Les Misérables (filem 2012)
Les Misérables ialah sebuah filem muzikal romantik epik British 2012 dihasilkan oleh Working Title Films dan diedarkan oleh Universal Pictures. Filem ini adalah berdasarkan muzikal dengan nama yang sama oleh Alain Boublil dan Claude-Michel Schönberg dimana ia juga berdasarkan novel tahun 1862 oleh Victor Hugo. Filem ini diarahkan oleh Tom Hooper, skrip oleh William Nicholson, Boublil, Schönberg dan Herbert Kretzmer. Ia dibintangi Hugh Jackman, Russell Crowe, Anne Hathaway dan Amanda Seyfried.
Les Misérables | |
---|---|
Pengarah | Tom Hooper |
Lakon layar | William Nicholson Alain Boublil Claude-Michel Schönberg Herbert Kretzmer |
Berdasarkan | Les Misérables oleh Claude-Michel Schönberg Alain Boublil Les Misérables oleh Victor Hugo |
Dihasilkan oleh | Tim Bevan Eric Fellner Debra Hayward Cameron Mackintosh |
Dibintangi | Hugh Jackman Russell Crowe Anne Hathaway Amanda Seyfried Eddie Redmayne Helena Bonham Carter Sacha Baron Cohen |
Sinematografi | Danny Cohen |
Disunting oleh | Melanie Ann Oliver Chris Dickens |
Muzik oleh | Claude-Michel Schönberg |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Universal Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 158 minit[4] |
Negara | United Kingdom[1][2] |
Bahasa | English |
Bajet | $61 juta[5][6] |
Pecah panggung | $441.8 juta[6] |
Les Misérables mengadakan tayangan perdana di London pada 5 Disember 2012 dan ditayangkan pada 25 Disember 2012 di Amerika Syarikat, 26 Disember 2012 di Australia dan 11 Januari 2013 di United Kingdom.[6]
Pelakon
sunting- Hugh Jackman sebagai Jean Valjean
- Russell Crowe sebagai Javert
- Anne Hathaway sebagai Fantine
- Amanda Seyfried sebagai Cosette
- Eddie Redmayne sebagai Marius Pontmercy
- Aaron Tveit sebagai Enjolras
- Samantha Barks sebagai Éponine
- Isabelle Allen sebagai Cosette Muda
- Daniel Huttlestone sebagai Gavroche
- Colm Wilkinson sebagai Bishop Myriel
- Helena Bonham Carter sebagai Madame Thénardier
- Sacha Baron Cohen sebagai Thénardier
- Bertie Carvel sebagai Bamatabois
- George Blagden sebagai Grantaire
- Killian Donnelly sebagai Combeferre
- Fra Fee sebagai Courfeyrac
- Alistair Brammer sebagai Jean Prouvaire
- Gabriel Vick sebagai Feuilly
- Hugh Skinner sebagai Joly
- Iwan Lewis sebagai Bahorel
- Stuart Neal sebagai Laigle
- Hadley Fraser sebagai National Guard Leader
- Heather Chasen sebagai Madame Magloire
- Georgie Glen sebagai Mademoiselle Baptistine
Penerimaan
suntingBox office
suntingLes Misérables mengutip $148,809,770 di Amerika Utara dan $293,000,000 di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $441,809,770.[6]
Respons kritikal
suntingLaman web Rotten Tomatoes melaporkan rating penerimaan 70% dengan purata rating 7/10 berdasarkan 225 ulasan.[7] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 63 daripada 100 berdasarkan 41 ulasan.[8] Filem ini menerima ulasan positif[9] dengan ramai pengkritik memuji lakonan Jackman, Hathaway, Redmayne dan Barks.
Anugerah
suntingFilem ini memenangi Anugerah Golden Globe untuk Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi, Anugerah Golden Globe untuke Pelakon Lelaki Terbaik – Filem Muzikal atau Komedi dimenangi oleh Jackman dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik - Filem dimenangi oleh Hathaway. Ia juga memenangi empat Anugerah Filem Akademi British (BAFTA) termasuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Sokongan (Hathaway). Ia menerima lapan pencalonan Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik untuk Jackman, dan memenangi tiga, Campuran Bunyi Terbaik, Solekan dan Gayaan Rambut Terbaik dan Pelakon Wanita Sokongan Terbaik dimenangi oleh Hathaway.[10]
Rujukan
sunting- ^ Bradshaw, Peter (10 January 2013). "'Les Miserables'". The Guardian. London. Dicapai pada 14 January 2013.
- ^ "'Les Miserables'". Odeon. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-11. Dicapai pada 14 January 2013.
- ^ "Production Notes" (PDF). Universal Pictures. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-15. Dicapai pada 10 January 2013.
- ^ "Les Miserables". British Board of Film Classification. 28 November 2012. Dicapai pada 29 December 2012.
- ^ Breznican, Anthony (31 October 2012). "Les Miz Soars Again". Entertainment Weekly. Dicapai pada 7 November 2012.
- ^ a b c d "Les Misérables (2012)". Box Office Mojo. Dicapai pada 19 April 2013.
- ^ "Les Misérables". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada 1 September 2013.
- ^ "Les Miserables". Metacritic. Dicapai pada 4 January 2013.
- ^ "Metacritic provided reviews".
- ^ "Anne Hathaway wins Oscar for role in Les Misérables". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-04. Dicapai pada 2015-12-26.
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Les Misérables (filem 2012) |
- Tapak web rasmi
- Les Misérables di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Les Misérables di Box Office Mojo
- Les Misérables di Rotten Tomatoes
- Les Misérables di Metacritic
- Les Misérables: maklumat mengenai filem dan novel.