20 hari. Pengurungan yang tak luas menyebabkan mereka berhenti buang air kecil atau buang air besar, membuat mereka gelisah, dan menyebabkan kondisi umum mereka memburuk. Pencahar tidak dapat memperbaiki kondisi mereka, dan para peneliti menemukan bahawa hanya waktu pelatihan yang lama terbukti efektif. Anjing-anjing itu ditempatkan di alat pengempar yang mensimulasikan percepatan pelancaran roket dan ditempatkan di mesin yang mensimulasikan suara-suara dari pesawat ruang angkasa. Hal ini menyebabkan kadar degupan jantung anjing-anjing ini meningkat berlipat ganda serta tekanan darah mereka meningkat sampai 30-65 torr. Anjing-anjing itu dilatih untuk makan jeli khusus bernutrisi tinggi yang akan menjadi makanan mereka sepanjang temph misi tersebut dijalanlan.[8]

Sebelum pelancaran bakal berlangsung, salah satu saintis membawa Laika ke rumahnya untuk bermain dengan anak-anaknya. Dalam buku yang mencatat kisah kedoktoran angkasa Soviet, Dr. Vladimir Yazdovsky mengatakan bahawa,

Saya ingin melakukan sesuatu yang menyenangkan untuknya: Dia memiliki sedikit waktu tersisa untuk hidup.

— Dr. Vladimir Yazdovsky[9]

Pelancaran

sunting

Menurut dokumen NASA, Laika ditempatkan di satelit pada 31 Oktober 1957, tiga hari sebelum dimulainya pelancaran.[8] Pada waktu itu, lokasi pelancaran sangat dingin dan selang yang terhubung ke pemanas yang digunakan untuk menyimpan wadahnya hangat. Dua asisten ditugaskan untuk mengawasi Laika sebelum pelancaran. Sesaat sebelum lepas landas pada 3 November 1957 dari Kosmodrom Baykonur, bulu Laika digosok dengan alkohol berkadar rendah serta dirawat dengan hati-hati, sementara yodium diteteskan ke daerah yang akan ditempeli penderia untuk memantau fungsi tubuhnya.[10]

Pada puncak laju perubahan percepatan, pernapasan Laika meningkat menjadi tiga sampai empat kali dibandingkan sebelum pelancaran pesawat yang membawa ia.[8] Sensor menunjukkan bahawa detak jantungnya 103 denyut per minit sebelum pelancaran lalu meningkat menjadi 240 denyutan seminit pada laju perubahan percepatan awal. Setelah mencapai orbit, muncung Sputnik II berhasil dilepaskan, namun inti "Blok A" tidak terlepas seperti yang direncanakan, sehingga sistem pengendalian suhu tidak beroperasi seperti semestinya. Beberapa isolasi termal terkoyak sehingga meningkatkan suhu kabin menjadi 40 °C (104 °F).[11] Setelah tiga jam dalam keadaan tak berbobot, denyut nadi Laika telah kembali menjadi 102 denyut per minit,[12] tiga kali lebih lama daripada yang terjadi selama ujian di darat sebelumnya, yang mengindikasikan tekanan yang sedang dialaminya. Telemetri awal menunjukkan bahawa Laika gelisah, tetapi ia tetap memakan makanannya.[11] Setelah sekitar lima hingga tujuh jam penerbangan, tidak ada tanda-tanda kehidupan lebih lanjut yang diterima dari pesawat ruang angkasa.[8]

Para saintis pada ketika itu ada berencana untuk melakukan eutanasia kepada Laika dengan memberi makanan beracun. Selama bertahun-tahun, Kesatuan Soviet memberikan laporan yang bertentangan bahawa dia telah meninggal akibat kehabisan oksigen kerana bateri gagal berfungsi ataupun kerana eutanasia. Banyak desas-desus yang berlegar mengenai tentang penyebab kematiannya. Pada tahun 1999, beberapa sumber dari Rusia melaporkan bahawa Laika telah meninggal ketika kabin menjadi terlalu panas pada hari keempat.[13] Pada bulan Oktober 2002, Dimitri Malashenkov, salah satu saintis di balik misi Sputnik II, mengungkapkan bahawa Laika telah meninggal dalam peredaran keempat penerbangan kerana kepanasan. Dalam World Space Congress di Houston, Texas, Amerika Syarikat, ia menyatakan bahawa hampir mustahil untuk membuat sistem kontrol temperatur yang handal dalam waktu yang terbatas.[14]

Lebih dari lima bulan kemudian, setelah 2.570 kali mengorbit, Sputnik II hancur bersama dengan Laika saat kembali pulang ke Bumi pada 14 April 1958.[15]

Kontroversi

sunting

jmpl|ka|NASA menamai tanah sasaran di Mars ini dengan nama Laika dalam misi Mars Exploration Rover. Perlombaan sains teknologi mencapai angkasa yang sengit antara Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat menyebabkan sebhaagian besar masalah etika penelitian ini belum selesain dalam beberapa waktu. Seperti yang dinyatakan pada kliping akhbar dari tahun 1957,[16] bahawa pers lebih sibuk dengan laporan bersudut pandang politik, sedangkan masalah kesohatan dan keselamatan Laika hampir tidak disebutkan. Beberapa waktu kemudian ada sebuah diskusi mengenai nasib anjing tersebut—yang pada awalnya beberapa orang menegas bahawa lebih baik ia disebut Curly daripada Laika.

