Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat

Markas Pemerintahan Indo-Pasifik Amerika Syarikat (USINDOPACOM)[3][4] adalah markas medan bersepadu dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bagi rantau Indo-Pasifik. Ia merupakan markas medan bersepadu yang paling lama dan paling besar. Panglimanya, iaitu seorang pegawai kanan tentera A.S. di Pasifik, bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan di kawasan yang meliputi lebih kurang 100 juta batu persegi (260,000,000 km2), atau kira-kira 52 peratus permukaan Bumi, terbentang dari perairan Pantai Barat Amerika Syarikat hingga ke pantai barat India, dan dari Artik hingga ke Antartika. Markas A.S. ini juga bertanggungjawab untuk melindungi pencerobohan ke atas Amerika Syarikat melalui negeri Hawaii.

Markas Pemerintahan Indo-Pasifik Amerika Syarikat
Ditubuhkan pada01 Januari 1947 (1947-01-01)[1]
Negara Amerika Syarikat
JenisMarkas Medan Bersepadu
PerananPerintah dan kawal semua Angkatan Tentera A.S. di rantau Indo-Pasifik
Saiz375,000 anggota[2]
Sebahagian daripada Jabatan Pertahanan AS
IbupejabatKem H. M. Smith, Hawaii, A.S.
PertempuranPerang Korea, Perang Vietnam
Penobatan
Joint Meritorious Unit Award[1]
Laman webwww.pacom.mil
Komander
PanglimaLaksamana John C. Aquilino, USN
Timbalan PanglimaLeftenan Jeneral Stephen Sklenka, USMC
Penyelia Kanan Lain-Lain PangkatSarjan Mejar Anthony A. Spadaro, USMC

Panglima melapor kepada Presiden Amerika Syarikat menerusi Setiausaha Pertahanan dan dibantu oleh tentera komponen dan markas bersepadu subordinat, termasuk Tentera Darat Pasifik AS, Pasukan Marin Pasifik, Armada Pasifik AS, Tentera Udara Pasifik, Tentera Jepun AS, Tentera Korea AS, Markas Operasi Khusus Korea, dan Markas Operasi Khusus Pasifik. USINDOPACOM juga mempunyai dua unit pelapor langsung (DRUs)—U.S. Pacific Command Joint Intelligence Operations Center (JIOC) dan Center for Excellence in Disaster Management and Humanitarian Assistance (CFE-DMHA), serta sebuah Standing Joint Task Force, Joint Interagency Task Force West (JIATF-W). Bangunan ibupejabat USINDOPACOM, iaitu Pusat Kawalan Pasifik Nimitz-MacArthur, terletak di Kem H. M. Smith, Hawaii.

Dahulu ia dikenali sebagai Markas Pasifik Amerika Syarikat (USPACOM)[3] sejak penubuhannya, markas ini telah dinamakan semula sebagai Markas Indo-Pasifik AS pada 30 Mei 2018, bagi mengiktiraf penekanan lebih besar terhadap subbenua India.

Senarai Panglima

sunting

Walaupun para pegawai yang berkelayakan dalam Angkatan Tentera AS boleh dilantik sebagai Panglima INDOPACOM, hanya pegawai Tentera Laut yang pernah memegang jawatan ini.

Markas Pasifik Amerika Syarikat

sunting
No. Imej Panglima Tempoh Perkhidmatan
1.   Laksamana John H. Towers 1 Januari 1947 – 28 Februari 1947  
U.S. Navy
2. Fail:CINCPAC ADM Denfeld.jpg Laksamana Louis E. Denfeld 28 Februari 1947 – 3 Disember 1947  
U.S. Navy
3.   Laksamana DeWitt C. Ramsey 12 Januari 1948 – 30 April 1949  
U.S. Navy
4.   Laksamana Arthur W. Radford 30 April 1949 – 10 Julai 1953  
U.S. Navy
5.   Laksamana Felix B. Stump 10 Julai 1953 – 31 Julai 1958  
U.S. Navy
6.   Laksamana Harry D. Felt 31 Julai 1958 – 30 Jun 1964  
U.S. Navy
7.   Laksamana Ulysses S. Grant Sharp, Jr. 30 Jun 1964 – 31 Julai 1968  
U.S. Navy
8.   Laksamana John S. McCain, Jr. 31 Julai 1968 – 1 September 1972  
U.S. Navy
9.   Admiral Noel A.M. Gayler 1 September 1972 – 30 Ogos 1976  
U.S. Navy
10.   Laksamana Maurice F. Weisner 30 Ogos 1976 – 31 Oktober 1979  
U.S. Navy
11.   Laksamana Robert L.J. Long 31 Oktober 1979 – 1 Julai 1983  
U.S. Navy
12.   Laksamana William J. Crowe, Jr. 1 Julai 1983 – 18 September 1985  
U.S. Navy
13.   Laksamana Ronald J. Hays 18 September 1985 – 30 September 1988  
U.S. Navy
14.   Laksamana Huntington Hardisty 30 September 1988 – 1 Mac 1991  
U.S. Navy
15.   Laksamana Charles R. Larson 1 Mac 1991 – 11 Julai 1994  
U.S. Navy
16.   Laksamana Richard C. Macke 19 Julai 1994 – 31 Januari 1996  
U.S. Navy
17.   Laksamana Joseph W. Prueher 31 Januari 1996 – 20 Februari 1999  
U.S. Navy
18.   Laksamana Dennis C. Blair 20 Februari 1999 – 2 Mei 2002  
U.S. Navy
19.   Laksamana Thomas B. Fargo 2 Mei 2002 – 26 Februari 2005  
U.S. Navy
20.   Laksamana William J. Fallon 26 Februari 2005 – 12 Mac 2007  
U.S. Navy
21.   Laksamana Timothy J. Keating 26 Mac 2007 – 19 Oktober 2009  
U.S. Navy
22.   Laksamana Robert F. Willard 19 Oktober 2009 – 9 Mac 2012  
U.S. Navy
23.   Laksamana Samuel J. Locklear III 9 Mac 2012 – 27 Mei 2015  
U.S. Navy
24.   Laksamana Harry B. Harris, Jr. 27 Mei 2015 – 30 Mei 2018  
U.S. Navy

Markas Indo-Pasifik A.S.

sunting
No. Imej Panglima Tempoh Perkhidmatan
25.   Laksamana Philip S. Davidson 30 Mei 2018 – kini  
USN

Para Panglima Markas Pasifik AS dan Markas Indo-Pasifik AS mengikut cabang tentera

sunting
  • Tentera Laut: 25
  • Tentera Udara: tiada
  • Tentera Darat: tiada
  • Kor Marin: tiada
  • Pengawal Pantai: tiada

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "U.S. Indo-Pacific Command > About USINDOPACOM > History". www.pacom.mil. U. S. Indo-Pacific Command. Dicapai pada 1 February 2019.
  2. ^ "About United States Indo-Pacific Command". www.pacom.mil. U.S. Indo-Pacific Command. Dicapai pada 1 February 2019.
  3. ^ a b "U.S. Indo-Pacific Command Holds Change of Command Ceremony". U.S. Indo-Pacific Command. Public Affairs Communication & Outreach. 30 May 2018. Dicapai pada 30 May 2018.
  4. ^ Watkins, Thomas (30 May 2018). "In nod to India, US military renames its Pacific Command". AFP. Dicapai pada 31 May 2018.

Pautan luar

sunting


  NODES