Maharani Michiko
Yang Maha Mulia Maharani Michiko (Jawi: مهاراني ميچهيكو) dari Jepun, (lahir 20 Oktober, 1934) nama lahir Michiko Shōda (正田 美智子 , Shōda Michiko) dan menjadi Duli Yang Teramat Mulia Puteri Mahkota Jepun dari (10 April, 1959 hingga 7 Januari, 1989 - 30 April 2019), merupakaniSuri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Jepun, HIM Maharaja Akihito. Dia ialah rakyat biasa yang pertama berkahwin dengan keluarga Diraja Jepun. Menjadi Duli Yang Teramat Mulia puteri mahkota dan akhirnya menjadi maharani. Selepas suami baginda turun takhta pada 2019, baginda telah menerima gelaran Yang Maha Mulia Maharani Emerita .
Kehidupan peribadi
suntingMaharani Michiko dilahirkan di Tokyo, anak sulung Hidesaburo Shoda, Presiden dan Pengerusi kehormat Nisshin Flour Milling Company, dan isterinya, Fumiko Soejima. Beliau telah belajar di Futaba Elementary School di Tokyo, tetapi terpaksa meninggalkan sepanjang darjah empat lantaran pengeboman Amerika sepanjang Perang Dunia Kedua. Beliau kembali ke sekolah tersebut sebaik perang tamat dan menyambung pengajian ke Sekolah Tinggi Seishin (Hati Suci) di Tokyo.
Beliau memperoleh ijazah sarjana muda sastera Inggeris daripada Fakulti Kesusasteraan di University of the Sacred Heart, Tokyo(Universiti Hati Suci) pada tahun 1957.
Penulis biografi Yukio Mishima melaporkan bahawa Maharaja Akihito sangat berharap untuk mengahwini Maharani Michiko , selepas diperkenalkan pada tahun 1950-an.
Perkahwinan dan keluarga
suntingPasangan ini berkahwin pada 10 April 1959.
Pasangan ini dikurnia 3 cahaya mata iaitu:
- HIH Naruhito, Putera Mahkota Jepun, l. 23 Februari 1960;
- HIH Putera Akishino (Fumihito), l. 30 November 1965; dan
- turut menggunakan gelaran HIH (sebelum berkahwin) Puteri Nori (Sayako), l. 18 April 1969.