Sputnik II tidak dirancang untuk dapat diambil kembali, dan Laika selalu dianggap telah mati.[13] Misi ini memicu perdebatan di seluruh dunia tentang penganiayaan haiwan serta pengujian pada haiwan yang pada umumnya untuk memajukan ilmu pengetahuan.[7] Di United Kingdom, Liga Pertahanan Anjing Nasional menyerukan kepada semua pemilik anjing untuk mengheningkan cipta selama satu minit, sementara Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA) menerima protes bahkan sebelum Kesatuan Soviet selesai mengumumkan keberhasilan misinya. Kemudian sekelompok masyarakat memprotes kedutaan Soviet mengenai hak haiwan.[17] Demonstrasi lainnya terjadi di luar gedung PBB di New York.[7] Namun, sebahagian pengkaji Amerika Syarikat menunjukkan dukungan untuk Kesatuan Soviet, setidaknya sebelum berita kematian Laika mula dikenali.[7][18]

Di Kesatuan Soviet, kontroversi tidaklah terlalu menonjol baik dalam media, buku-buku pada tahun-tahun berikutnya, dan orang ramai tidak secara terbuka mempertanyakan keputusan untuk mengirim anjing ke ruang angkasa untuk dibunuh. Tidak sampai tahun 1998, setelah runtuhnya rekim Soviet, Oleg Gazenko, salah satu saintis yang bertanggungjawab atas pengiriman Laika ke ruang angkasa, menyatakan penyesalannya kerana membiarkan ia mati:

Bekerja dengan haiwan adalah sumber penderitaan bagi kita semua. Kami memperlakukan mereka seperti bayi yang tidak bisa berbicara. Semakin banyak waktu berlalu, semakin saya menyesali hal itu. Kami tidak seharusnya melakukan itu ... Kami tidak cukup belajar dari misi ini untuk membenarkan kematian anjing.

Plakat dan tugu monumen memperingati Laika didirikan di Kota Bintang, Rusia, sebuah tempat pelatihan Kosmonot Rusia.[19] Pada masa depan, misi membawa anjing akan dipulihkan untuk dirancang kembali. Satu-satunya anjing lain yang mati pada misi ruang angkasa Soviet adalah Pchyolka dan Mushka yang meninggal ketika Korabl-Sputnik 3 sengaja dihancurkan ketika pulang kembali pada 1 Disember 1960.

Lihat juga

sunting
  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama AJL
  2. ^ a b "Muscovites Told Space Dog Is Dead". New York Times, 13 November 1957, halaman 3.
  3. ^ Tara Gray (1998). "A Brief History of Animals in Space". NASA. Dicapai pada 26-09-2006. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ "Space Dog Lives". The British Library. Dicapai pada 26-09-2006. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ a b "Dogs in space". Space Today Online. 2004. Dicapai pada 28 September 2006.
  6. ^ Dr David Whitehouse (28-10-2002). "First dog in space died within hours". BBC. Dicapai pada 26-09-2006. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  7. ^ a b c d "Animals as Cold Warriors:Missiles, Medicine and Man's Best Friend". National Library of Medicine. 19 Jun 2006. Dicapai pada 28 September 2006.
  8. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama SPUT1
  9. ^ Vladimir Isachenkov (11-04-2008). "Space dog monument opens in Russia". MSNBC. Dicapai pada 15-04-2008. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  10. ^ "Memorial to Laika". Dicapai pada 26-09-2006. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  11. ^ a b "Sputnik II". NASA. 20-10-2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-05. Dicapai pada 26-09-2006. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  12. ^ John B. West (1 Oktober 2001). "Historical aspects of the early Soviet/Russian manned space program". Journal of Applied Psychology. 91 (4): 1501–1511. PMID 11568130. Dicapai pada 28 September 2006.
  13. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama AZ
  14. ^ Malashenkov, D. C. (2002). "Abstract:Some Unknown Pages of the Living Organisms' First Orbital Flight". ADS. Dicapai pada 28-09-2006. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  15. ^ a b "The Story of Laika". moscowanimals.org. Dicapai pada 26-09-2006. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  16. ^ a b "Message from the First Dog in Space Received 45 Years Too Late". Dogs in the News. 03-11-2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-01-08. Dicapai pada 04-10-2006. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  17. ^ "On this day". BBC. 03-11-1957. Dicapai pada 26-09-2006. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  18. ^ "Human Guinea Pigs and Sputnik II". National Society for Medical Research. 1957. Dicapai pada 28-09-2006. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  19. ^ "First in Orbit, Laika the Dog Made History". redOrbit. Dicapai pada 2009-07-27.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
  NODES
Intern 1
mac 3
os 9