Liechtenstein (disebut [/ˈliːçtənʃtaɪn/ ]) atau nama rasminya Kerajaan Liechtenstein (Jerman: Fürstentum Liechtenstein, ˈfʏʁstəntuːm ˈliːçtənʃtaɪn , bahasa Inggeris: Principality of Liechtenstein) ialah sebuah negara mikro terletak di Eropah Barat. Ia bersempadan dengan Switzerland di barat dan selatan serta Austria di timur. Luas negara ini hanya sedikit melebihi 160 km² (kira-kira 61.7 batu persegi) manakala jumlah penduduknya dianggarkan seramai 35,000. Ibu negaranya ialah Vaduz, manakala bandar terbesarnya pula ialah Schaan.

Kerajaan Liechtenstein
كراجان ليختنشتاين
Fürstentum Liechtenstein
Bendera Kerajaan Liechtenstein
Jata Kerajaan Liechtenstein
Bendera Jata
Cogan kataFür Gott, Fürst und Vaterland
Untuk Tuhan, Putera dan Tanah Air
Lagu kebangsaanOben am jungen Rhein
"Di Sungai Rhine yang Muda"
Lokasi  Liechtenstein  (hijau) di Eropah  (kelabu gelap)  –  [Petunjuk]
Lokasi  Liechtenstein  (hijau)

di Eropah  (kelabu gelap)  –  [Petunjuk]

Lokasi  Liechtenstein  (hijau)
Lokasi  Liechtenstein  (hijau)
Ibu negaraVaduz
Bandar terbesarSchaan
Bahasa rasmibahasa Jerman
DemonimLiechtensteiner (lelaki), Liechtensteinerin (perempuan)
KerajaanDemokrasi berparlimen di bawah Raja Berperlembagaan
• Putera
Hans-Adam II
Alois
Daniel Risch
Arbert Frick
Badan perundanganLandtag Liechtenstein
Kemerdekaan sebagai kerajaan
1806
• Kemerdekaan daripada Konfederasi Jerman
1866
Keluasan
• Jumlah
160 km2 (62 bt2) (ke-210)
• Perairan (%)
boleh diabaikan
Populasi
• Perkiraan 2008
38,557[1] (ke-204)
• Bancian Penduduk 2000
33,307
221/km2 (572.4/sq mi) (ke-52)
KDNK (PPP)2007
• Jumlah
AS$4.16 bilion[2]
AS$118,000[2] (No. 1)
KDNK (nominal)2007
•  Jumlah
AS$4.576 bilion[2][3]
AS$129,101[2][3] (No. 1)
Mata wangFranc Swiss
(CHF)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Arah memandukanan
Kod panggilan+423
DPT internet.li

Liechtenstein merupakan negara berbahasa Jerman terkecil di dunia dan satu-satunya negara Alp yang keseluruhannya terletak di Banjaran Alp. Ia juga merupakan negara berbahasa Jerman yang tidak berkongsi sempadan dengan Jerman. Liechtenstein ialah sebuah negara Raja Berperlembagaan yang dibahagkan kepada 11 perbandaran. Kebanyakan kawasan permukaan bumi Liechtenstein bergunung-ganang, menjadikannya destinasi sukan musim sejuk. Sektor kewangan negara yang kukuh terletak di ibu negara Vaduz, dan dikenali dengan nama syurga cukai. Liechtenstein ialah ahli Perjanjian Perdagangan Bebas Eropah. Walau bagaimanapun, Liechtenstein bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah.

Geografi

sunting

Negara ini terletak di antara Switzerland (Kanton St. Gallen di barat dan Graubünden di selatan) dengan Austria (Vorarlberg) di timur. Liechtenstein berkeluasan 160 km2, menjadikan negara ini sebagai negara keenam terkecil di dunia.[4] Sungai Rhine mengalir dan membentuk sempadan barat negara. Puncak tertinggi negara ialah Grauspitz dengan ketinggian 2,599 m.

Politik

sunting

Negara ini mempunyai Putera Liechtenstein sebagai ketua negara. Perdana Menteri pula bertanggungjawab sebagai ketua kerajaan yang dibantu oleh empat orang kaunselor kerajaan (menteri). Kuasa legislatif adalah tertakluk pada Landtag, parlimen ekadewan yang terdiri daripada 25 kerusi dengan penggal hingga empat tahun.

Pembahagian pentadbiran

sunting

Liechtenstein dibahagikan kepada 11 buah perbandaran (gemeinde) seperti di bawah:

  • Vaduz
  • Schaan
  • Balzers
  • Triesen
  • Eschen
  • Mauren
  • Triesenberg
  • Ruggell
  • Gamprin
  • Schellenberg
  • Planken

Demografi

sunting

Jumlah penduduk Liechtenstein ialah 38,557 orang setakat Jun 2019. Kebanyakan daripada penduduk Liechtenstein adalah berketurunan Alamanni manakala kira-kira sepertiga penduduk negara ialah warganegara asing, lazimnya orang Eropah.[1] Bahasa Jerman ialah bahasa rasmi negara, dan kebanyakan dalam kalangan masyarakat bertutur dalam loghat Alamanni. Kristian Katolik ialah agama rasmi menurut perlembagaan negara, dan semua agama dijanjikan perlindungan dalam perlembagaan itu.[5]

Ekonomi

sunting

Liechtenstein memiliki nilai KDNK sebanyak $6.215 billion (nominal, 2018)[6] dan memiliki nilai KDNK per kapita sebanyak $165,028 setakat 2016, salah satu nilai-nilai tertinggi dunia.[7] Negara ini menjalinkan hubungan kastam dengan Switzerland dan menggunakan mata wang Franc Swiss.

Kebudayaan

sunting

Oleh kerana saiz negara yang kecil, Liechtenstein sangat dipengaruhi oleh budaya luar, terutama dari kawasan selatan Eropah berbahasa Jerman seperti Austria, Baden-Wuttemberg, Bavaria, Switzerland dan khususnya Tirol serta Vorarlberg. Persatuan Sejarah Kerajaan Liechtenstein berperanan dalam melestarikan budaya dan sejarah negara ini.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Bevölkerungsstatistik" (PDF) (dalam bahasa Jerman). Amt für Statistik Fürstentum Liechtenstein. 30 Julai 2019. Dicapai pada 7 Mei 2020.
  2. ^ a b c d "Central Intelligence Agency". The World Factbook. Central Intelligence Agency. 7 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-10. Dicapai pada 24 February 2020.
  3. ^ a b Key Figures for Liechtenstein Diarkibkan 2009-09-17 di Wayback Machine, Landesverwaltung Liechtenstein.
  4. ^ "Tiny Liechtenstein gets a little bigger", 29 Disember 2006.
  5. ^ Jeroen Temperman (30 May 2010). State-Religion Relationships and Human Rights Law: Towards a Right to Religiously Neutral Governance. BRILL. m/s. 44–45. ISBN 978-90-04-18148-9. Dicapai pada 31 July 2012.
  6. ^ "GDP (current US$) - Liechtenstein". data.worldbank.org (dalam bahasa Inggeris). World Bank. Dicapai pada 15 Januari 2020.
  7. ^ "GDP per capita (current US$) - Liechtenstein". data.worldbank.org (dalam bahasa Inggeris). World Bank. Dicapai pada 15 Januari 2020.

Pautan luar

sunting
  NODES
Intern 1
mac 2
os 7