Laksamana Pertama
Laksamana Pertama (singkatan Laksma) ialah Pegawai Berbendera yang paling muda di dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Laksamana Pertama setaraf dengan Brigedier Jeneral Tentera Darat dan Brigedier Jeneral TUDM. Laksamana Pertama setaraf dengan Komodor atau Commodore dalam Tentera Laut Diraja British dan beberapa negara Komanwel lain. Komodor bagaimanapun berbeza dengan Laksamana Pertama kerana bukan Pegawai Berbendera dalam Tentera Laut British, Australia, India dan New Zealand. Sebaliknya, Komodor ialah Pegawai Kanan yang paling kanan (senior officer). Pada awalnya, TLDM juga menggunakan pangkat Komodor, tetapi pada tahun-tahun 80an ia ditukar kepada Laksamana Pertama. Laksamana Pertama juga setaraf dengan Rear Admiral Lower Half iaitu "Laksamana Muda Rendah" Tentera Laut Amerika dan Tentera Laut Singapura. Pangkat Laksamana Pertama juga terdapat dalam Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Laut.
Insignia
suntingDi kedua belah bahu, Laksamana Pertama memaparkan insignia satu bintang. Manakala di pergelangan baju, di samping baris lebar seperti terdapat pada semua Pegawai Berbendera, terdapat satu bulatan dengan ukurlilit sederhana di atasnya.