Laut Siberia Timur
Laut Siberia Timur (Rusia: Восто́чно-Сиби́рское мо́ре ) merupakan sebahagian daripada Lautan Artik. Ia terletak di antara Pulau Siberia Baru di sebelah barat dan Pulau Wrangel di sebelah timur, yang menjadi sempadan di antara Laut Laptev dan Laut Chukchi.
Laut Siberia Timur | |
---|---|
Koordinat | 72°N 163°E / 72°N 163°EKoordinat: 72°N 163°E / 72°N 163°E |
Jenis | Laut |
Negara lembangan | Rusia Amerika Syarikat |
Luas permukaan | 936,000 km2 (361,400 bt2) |
Kedalaman purata | 45 m (148 ka) |
Kedalaman maksimum | 155 m (509 ka) |
Isi padu air | 42,000 km3 (10,000 bt3) |
Rujukan | [1][2][3] |
Keluasan laut ini mencapai 361,000 batu persegi. Pada kebanyakan waktu, ia dilitupi air batu. 70% kawasannya memiliki kedalaman sehingga 50 m, dan kedalaman maksimum boleh mencecah sehingga 155 m. Di sebelah barat, di kawasan pesisiran pantainya pula adalah mendatar, sehingga ke muara Sungai Kolyma. Di sebelah timurnya pula terdapat permukaan yang berbukit-bukau. Kadar suhu udara biasa di laut ini boleh mencapai sekitar 0 hinggga 2 °C (4 °C di sebelah selatan) ketika musim panas. Suhu udara di musim sejuk pula boleh mencecah sehingga -30 °C.
Laut ini dikunjungi oleh materos Rusia, yang bergerak dari muara ke muara yang lain dengan menggunakan koch sejak awal kurun ke-17. Pemulaan penjelajahan pesisiran pantai bermula dari Sungai Kolyma ke Sungai Andayr sehingga Selat Bering pada tahun 1648 oleh Semyon Dezhnev dan Fedot Alekseev. Pada tahun-tahun 1735-1742, 1820-1824, 1822, 1909, 1911-1914 beberapa siri penjelajahan dan pemetaan yang sistematik mengenai laut dan pantai telah dilakukan.
Pevek, merupakan pelabuhan utama di sekitar laut ini.
Lihat juga
sunting
- ^ East Siberian Sea, Great Soviet Encyclopedia (in Russian)
- ^ East Siberian Sea, Encyclopædia Britannica on-line
- ^ A. D. Dobrovolskyi and B. S. Zalogin Seas of USSR. East Siberian Sea, Moscow University (1982) (in Russian)